Kita Adalah Generasi Pembina Modal Insan Di Masa Hadapan

Kadangkala, sakit hati bila melihat orang menghalau kucing yang datang kat meja mereka dengan kaki...Lebih-lebih lagi kalau menyepak mereka....Dua hari lepas ( Ahad ) PH hampir bertengkar dengan seorang remaja lelaki dengan tiga orang kawannya...Ditunjalnya perut kucing putih ni dengan kasut butnya sampai kucing tu berganjak dalam semeter....Secara spontan PH 'ter'bangun dari kerusi dan menuju ke meja mereka...Bermula dengan teguran PH....

 "Assalamualaikum...Bro, sorilah...Kalau yer pun bro, janganlah disepak kucing tu...Dia ada buat salah kat bro ke....?"....

Remaja berusia lingkungan awal 20-an membalasnya semula dengan nada yang agak tinggi...

"Yang abang abang tiba-tiba sibuk ni apasal...?"
Hmmm, boleh tahan juga mamat ni....Orang ramai mula fokus ke arah kami....Remaja lelaki itu berkata sedemikian tanpa memandang muka PH....

"Macam nilah bang ( padahal adik tu... ), tak guna abang nak sepak benda yang tak melawan....Bacul namanya tu..." ujar PH sambil memandang air teh o panas di mejanya....hehehehe....( Geram nih.... )..Tapi takde niat apa-apa pun...

Dengan nada yang sedikit rendah, remaja itu menjawab : 
"Takde la bang...Saya memang tak suka kucing...Saya tak sengaja tersepak dia tadi...."
Hmmm....Alasan la tu kata PH dalam hati....

"Lain kali, saya mintak tolong boleh tak jangan sepak kucing...? Berdosa tu bro...? Ok? Steady...? kata PH sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus...

"Oklah bang...sori2..."

Sudah-sudahlah tu yer....Jangan sepak-sepak benda yang tak melawan....Kalau berani sangat, sepaklah benda yang boleh melawan...


Memang dari petang PH lepak kat kedai tu sambil mencari idea untuk menulis sebuah novel...Seperti selalu, PH memang letakkan tong makanan kat bawah meja...Biar budak-budak tu makan....Asyik mintak sedekah kat meja orang jer....Orang bukan nak bagi pun....


Demikianlah episod kekejaman kecil manusia terhadap haiwan....Kita sebenarnya tak ada hak langsung untuk berbuat demikian kepada mereka...Hatta tidak menyukai mereka sekalipun, jangan ingat kita ni banyak yang orang suka....Manusia ni banyak yang jadi 'Drama King'....Sebab itulah di zaman ini ramai kawan makan kawan, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan sebagainya...Benda-benda ni adalah lambang kebusukan hati manusia itu sendiri.....Haiwan yang tidak berakal tidak ada pun hati yang sebegini, justeru itu apa relevannya kalau kita nak sepak mereka....? Ianya adalah relevan bagi mereka yang sombong, bongkak dan angkuh...Bangga menjadi manusia, tetapi di mata PH mereka ni tak sehebat manapun....sama jer taraf mereka dengan kita...Tak kira tua atau muda, kaya dan miskin, fitrah kita tetap sama, iaitu sama-sama makan nasi...Sama-sama makan ayam...Sama-sama ada keinginan....Apa yang nak dibanggakan sangat dengan harta yang kita ada...? Boleh kalau nak bangga kerana kita berhak 'REWARD' diri kita sendiri setelah bertungkus lumus berusaha mencapai kejayaan....Tetapi, kita hendaklah menggunakan harta kita tu ke jalan yang diredhai oleh Nya....Agak-agak kalau setakat beli kasut but 2-3 ratus sebab nak test sepak kucing ape lah sangat, kan...? Meh try sepak PH tengok...? hehehehe



Pelanggan-pelanggan yang selalu lepak minum di kedai itu memang dah kenal sangat dengan PH....

"Wah Papa Hero....bawak makanan lagi ke...? Dah2 la tu....Dah kenyang dah derang tu...." tegur Pak Leh bila dia nampak PH bawak tong kibbles...Mula-mula, memang perkara ni nampak asing pada mereka, tetapi bila dah selalu sangat tengok, mereka jadi terbiasa...Malah mereka suka apa yang PH buat....Mereka kenal PH dari Majalah Mastika...


