Tuah Membela Banyak Kucing....


Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat...Selepas selesai segala tugas, barulah berkesempatan untuk update blog...Macam-macam hal berlaku seawal tahun 2012 ni....Semuanya menguji kesabaran...Semoga tahun ini PH memperolehi kesabaran yang jitu di dalam memburu kejayaan...Bila disebut kejayaan ni, ianya mempunyai skop yang luas....Lambang kejayaan bukanlah terletak kepada kekayaan, tetapi ianya adalah perubahan yang telah kita lakukan setelah menempuh pelbagai halangan....Ianya tidak akan dipanggil kejayaan kalau kita mencapai impian kita tanpa ada sebarang bentuk cabaran....PH yakin, ramai di kalangan kita pasti pernah menempuh kisah silam....Masing-masing ada diari masing-masing...Begitu juga dengan PH...Persoalannya, mengapakah ia berlaku kepada kita? Tidak berlaku pada orang lain....? Bagi mereka yang tidak kuat momentumnya, maka mereka akan mengadu domba, mengeluh, merungut dan saling menyalahkan orang lain....Topik untuk entri kali ini agak berat...PH menulisnya sebagai peringatan bagi diri PH sendiri....


Sebagai seorang yang memelihara haiwan, cabaran juga banyak berlaku...Kadangkala ianya berlaku tanpa kita sedari...Bila kucing atau anjing kita mati, barulah kita tersedar akan kesilapan kita....Sebab tu PH selalu ingatkan, jangan pandang rendah kepada haiwan kerana mereka adalah guru kepada kehidupan mereka...Si Jojo ni PH tak tahu datang dari mana...Tahu-tahu jer tidur di depan pagar rumah PH....


Kadangkala, kita tak sedar bahawa makanan yang kita beri pada mereka tu sebenarnya adalah merupakan salah satu kunci kepada pintu rezeki kita...Waima anjing sekalipun, mereka tetap bersama-sama kita menumpang di muka bumi yang bertuah ni....


Kehadiran mereka kadangkala hanya sepintas lalu sahaja...Mereka kerap datang dan pergi di dalam hidup kita...Persoalannya, mengapa kita dipilih untuk mengasihi mereka...?


Kalau haiwan yang nak menumpang teduh kat rumah kita, kalau boleh biarkan sahaja....mereka datang cara baik, maka kita layan pun cara yang baik....Kita tak tahu apakah mereka ini benar-benar anjing ataupun makhluk halus yang menyamar.... ( Wallahualam )


Ramai orang sukakan kucing, tetapi ramai juga yang akan rasai tekanannya bila bilangannya bertambah....Tekanan yang datang pula ada bermacam-macam rupa...Mungkin ada anak-anak yang sakit, mengandung dan masalah kewangan untuk menyara mereka....Bukan semua orang mempunyai wang yang cukup untuk memelihara mereka...Ini semua adalah dugaan yang kita perlu tempuh...PH juga pernah mengalami situasi ini....Bila timbul soal masalah kewangan, maka ianya akan menyebabkan kita serba salah...Jadi, penyelesaian yang PH ambil secara drastik ialah tidak fokus untuk memikirkan masalah tersebut tetapi fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut....PH perlu tingkatkan taraf ekonomi keluarga yang PH tanggung selama ini....Kalau difikirkan sedalam-dalamnya, kita akan menjadi lebih proaktif untuk berusaha demi mencapai impian kita untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka apabila ada matlamat di dalam hidup....Untuk mengubah hidup mereka, kita kena ubah diri kita dulu....Ada orang, bila kucing dah banyak barulah sedar yang taraf ekonomi mereka perlu dipertingkatkan...Sebab tu lah ada orang selalu berkata "Kalaulah aku kaya, aku akan belikan rumah khas untuk kucing-kucing aku ni..."...Ungkapan kita adalah satu doa...Inilah tuah kucing yang kita kutip, tanpa mereka kadangkala kita tidak mempunyai sebab untuk berjaya....Kita tidak akan nampak matlamat kita nak beli rumah banglo ( sebagai contoh.... ) kalau kita tidak menyebutnya, bukankah begitu...? Renung-renungkanlah...Semua orang mampu memilikinya...Kita sama-samalah berusaha kay...? Kena sabar dan ikut step by step...Sama ada rezeki tu datang cepat atau lambat, itu adalah hakNya...


