Apakah Hukum Membunuh Cicak?

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah kepada para pembaca sekalian samada yang baru terjumpa blog ini atau yang memang dah menjadi rutin harian kepada mereka untuk membaca blog ini setiap hari....Entri kali ini PH ingin berkongsi mengenai hukum kita membunuh cicak samada sengaja atau tidak...
Apa-apa haiwan yang kita nak bunuh, kita lakukannya dengan bersebab dan sudah pastinya sebab tersebut mesti mempunyai justifikasi yang kukuh....Kalau ular ataupun haiwan-haiwan berbisa tiba-tiba menyergah kat rumah kita, kita dihalalkan untuk membunuh mereka...Haiwan atau serangga perosak juga kita dibolehkan untuk membunuhnya tetapi dengan syarat, ianya tidak sampai ke tahap menyeksa mereka...


Oklah, mengenai membunuh cicak pula, memang telah ada hadis sahih dan fatwa boleh dirujuk..Berikut adalah justifikasinya :


Rujuk Kitab Riyadus Solihin :

Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :

"Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya."

Dan dalam riwayat lain : " Siapa yang membunuh cicak dalam pukulan pertama mendapat 100 hasanat, dan dalam kedua kurang dari itu, dan ketiga kurang dari itu.
( Riwayat Muslim ) 

Dalam sumber lain, Umm Sjarik r.a berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh kepadanya membunuh cicak, dan bersabda : "Dahulu ia telah meniupkan api atas Nabi Ibrahim a.s "

Nota PH :
Kalau PH ternampak kucing-kucing PH sedang bermain-main / menggonggong cicak, PH akan segera menjauhkan kedua-duanya...Kalau berjaya, PH akan bunuh cicak yang dah nyawa-nyawa ikan tu....Kalau cicak tu dah lari, PH biarkan ajer tanpa berusaha mengejarnya...Tapi kadang-kadang, tak sempat juga, depa dah telan terus....hehehe...

Jangan pulak kita tangkap cicak tu lepas tu letak kat plag karen 3 pin tu, dosa besar tu....Pesan kat anak-anak tu...Pandai-pandailah yer....Steady Semuaa...!!!

Comments

  1. PH,sy nk mtak pendapat,sy pernah teng0k,ada org menggunakan cicak untuk umpan memancing custing,tapi mereka membunuh cicak itu dahulu dengan cara menghempas cicak ke tanah dengan 1kali hempas ke tanah terus mati,kemudian mereka menggunakan nya..mcm mane agak2 ngan situasi mcm nie?

    ReplyDelete
  2. saya smpai hari ni masih x smpai hati bunuh cicak.. dr kecik sy memang suka tangkap & main dgn cicak lepas tu sy lepaskan balik.. Nak membunuh memang x smpai hati tp kucing2 sy memang suka tangkap cicak main smpai mati lepas tu tinggalkan jer camtu.. selagi bergerak selagi tu dorang kuis, lambung.. tendang2.. bila dh kaku dorang tgglkan je

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular