FROM ZERO TO HERO - Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang....
FROM ZERO TO HERO
Malam semalam adalah hari yang bertuah untuk si comel putih ini...PH lepak minum dengan kawan di Restoran Jamek Maju di Semenyih ( sebelah Maybank )...Kucing comel ini memang dah kenal PH...Asalkan PH datang jer dia ada...Asalkan dia ade jer PH datang....Dia tahu PH akan bawa makanan untuk dia...Begitu juga dengan kucing-kucing yang lain, mereka semua akan duduk di bawah meja PH menunggu makanan....
Sehinggalah pada waktu malamnya si comel ini kekenyangan...Lalu oleh kerana rasa belas padanya, PH snap gambar dan upload ke dalam Facebook KAKIMOTONG FAN CLUB.....Responnya amat baik sekali...Dalam masa kurang dari 10 minit, PH berjaya mendapatkan adopter iaitu Pn Salhah Suhot, yang juga merupakan owner Si Rangga ( KLIK SINI )...
Akhirnya PH culik si comel ni dan bawa masuk ke dalam kereta...Dia langsung tak takut, siap lepak jilat mukanya kat atas kusyen kereta PH...Wah Wah...!!!! kemain lagi tu....Maklumlah, dia kan tak pernah baring kat atas kusyen empuk...Selama ni asyik baring kat atas jalan tar ajer....
Seperti yang telah dipersetujui, PH dan MH menunggu Pn Salhah di McDonald Semenyih, 10 minit selepas berjaya mencari adopter melalui Facebook....
Sementara menunggu Pn Salhah, dari jauh PH nampak ada seekor kucing putih mundar-mandir di kawasan Drive Thru kat Mc Donald tu....Nampak macam liar, tapi bila PH panggil dia datang...hehehehehe...Mentang-mentanglah ada makanan, baru kau nak datang yer...nak kena babab muntut ni.....
Kesian dia takut-takut dengan manusia...Ni mesti kes kena buang...Mata galak berwarna biru....
Mula-mula malu la konon dowh , tapi last-last makan jugak dowh...hahahahahaha...Siap masuk kat dalam tong tu....Adehhhh
Kejap masuk kepala, kejap keluar kepala...Nak jenguk takut-takut ada orang datang nak babab muntut dia la konon...
Akhirnya, Pn Salhah datang tepat pada masa seperti yang dijanjikan...Beliau datang bersama encik suami, iaitu saudara Nizam....Si comel ni dapat juga tuan yang baru...Semoga kehidupannya lebih ceria dan terjamin selepas tinggal bersama Pn Salhah....Walaupun dia hanya seekor kucing, tetapi dia juga bernyawa dan mempunyai hak untuk hidup di atas muka bumi ini....Manusia yang hidup susah sudah ada jabatan yang berwajib yang membantu, tetapi bagi haiwan-haiwan sebegini siapa lagi yang nak bantu kalau bukan kita, kan...? Masa ni, si jantan mata biru yang masuk kat dalam tong tadi dah lari entah ke mana entah....Pn Salhah menamakannya si comel ini Mamat Hensem...
Selepas itu, kami talk-talk, drink-drink, eat-eat prosperity burger sambil sembang pasal kucing....Perghhhh best betul walaupun hanya cerita pasal kucing.....Sebenarnya, apa yang penting di sini ialah silaturrahim sesama kita....Mamat Hensem tu Pn Salhah letak dulu ke dalam kereta...
Masa PH nak balik, si mata biru ekor kontot yang menghilangkan diri tadi tiba-tiba datang ke meja PH....Bila PH nak tangkap dia lari pulak...Malu-malu kucing dowh.....Yang hairannya, macamana dia boleh tolak pintu kaca McD ni...? Berat dowh...hehehehehe..MH kata, dia standby kat pintu kaca ...Ada orang keluar dan dia terus menyelinap masuk ke dalam...
Lepas puas tertonggeng sana sini, akhirnya dapat juga PH culik dia...Seperti biasa, port cermin belakang adalah port kegemaran kucing-kucing yang PH selalu kutip...Mesti derang semua lepak kat atas tu....
Habis rebeh tirai langsir sunblock kereta PH....Tapi takpelah...Janji jangan berak kat atas speaker Papa sudeyyyy.....