Kadangkala, bila kita nak membantu seseorang atau sesekor, kita terpaksa melakukannya di khalayak ramai....Jadi, serba salah kita dibuatnya kan...? Takut nanti ada pulak yang kata :

 "Ala..., nak tunjuk baik la tu konon..."..Perkara sebegini bukan sahaja berlaku di luar, tetapi di dalam Facebook juga...


Bagi PH, biarlah apa orang nak kata pun....Itu adalah lebih baik dari tidak berbuat apa-apa dan merungut sahaja....Seseorang manusia itu tidak layak menilai keikhlasan hati seseorang manusia yang lain....Mereka yang soseh-soseh tentang kebaikan kita bukannya Tuhan atau Nabi...Jadi, kalau kita rasa benda yang kita buat tu berfaedah dan betul, lakukan sahaja...
Pada jam 9 malam, ada dua orang kanak-kanak perempuan bermain-main dengan seekor kucing jalanan yang kekenyangan makan Royal Canin....Ada dua orang, seorang kakak dan seorang lagi mungkin adiknya....Si kakak ini siap meminta izin dari PH untuk mengambil sedikit kibbles untuk memberi kucing yang disepak petang tadi itu makan...

"Acik, nak minta sikit makanan kucing boleh...? Nak bagi kucing makan..."

PH senyum jer pastu kata : "Ambiklah....tapi bagi dia makan sikit-sikit dulu, takut nanti dia tak habis...."

Seorang lagi adiknya yang berusia dalam lingkungan 2 tahun diajar oleh kakaknya bagaimana nak usap kucing....Sweet sangat bila tengok si adik tu membelai kepala kucing putih yang berkurap telinganya tu....Tapi, kurapnya tu baru nak jadi....

"Adik..!! Kakak...!! Lepas tu cuci tangan tau.....Baru boleh makan..." kedengaran suara ibunya memberi peringatan...Wah steady betul akak ni....Suaminya pun nampak macam tak kisah anak-anaknya memegang kucing jalanan....Inilah satu contoh yang harus diteladani....Mendidik anak kita agar menyayangi haiwan....


Terpegun si kecil ini memerhatikan susuk tubuh kucing jalanan ini...Dia pasti sedih kalau mengetahui kucing ini telah disepak petang tadi....Kalau kita tak suka kucing, janganlah menghasut anak kita untuk membencinya juga....Sampaikanlah khabar-khabar baik tentang kucing dan anjing, bukannya momokan yang negatif....Mereka berhak memilih untuk menyayangi haiwan....


Sebelum pulang, PH sempat merakamkan foto ini...Si putih ini tidur dengan lena sekali walaupun suasana di restoran itu hiruk pikuk...Kasihan dia....PH tak mampu nak ambil kesemuanya sekali pulang ke rumah....Insyaallah, perancangan PH untuk menubuhkan taman kucing sedang direncanakan....Tetapi, PH perlu bermula dari kecil dulu....Sekiranya penulisan novel PH ini berjaya dilancarkan nanti, ianya akan membuka jalan untuk PH merencanakan langkah yang seterusnya...Perjalanan seribu batu itu bermula dengan satu langkah...


Bila PH pulang ke rumah, sayu bila melihat kucing-kucing yang PH kutip sedang tidur berpelukan sesama sendiri....Nyenyak betul mereka tidur di atas katil PH...Terpaksa juga PH tidur di bucu-bucu katil...Hampir setiap malam PH begitu....


Seminit selepas terbaring di bucu katil, PH terlupa sesuatu...PH selalu melakukannya sebelum tidur....PH bangun sebentar untuk melihat si kembar kesayangan PH di bilik mereka....Kasihan anak-anak ini....Sebelum tidur, PH mengucup dahi mereka, tanda sayang dan penghargaan pemberian dari Ilahi selepas kejadian misteri antara PH dan Si Burn...Nak tahu apa kisahnya...? Belilah Majalah Mastika keluaran Februari 2012...PH ada menulis di sana....


P/S :
Berat tanggungjawab semakin terasa apabila mempunyai cahaya mata....Tanpa hati yang bersih, mustahil kita dapat membimbing anak-anak kita ke arah kebaikan....Kitalah yang mencorak masa depan generasi yang akan datang...Semailah kasih sayang, bukan semai kebencian, hatta kepada haiwan mahupun manusia....Di generasi akan datang nanti, Insyaallah mereka akan merasa bodoh bila menyepak kucing...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. suka gambar kucing tidur peluk peluk tu. :')

    ReplyDelete
  2. tahniah PH.. kalau PH tak tegur mesti diorg bt lagi dekat kucing2 lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular