Antara Hector, Motet, Abang Iyo dan Doktor Gigi
Rasanya tak banyak entri PH tulis mengenai Hector ni..PH pernah tulis cerita bagaimana keadaan Hector masa PH mula-mula kutip dia dulu tapi payah pulak PH nak cari semula entri tersebut untuk dikongsikan semula....Nanti kalau PH jumpa PH siarkannya...
Hector ni adalah seekor kucing jalanan yang PH jumpa sekitar tahun 2010...Masa jumpa tu, dia ni kurus kering dan ekornya berdarah...Kemudian dilehernya ada tali rafia yang diikat ketat yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab...PH pernah buka iklan untuk adoption tetapi masa tu tiada siapa yang nak kat Hector ni....
PH dan MH pun tak kisah lalu memeliharanya sehinggalah sekarang ni...Badannya dah gemuk dan debab macam badak...Umurnya sekarang dah mencecah setahun setengah
( menurut Dr Zul )....Susuk tubuhnya kini dah lebih besar dari Abang Iyo...
Si Motet ni berusia lebih kurang 8 bulan, dah anak dara dah...Dia adalah di antara penyeri kat rumah PH ni...Habis semua diselongkarnya, habis semua ditumbangkannya...Tapi PH tak kisah semua tu sebab itu adalah petanda dia ni sihat walafiat, lincah dan bertenaga....Pemakanannya juga MH selalu pantau...Budak-budak kat rumah ni memang makan makanan premium...Alhamdulillah, mereka jarang sakit....Bukannya apa, kalau kita bagi makanan yang kurang berzat, risiko untuk mereka sakit adalah tinggi...Jadi kalau mereka sakit, kos perubatannya lebih mahal dari kos membeli makanan premium....Itu belum dicampur dengan masa untuk menghantar mereka ke vet...Maklumlah, kadangkala terpaksa mengambil cuti / cuti separuh hari dan sebagainya...
Hati mana yang tak girang kalau melihat mereka ni saling terloncat-loncat dan 'terbang' ke sana sini....Semuanya boleh menghilangkan stress...Cuba tonton video di bawah ni...
Alhamdulillah, Abang Iyo masih lagi steady sehingga sekarang...Matanya masih bersinar meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat wajahnya...Melihat wajahnya di dalam skrin komputer lain perasaannya kalau nak dibandingkan jika melihatnya secara berdepan....Ramai juga yang mengalirkan air mata melihatkan wajah comelnya...Seraut wajahnya boleh membuatkan mereka yang melihatnya terbawa-bawa ke dalam tidur....Begitulah aura kasih sayang Abang Iyo....
Sungguhpun begitu, auranya masih boleh dirasai walaupun hanya dengan membaca entri ini....Auranya membuatkan kita berasa lebih menghargai nyawa makhluk lain yang tinggal bersama-sama dengan kita di atas muka bumi ini....
Nota PH :
Martabat mereka yang mempunyai sifat ehsan terhadap haiwan adalah amat dipandang tinggi di sisi agama Islam...PH juga yakin, agama lain pun begitu juga....Justeru itu, tak guna kita nak tunjuk kuat kat mereka ni dengan menendang / menyeksa mereka...
Kalau nak sangat tunjuk kuat dan rasa diri tu bagus, pergilah jumpa doktor gigi...Kalau tak menggeletar, itu kira kuat dah tu....
( PH paling risau dengan doktor gigi....hehehe )
Comments
Post a Comment