Akhirnya si ekor kontot ni sampai juga ke rumah PH...PH namakannya Si Donald....Kemudian PH iklankan Si Donald ni di Facebook KAKIMOTONG FAN CLUB untuk adoption..Alhamdulillah, tak sampai 10 minit, ada seorang insan yang sudi adopt Si Donald ni.....hehehehe..Kesian dia masa mula-mula sampai di rumah PH...PH rasa dia ni memang pernah bertuan pada suatu masa dulu....maslu-malu dan suka melese...Dia takut dengan kucing-kucing PH yang kecil walaupun badannya besar...
Pada keesokan harinya ( hari ini ) PH terasa badan berat sangat...Kepala sakit dan suhu badan panas...Doktor sahkan PH terkena jangkitan kuman, tapi tak diberitahu pula terjangkit tang mana...PH pun tak banyak soal asalkan boleh rehat hari ini....Masa nak rehat, PH terfikir juga lebih baik PH gunakan masa yang terluang ini untuk mempercepatkan urusan penghantaran Si Donald dengan bakal tuan barunya iaitu Cik Wawa...Pada asalnya kami merancang untuk berjumpa pada waktu malam di hadapan Plaza Metro Kajang...Setelah dipersetujui, kami berjumpa di Plaza Metro Kajang pada jam 1.30 tengahari...
Kesian Si Donald...Nampak pasrah jer...Cer tengok video ni...Kesian kan tengok muka dia...Sayu jer...hehehehe
Dia ni muka brutal tapi agak penakut...Terpaksa PH lindung badan dia dengan beg laptop....Kelihatan tabung duit Ben 10 ( baki duit tol PH selalu letak ke dalam ni untuk beli kibbles untuk kucing jalanan ) pun ada asalkan dia diam....hehehehe
Alhamdulillah, Si Donald selamat di dalam dakapan Cik Wawa....Baru sahaja beliau update di Facebook tadi memberitahu yang dia dah mandikan Si Donald ni.....
Papa doakan semoga Donald bahagia dan sihat....Jaga hati tuan baru kamu yer...Jangan berak dan kencing sepah-sepah tau...Doakanlah kesejahteraannya setiap hari....
Nota PH >>> Alhamdulillah, Si Mamat Hensem dan Si Donald telah menemui sinar hidup yang baru bersama dengan tuan masing-masing.....Ada sesiapa berani menyahut cabaran PH untuk adopt kucing oren di bawah ini....?? Kalau ada, sila hubungi PH tau...Nanti PH culik dia pulak....hehehehe
Mereka yang di bawah ni juga adalah
FROM ZERO TO HERO....!!!!!
OOppppssss..!!! Sebenarnya ada satu cerita lagi...Sebelum hantar Si Donald tadi, PH ada terjumpa seekor kucing ni...PH hairan kerana setahu PH kucing ini bermastautin di Restoran Sri Leena tapi tadi PH jumpa di Restoran Jamek Maju, 300 meter jaraknya dari Restoran Sri Leena...Nampaknya, kucing ini berhijrah ke sini....PH pernah nak tangkap dia kat Sri Leena sebab ada rakan FB nak adopt...Patutlah tak jumpa, rupa-rupanya Si Oren ni dah berhijrah ke sini....Jalan untuk menghala ke sini perlu melintasi beberapa jalan besar...Syukurlah kucing ini selamat...Dia adalah pengguna jalanraya yang berhemah....
Dia pun mesti hairan " Eh Papa...Jumpa juga kita kat sini..." hehehehehe
Perangainya amat baik sekali...Manja sangat....Lantas PH menelefon rakan FB yang pernah nak adopt kucing ni...Alhamdulillah beliau bersetuju...Esok jam 8 malam kami akan berjumpa untuk menyerahkan kucing ini....
Matanya kuning macam mata Abang Iyo...Syukurlah, ada insan yang sudi adopt mereka bertiga dalam masa 24 jam.....Daripada kita beli kucing, lebih baik kita bantu kucing-kucing yang hidup merempat ini...Kadangkala, memang kerja-kerja sebegini tidak sempurna di mata orang lain, tapi PH hanya lakukan sahaja....
salute lah kat PH. mulia sungguh hati kamu. Allah permudahkan segala kesulitan kamu. amin.
ReplyDeleterse terharu sgt ble bca..nk mnanges pn ade...mulia btol hti.
ReplyDelete