Semua orang sudah pastinya inginkan taraf hidup yang lebih baik, tetapi bukan semua orang yang sanggup mengambil peluang...Bagi PH, asalkan peluang tersebut halal, ianya tidak salah untuk kita mencubanya....Buang sifat 3M yang membantutkan usaha kita untuk meningkatkan taraf hidup :

1 ) Malas
2 ) Malu
3 ) Monyok

Bila kita kata "Aku nak buat taman kucing bila aku kaya nanti....", ianya tak salah...Malah, kita digalakkan menyebutnya setiap hari kerana ianya adalah doa....Mudah-mudahan dengan adanya doa kita dan mereka, ianya adalah pembuka jalan untuk kita menuju ke arah impian kita....


Di satu sudut yang lain, Si Tanggo ni dijumpai oleh MH di Bank RHB Putrajaya....Kesian dia...Terbaring jer kat tengah laluan koridor tu....Menurut MH, Si Tanggo tengah kelaparan.....


Oleh kerana belas, MH membawanya masuk ke kereta...Lahap betul dia makan kat dalam kereta...


Bila dibawa balik ke rumah, Insyaallah PH dan MH akan menjaga mereka dengan baik...PH tak pernah mengurung mereka....Mereka bebas tidur di mana sahaja....Itu cara PH dari dulu lagi....Mereka yang pernah mengunjungi ke rumah PH pasti tahu situasi ini...Keadaan yang digambarkan di dalam Facebook dan keadaan yang sebenar adalah 100% sama...


Hero memang wajib tidur di atas katil PH hampir setiap malam....PH biarkan ajer....Inilah masa untuk kita 'reward' mereka....Anak-anak PH pun selalu main dengan kucing-kucing....Kadang-kadang, bila PH turun ke tingkat bawah PH nampak Si Along dan Si Angah sedang baring sambil ditemani oleh kucing-kucing PH yang lain....Syahdu betul PH tengokkan mereka tu....Umur baru 4 tahun, tapi dah pandai sayangkan haiwan....


P/S :
Sesiapa yang ada bela banyak kucing tu, sabar adalah kunci utama...Tempias tuah mereka akan kena pada kita...Kalau tak banyak, sikit pun jadilah :)

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. rindu nak bela kucing banyak2. dulu pernah bela sekali 12 ekor. tp ada yg dah tak duk rumah. huu

    ReplyDelete
  2. dah biasa hidup dgn puluhan kucing. tido atas tilam.. dlm selimut.. atas lipatan kain tu dh biasa. yg bomba rajin menyiram dlm rumah pun dah biasa.. yg tak pandai berak atas pasir, suka berak dalam rumah lebih2 lg time hujan pun dah biasa.. cuma 1 je family sy tak biasa dr dulu.. Buang kucing. even jahat macam mana pun arwah ayah takkan bg buang. kucing bomba ni kdg2 org pn dia siram tp kagum dgn arwah ayam walau kena siram dgn bomba nakal.. jentik pun tak. dia maafkan mcm tu je.. tp anak2 dia, kdg2 jerit juga kt bomba. plg2 piat2 telinga skit. Alhamdulillah.. dr hr ke hari kehidupan family sy semakin di murahkan rezeki. Ayah pergi pun tak tgglkan kesusahan utk kami semua. Mgkin ini slh satu balasan utk arwah ayah & family kami yg sama2 menumpangkan rezeki untuk kucing2

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular