Beranilah Mengambil Tanggungjawab

Alhamdulillah dan PH bersyukur sangat-sangat pada hari ini...Pada usia yang baru ini, PH perasan terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam hidup PH dan rakyat Malaysia secara umumnya....Sebagai seorang yang mempunyai kerja hakiki, PH juga adalah seorang penulis blog bebas yang menyampaikan risalah buat rakyat Malaysia dengan cara yang tersendiri....Dengan platform inilah PH telah berjaya menghimpunkan beberapa siri kejayaan di dalam perjuangan PH sama ada untuk diri sendiri mahupun kepada masyarakat...
Di usia inilah PH akan mengorak langkah dengan lebih jauh lagi di dalam usaha untuk memartabatkan pencinta haiwan...Alhamdulillah, gelombang suara pencinta haiwan di Malaysia kian bergema dan semakin didengari oleh pihak yang berwajib tentang betapa tirisnya undang-undang dan akta-akta yang mensabitkan kesalahan terhadap si pelaku kekejaman terhadap haiwan....



Tetapi, PH masih tidak berpuas hati dengan beberapa perkara...PH tidak pasti apakah ini adalah sikap negatif rakyat Malaysia itu sendiri atau sebaliknya....PH tidak mahu menceritakan di sini kerana PH tidak mahu ada sesiapa yang tersentap hati kalau PH menulisnya....Cukuplah PH katakan di sini bahawa rakyat Malaysia 'manja' dan selalu mengharapkan pertolongan dari orang lain tanpa berusaha terlebih dahulu....Dah banyak testimoni yang telah PH tonjolkan di sini agar berani mengambil tanggungjawab...Tetapi, syabas PH ucapkan kepada mereka yang telah berani menyelamatkan kucing yang dilanggar dan kemudiannya berkorban wang ringgit demi kucing jalanan yang tidak pernah dikenalinya...


Kini terdapat banyak NGO, blog dan laman-laman Facebook pencinta haiwan yang matlamatnya untuk membantu haiwan jalanan pada dasarnya...PH amat harap agar suatu hari nanti para-para pejuang ini dapat duduk semeja dan bersatu demi membela nasib haiwan yang terbiar...Yang sudah tu, sudahlah....Jangan asyik mencari salah orang lain kerana diri kita sendiri pun tidaklah sehebat mana...Ada orang lain yang jauh lebih hebat dari kita....


Lihatlah ke mata sayu mereka...Mereka sebenarnya telah menjadi mangsa keadaan akibat kerakusan manusia...Banyak blog-blog pencinta haiwan di Malaysia yang berusaha untuk menyampaikan risalah masing-masing dengan cara yang tersendiri...tak kisahlah samada entri-entri kucing sendiri atau kucing orang lain, yang penting matlamatnya amat jelas iaitu menyemai semangat sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini...


Mengenai isu kucing-kucing jalanan yang ditangkap oleh pihak berkuasa dan kemudiannya disuntik mati, ianya berlaku kerana terdapat laporan dari kawasan kejiranan...Pihak berkuasa bertindak di atas maklumat laporan....PH yakin sekiranya majoriti rakyat Malaysia sayangkan kucing, laporan-laporan terhadap pihak berkuasa supaya menangkap haiwan ini tidak akan wujud...Sekiranya kita sama-sama berkongsi akan kisah-kisah pilu mereka melalui media blog dan Facebook, sudah pasti sinar harapan untuk mereka dipelihara akan menjadi lebih cerah....Melaporkan kucing jalanan kepada pihak berkuasa agar mereka ini ditangkap tidak akan menyelesaikan masalah yang kian meruncing ini...Ini adalah kerana masyarakat sendiri yang kerap membuang kucing di kawasan kejiranan awam...Ini bukanlah suatu cara yang bijak...Cara yang bijak ialah pihak berkuasa perlu memainkan peranan untuk mendekati masyarakat yang dibantu oleh NGO agar mendidik masyarakat agar sama-sama menghargai nyawa...Ini adalah perlu untuk menuju ke arah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab...Ini tidak, asyik NGO sahaja yang buat kerja, tetapi di mana wakil-wakil dari pihak yang berwajib...?? Mungkin ada, tapi PH yang kurang periksa barangkali...Pihak berkuasa juga perlu mengambil tanggungjawab dan memikul amanah yang dimandatkan...


Maka, benarlah slogan "Kesedaran Sivik Bermula Dari Rumah"...Peranan ibubapa itu sendiri amatlah penting di dalam melahirkan modal insan yang berkualiti...Tak salah kalau kita mendekatkan mereka dengan haiwan-haiwan jalanan ini...Anak-anak kita akan terfikir mengapa ada kucing cantik di rumah dan mengapa ada kucing kurap di tepi jalan...Mereka akan terfikir dari mana datangnya mereka ini..? Adakah mereka ini turun dari langit..??? Maka, dengan ini ibubapalah yang wajib memberikan jawapannya...
Mereka yang berprofesion sebagai seorang guru juga amat penting peranannya di mana risalah-risalah sebegini dapat disebarkan di peringkat akar umbi...Banyak aktiviti di sekolah-sekolah yang berkaitan dengan kehaiwanan boleh diwujudkan...Maka dengan ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan murid-murid sekolah akan mula membelikan ikan goreng yang digaulkan dengan nasi untuk santapan kucing-kucing jalanan di hadapan ibubapa mereka....Sebagai bapa, PH amat berbangga sekiranya mempunyai anak yang bersikap prihatin terhadap haiwan...


Nota PH :
Sebesar mana komuniti pencinta haiwan yang kita bina, ianya sia-sia belaka sekiranya kita tidak 'mencintai' sahabat-sahabat kita yang lain dan mewujudkan sengketa sesama manusia...Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih....Mulai dari hari ini, tanamkanlah azam baru agar menjadi lebih berani untuk menyelamatkan haiwan...Kongsikan kisah haiwan yang telah anda selamatkan di Facebook dan jangan pedulikan apa orang nak kata terhadap kebaikan yang anda telah lakukan...Gunakanlah Facebook sebagai platform untuk mencetuskan fenomena baru untuk memartabatkan pencinta haiwan agar mereka yang bencikan haiwan akan berasa amat rugi kerana tidak memiliki perasaan yang ajaib ini...Bonus kepada mereka yang mempunyai blog kerana cerita pilu kucing yang telah diselamatkan dapat dikongsikan dengan lebih terperinci lagi...
Kalau kalian mahu NGO atau pencinta haiwan lain membantu anda menyelamatkan kucing atau anjing, kalian perlu membantu mereka ini terlebih dahulu iaitu pelihara kucing yang anda jumpai buat sementara ataupun menempatkan mereka di tempat yang selamat di samping menunggu bantuan tiba....Ini adalah kerana KALIAN adalah orang yang pertama menjumpai mereka...Ambillah tanggungjawab ini dengan sebaiknya, semoga Allah merahmati usaha kalian...
Steady Semua...!!!
Jutaan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan PH sekeluarga....

Selamat Hari Lahir Buat Papa Hero....

Jemput singgah ke Page baru PH iaitu Kelab Fotografi Haiwan Jalanan

Comments

  1. haiwan pun ada hak untuk mendapat keadilan..mereka ini langsung tiada dosa berbanding manusia yang berperangai macam haiwan

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular