Majlis Perbandaran Jasin, Apa Sudah Jadi...??
Alhamdulillah, PH menjalani hari minggu kali ini dengan penuh makna...PH, MH, Si Kembar dan 'anak-anak' comel tersenyum girang hari ini...Namun, panas ku sangka sampai ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan di tengah hari....Pada jam 1.15 pagi tadi, PH buka Facebook, ingat nak online sekejap...Tetapi mata PH tertancap pada simbol sampul surat di Facebook
( Personal Message )...Ada sembilan mesej yang masuk...Tiba-tiba terasa berdebar pula hati ni...Apehal banyak pulak pm yang masuk ni...Lalu PH pun buka satu persatu...Lapan daripadanya adalah mesej yang sama, iaitu kisah ketirisan pihak Pusat Jagaan Kucing Terbiar yang dinaungi oleh Majlis Perbandaran Jasin..Dalam hati PH, tak sudah-sudah lagi ke perkara ni...?? Dulu kes ini pernah mendapat perhatian di internet apabila kes kucing yang terkurung dan mati telah didedahkan oleh beberapa orang penulis blog...Diberitakan bahawa pihak PJKT telah meminta maaf dan berjanji akan memperbaiki mutu gerak kerja...tetapi, mesej yang PH dapat di Facebook ni lebih kurang sama juga nadanya...Begini tulisan mesej tersebut :

MPJ - DIMANA TANGGUNGJAWAB ANDA MASA INI?
kronologi :-
17/6/12
9am - nk g jasin mulanya nk p draw duit dkt bank islam, pastu niatnya nk membeli la breakfast..
- sampai je b4 pekan jasin, tetibe aku teringat dkt jasin ada pusat jagaan kucing terbiar..langsung la pegi sana kos dh tergerak hati nk g kannnn
915am - sampai je skt pusat ni, hmmm nauzubillah... takde org jaga, makanan abeh, sume kucing kat situ dok menepek dkt pagau2 ni bagai *meow2 nk mintak makan.
- xsampai hati, lalu aku g bandar jasin, beli 2 kampit beg makanan kucing
945- aku dtg balik sini, sume kucing kat sini dok meow2.. xde tgu lg dah, terus aku bukak kampit makanan kucing ni... dh la pagau kecik, mana yg terdaya je aku hulur kat sana... letak bnyk2 dlm bekas tu..
10am - tgk dkt situ air utk kucing minum xde...bekas semua kering... dpt idea, aku try jugakla nk letak air kat bekas2 situ..walau xsmpai, try jugak la smp dpt.
*ptg ni adik2 aku ditugaskan pantau kucing ni/..bg makan lg..huwaarghh aku dh jauh..klu dok sana, mmg hari2 aku dtg ;(

