Kejam! Kucing Di Buang Dan Kaki Di Ikat Dengan Getah

PH betul-betul berang masa baru nak online tadi...Masakan tidak, sedang enak jari-jari runcing ni nak scroll mouse ke bawah untuk membaca Notification di Facebook, tiba-tiba menyirap darah PH apabila terbaca status yang di'SHARE'kan oleh salah seorang rakan Facebook PH...Begini status yang di'SHARE'kan oleh beliau :


Kejam! kucing di buang dan kaki di ikat getah

Sangat mengejutkan bila keempat-empat kaki kucing tu kena ikat dengan getah dalam keadaan yang ketat dan menyakitkan. kaki dia dah kecut dan busuk..sedih tengok bila dia cuba nak berjalan

Kaki kucing ni dah berulat lah. Baru semalam dok elok lagi tengok2 hari ni dah bengkak dengan berulat. Tabahkan hati jugak spray ubat anai2 bagi ulat2 tu mati. Banyak sangat ulat yang keluar.

Kucing ni nampak macam ok sikit sebab dah boleh jalan..tapi kaki dia makin teruk jer lah

Tadi dah bawak kucing ni pegi klinik. Doktor cakap dah tak boleh buat apa2 lagi dah sebab keadaan kaki dia dah teruk sangat2..kalau potong kaki pun dia akan mati sebab badan dah lemah. Doktor terpaksa matikan kucing ni dengan suntikan dari biarkan dia hidup terseksa dengan kesakitan keempat2 kaki dia

kredit gambar : Adam Chan



PH betul-betul kecewa dan kesal kerana perkara bodoh sebegini masih lagi berlaku....Di mana letaknya akal yang diberikan oleh Allah SWT..?? Apakah tiada rasa sekelumit belas kasihankah terhadap kucing yang tidak tahu melawan ini...??? PH betul-betul teringin nak tengok wajah si pelaku kekejaman ini ( setelah kempunan nak melihat wajah orang yang kerat kaki Hero )....

Kepada orang yang telah membuat onar ini, ingatlah...kamu tidak akan terlepas dari balasan dari Tuhan...Sekiranya kamu terbaca entri ini, kamu ada dua pilihan...

1 ) Teruskan berdiam diri dan buat bodoh macam biasa...

2 ) Menyerah diri ke DVS agar dikenakan tindakan undang-undang ( walaupun setakat penjara sehari dan denda RM200 )...

3 ) Menyerah diri kepada buaya dan harimau di zoo

Kalau kamu memilih nombor satu, ketahuilah bahawa azab di kemudian hari lagi teruk kamu akan rasa...Sekiranya kamu memilih nombor 2, kamu tetap akan merasai azabnya waktu kamu mati ataupun semasa anak kamu lahir...

PH sarankan agar kamu bertaubat Nasuha ( sekiranya Islam ) dan membuat kenyataan pengakuan maaf secara terbuka...Elakkan dari terkena sumpahan cacian dari masyarakat secara berterusan, nanti tak tenteram hidup kamu nanti sampai bila-bila....Yang sudah tu, sudahlah...Jadilah orang yang berani mengaku kesalahan...

Nota PH :
PH menulis entri ini dengan mode marah, geram dan kecewa...Kecewa sangat-sangat...
Syabas PH ucapkan kepada individu yang telah menyelamatkan kucing ini kerana berani mengambil tanggungjawab membawanya ke klinik haiwan tanpa ada rasa takut...Setiap wang ringgit yang anda korbankan itu adalah saham untuk anda di akhirat kelak...Semoga anda diperluaskan rezeki...Kucing ini adalah TUAH bagi kamu...

Comments

  1. Masyaallah..Maner gi nya otak si "dajal" yg buat keje nie..?Kalau dh tk nk bela tinggalkan jer kat maner2 yg patut..Yg nk seksa binatang tu nape..ni bukan manusia punya keje tp dajal yg dijelmakan dlm bentuk manusia..

    ReplyDelete
  2. YaAllah...sejahat2 binatang pn...takkn berperangai mcm nie...ape pye MANUSIA la yg bt mcm nie...ke mana AKAL yg dberikn?
    Keciannyer...btapa terluka atie ni stiap kali tgk kucig di perlakukn mcm nie...SMGE ALLAH akan byar "CASH' pd yg mmbuatnyer nie...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Kenapala manusia ni tak berperikemanusiaan sangat sekarang? Nak buang, buang jelah.. Yang nak ikat kaki kucing tu knapa? Bengang & sangat marah dengan sikap manusia yang macam ni!

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullah~ sedih sangat :'(
    Kalau tak suka jangan la sampai menyeksa haiwan tu.. manusia ni semulia2 makhluk kerana dikurnia akal tapi bila bersikap kejam terhadap haiwan, haiwan tu lagi mulia walau tak ada akal!

    Haiwan turut dihisab diakhirat kelak, mungkin krn dia kita terjerumus ke neraka dan mungkin kerana dia kita selamat ke syurga...

    Moga Allah pelihara kita~

    ReplyDelete
  5. Terkelu tgk bulus ni jd mcm tue.kali dapat meh kita ramai ikat kaki die plak...

    ReplyDelete
  6. bodoh gler spe yg buat keje mcm ni!!!dah rupe prangai setan dah!!KPD SI PELAKU,KO TUNGGULA nasib di akhirat sane!kaki ko akan membusuk lbh teruk dr kucing yg ko seksa ni.odoh.xde akal.Allah dah bg akal yg sempurna tp ko x reti nk guna sebaiknye,lbh baik ko yg jd kucing!mmg marah gler..x berhati perut lgsg!

    ReplyDelete
  7. Ya Rabbi,Ya Karim..semoga Allah memberikan balasan yg setimpal kepada pendera yg tiada hati perut dan berhati iblis itu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular