FROM ZERO TO HERO, REWARD FOR THE STRAYS

FROM ZERO TO HERO

Baru-baru ini, PH dikunjungi oleh salah seorang rakan FB iaitu Kak Durshanida dan Saudara Hisham....Mereka datang membawa seekor ibu kucing dan 3 ekor anaknya yang telah beliau selamatkan...PH berikan nama Si Ibu kepada kucing itu....Alhamdulillah, inilah teladan yang baik yang harus dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia...Sememangnya, kes-kes kekejaman haiwan banyak berlaku di negara kita...Ianya seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan....Biasalah, usaha-usaha menyelamatkan kucing secara kecil-kecilan ini dipandang masih remeh oleh sesetengah pihak....Bagi PH, orang-orang sebegini adalah orang yang tidak mensyukuri nikmat diciptakan sebagai seorang manusia...Kalau tak nak muhasabah diri juga, lantak lah kan...? Kita dah ingat mereka tetapi mereka yang buat-buat tak ingat...Jadi, kita sebagai golongan orang-orang yang steady teruskanlah usaha menyelamatkan kucing-kucing yang terbuang ni..Ianya juga adalah amalan mulia dan bakal menjadi 'pendapatan pahala pasif' apabila kita dikafankan kelak...



Saudara Hisham menerima respon yang baik dari Hero...Hero 'salam' dia, tapi PH tak sempat nak rakam....



Sementara melayan tetamu, PH ternampak Si Jojo ni terpacul di depan pintu pagar rumah...Diam jer dia....Entah dari mana dia muncul...lepas memberinya sedikit makanan, PH melayan tetamu semula....



Akhirnya, dapat juga Si Ibu ni dibawa ke tempat yang selamat....Alhamdulillah, dia tak gaduh dengan kucing-kucing PH yang lain...PH letakkan dia ke bilik si kembar dulu untuk tujuan kuarantin...Kurap kat muka dia teruk sangat...Kesemua anaknya juga telah dijangkiti...Insyaallah dalam minggu ni PH nak bawa dia pergi ke klinik haiwan untuk mendapatkan suntikan...Dalam RM50 kalau tak silap....PH nak jumpa Dr Cham di Taman Kajang Utama....



Hero pun tak gaduh dengan Si Ibu...Tapi bulat jer mata dia bila tengok si janda tu...Entah apa agaknya dia kata yer....hehehehe


Hero selalu pesan kat PH supaya bantu rakan-rakan Hero di luar sana...Sudah-sudahlah penderitaan yang mereka alami tu....Kalau kita tak sayang mereka, siapa lagi yang nak sayang....? Tentang bantuan kita kepada sesama manusia tu, biarlah itu menjadi rahsia kita....


Apa yang MH bagitahu kat PH, asalkan ada sifat ambil berat dan ada sifat ambil tanggungjawab, membela sebanyak mana kucing pun tidak akan timbul masalah...Yang penting, jangan merungut....Itu yang kita pilih, maka itulah yang kita kena tanggung...Jangan lari dari masalah...Hadapinya dengan penuh sabar....Bagi PH pula, apabila kita membela kucing yang banyak kita perlu berusaha mengatasi masalah utama kita, iaitu faktor kewangan....Tentang bagaimana untuk mengatasinya, sebenarnya ramai yang nak mengatasinya tetapi tak ramai yang sanggup nak buat.....Itu semuanya bergantung kepada motivasi diri....PH sarankan, rebutlah peluang yang ada untuk memajukan taraf ekonomi kita, nescaya kita akan menjadi gembira apabila dapat memberikan yang terbaik untuk haiwan peliharaan kita....dan dapat membantu orang-orang yang memerlukan....


P/S :
Setiap pendapatan yang kita perolehi sebenarnya terdapat hak orang lain di dalamnya...Sedekahkanlah ia kepada sesama manusia, masjid atau kepada haiwan sekalipun...Insyaallah ianya dapat menyucikan diri kita dan harta kita...Persoalannya, pernahkah kita merasa nikmat menghulurkan derma atau bantuan sebanyak RM100 ( contoh ) untuk membeli makanan haiwan-haiwan jalanan, tabung-tabung surau ataupun masjid...? Bagi sesiapa yang pernah melakukannya, SYABAS PH ucapkan...Mereka yang pernah melakukannya sahaja akan tahu betapa indahnya ketenangan yang diperolehi selepas itu....Betapa puasnya dapat bersedekah dan membantu sesama makhluk...Mereka ini menggunakan pendapatan mereka ke jalan yang diredhai olehNya...Akan tetapi, kalau kita tak mampu menghulurkan bantuan wang ringgit, maka hulurkanlah bantuan dari segi kudrat kita...Itu adalah yang paling baik sebenarnya....Walaupun nampak kecil di mata sesetengah orang, tetapi ianya sangat besar darjatnya di sisi Allah SWT...Justeru itu, jangan takut untuk selamatkan haiwan....Untuk melakukannya, mulakan dengan seekor dulu...Rasailah nikmat kegembiraan yang akan datang nanti...Doakan :)
Sesiapa yang berminat nak adopt Si Ibu ni, sila hubungi PH yer :)
FROM ZERO TO HERO, REWARD FOR THE STRAYS

Enhanced by Zemanta

Comments

Entri Popular