Salam Terakhir Dari Si Wira Buat Semua

Pada tanggal 1 Jun 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, kita dikejutkan dengan khabar mengenai kematian seekor kucing legenda kesayangan ramai iaitu Si Wira....Bagi PH, walaupun dia hanyalah seekor kucing jalanan, tetapi ketabahannya di dalam mengharungi hidup amatlah mendatangkan kesan di sanubari kepada sesiapa sahaja yang tahu akan kisahnya...Kisah pilu arwah Si Wira boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )
Bermula dengan sebuah status di 

Assalam......warga WFC
Sebelum saya membuka bicara,
Mohon dari hati WFc dapat menerima berita ini suatu KETENTUAN ALAHI...
DARINYA KITA DATANG KEPADANYA KITA KEMBALI....
SEMUA NYA ADALAH ATAS QADA DAN QADAR ALLAH...
Untuk pengetahuan WFC....
WIRA TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA...SEMALAM.
MENURUT DOC MAR BUAH PINGGANG WIRA MULA MEMBENGKAK..
Kita dah sedia maklum wira agak lemah. Doc sudah berusaha sebaik mungkin.
Sesungguhnya Allah lebih sayang akan Wira..
Sya sgt2 berharap jgn menyalahkan sesiapa..terutama doc Mar, kita perlu balik segalanya kepada Allah...
Tentang Derma yg telah kita terima , Insyaallah.akan kita gunakan untuk sang Bulus yg lain...
Moga2 SEMANGAT WIRA ADA PADA KUCING2 LAIN..DAN HATI KITA UTK SAMA MEMBANTU MEREKA YG ISTIMEWA INI..AMIIN...




PH betul-betul terkejut dan sebak sebaik sahaja terbaca status dari admin page ini...Tak sangka rupa-rupanya Si Wira mengalami masalah buah pinggang yang kronik...Gambar di bawah ini adalah gambar sewaktu dia diselamatkan oleh insan-insan yang berhati mulia...



Di atas bantuan oleh Dr Marlia dan rakan-rakannya, luka di kepala Wira yang agak parah berjaya dipulihkan...



Akan tetapi, umurnya tidak panjang...Allah lebih menyayangi Si Wira...


Nota PH :
Sepeninggalan Si Wira banyak memberikan kesan kepada pencinta haiwan di Malaysia secara amnya...Kepada warga Wira Fans Club, PH ingin mengucapkan takziah...Syabas juga PH ucapkan kerana kalian semua telah melakukan yang terbaik terhadap seekor haiwan yang selalu dipandang hanya sebelah mata sahaja...Diharapkan dengan wujudnya page Wira Fans Club dapat memartabatkan lagi pencinta haiwan di Malaysia..Teruskanlah usaha SAR ( Search And Rescue ) yang telah diuar-uarkan...Semoga akan terbela lagi nasib rakan-rakan Arwah Si Wira...
Walaupun Wira telah tiada, tetapi dia tetap hidup di hati kita semua...
Takziah dari kami semua....

Comments

Entri Popular