PH pun bukanlah nak salahkan Ketua Menteri Melaka sebab mungkin dia pun tak tahu menahu perkara ni...Tapi kalau dah ada KPI setiap sektor awam, PH rasa ada sesuatu yang tak kena kalau Pak Ali ni masih tak tahu masalah yang dah berulang banyak kali ni...Apa sudah jadi ni...?? Kalau tak nak jaga kucing-kucing, baik dilepaskan semula ke habitat asalnya...
keadaan sangat teruk.... bekas makanan kosong dan kebanyakan kucing sakit ....
— with Zainura Zwk, Badli Helmi and Mohd Hairey Yahya.
PH pernah dimaklumkan mengenai kes kucing yang mati di PJKT oleh Cik Dareena Ishak pada 24 Januari lalu ( KLIK SINI ) tetapi pada masa itu ada pihak di kalangan orang-orang awam telah memantau kes tersebut...Ada yang menghantar memo dan ada yang menelefon Encik Azani Mat Jusoh ( 017-6221793 ) untuk 'mengazankan' beliau......Jadi, untuk mengelakkan pertindihan gerak kerja, PH hanya perhatikan dari jauh...Selepas beberapa lama, cerita-ceriti mengenai PJKT sudah tidak kedengaran lagi...
Tetapi, pada kali ini pihak PJKT sudah tidak boleh lari lagi...Mereka telah melakukan 'kekejaman' sekali lagi...Yang menariknya, gaji dibayar untuk menyelia kawasan itu tetapi kucing masih tak diberi makan...Apa sudah jadi...??? Takde 'petty cash' nak beli makanan kucing ke...? Ataupun gaji yang diberi terlalu sedikit sehingga staf tak mampu untuk membeli sebungkus dua piskis...Mungkin juga staf-staf PJKT yang lain tu suka tengok kucing-kucing di sana mati secara "romantik"...
Gambar di bawah ini adalah dikirimkan dari Cik Dareena Ishak pada 24 Januari 2012....
PH tak hairan perkara sebegini berlaku, lebih-lebih lagi kalau ianya berlaku di dalam sektor awam...Ini adalah di antara sikap segelintir orang-orang Malaysia yang sukar diubah iaitu buat kerja sambil lewa...PH ada ramai rakan-rakan yang terdiri dari penjawat awam, jadi sedikit sebanyak PH tahu mentaliti gerak kerja mereka....Ada yang bagus, dan ada pula yang cakap tak serupa bikin...Kalau dalam bahasa pasar, orang-orang KL panggil POYO....
Walaupun PH menerima banyak aduan kekejaman, tetapi PH bukanlah 'authority' yang boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak yang melakukan kekejaman terhadap haiwan, melainkan jika PH diberi hak dan kuasa...Apa yang boleh PH buat hanyalah menulis entri yang picisan ni...PH hanya boleh bersuara di atas kapasiti seorang rakyat biasa yang menegur kekejaman yang dilakukan walaupun ianya berlaku di dalam sektor awam...
Wah...!!! Steady betul...Ye lah, bak kata Albert Einstein "Dream is more powerful than knowledge"...Tanah seluas 3.2 hektar nak dibuat santuari burung...Bagi PH, ini adalah "PowerFool"...Sudah-sudahlah tu...Jangan membazir...Rakyat tak suka...Sebelum kira bintang di langit, kira butir pasir di bumi dulu....Tanah kucing yang sekangkang kera pun tak boleh jaga, inikan pula nak jaga tanah 3.2 hektar...Memang bagus cadangan ni, tapi PH rasa tak payah buat santuari burung ni lagi baik...Buat rumah perlindungan kucing dan anjing terbiar lagi relevan...
"Syabas" dan "terima kasihlah" kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskan PJKT ini sehingga menyebabkan kematian makhluk Allah yang tak berdosa...PH teringin pula nak berkenalan...Dulu PH dah telefon, tapi lepas ni PH rasa nak telefon lagilah...Dulu PH cakap lembut jer, tapi lepas ni PH cadang nak cakap kat dalam telefon "lagi lembut" dari dulu....
Nota PH :
Ada pihak telah melakukan kekejaman...Sudah bersediakah pihak tersebut membayar denda RM200 dan penjara sehari...?? ( jer..??? ) Ataupun pihak ini dikategorikan sebagai "Untouchable" dari undang-undang haiwan...???
Pada pendapat peribadi PH, apa yang berlaku di Pusat Jagaan Kucing Terbiar di Jasin ini sebenarnya lebih teruk dari enjek mati ( PTS )...Ada sesetengah pihak berkuasa di sesebuah daerah TERPAKSA PTS kucing setelah habis ikhtiar untuk mencari adopter...Sekurang-kurangnya mereka ada usaha menyelamat walaupun acuh tak acuh...Tapi, untuk kes ini terbalik pula...Tempat perlindungan kucing dah ada tetapi kucing-kucing di dalamnya telah dilihat seolah-olah dibiarkan mati perlahan-lahan...
KEJAM...!!!!!
Kepada warga PJKT, buang yang keruh ambillah yang jernih...Segala kritikan adalah untuk kebaikan bersama...Sudah-sudahlah tu...Rombak balik pengurusan yang ada sekarang...Kalau tak, imej PJKT dan MPJ akan lebih tercalar...

Comments
Post a Comment