Kakimotong Idol - Si Ngot Dalam Memori
Kisah Kakimotong Idol kali yang dikongsikan kali ini dikirimkan oleh Shahnaz Zainal di wall Facebook Kakimotong Fan Club...Jalan ceritanya ringkas, menarik dan penggunaan ayat mudah difahami...Simple ajer...PH dapat merasakan kehilangan Si Ngot setelah membaca kisah ini...Syabas kepada Shahnaz kerana sanggup mengutip Si Ngot dari longkang yang kotor dan busuk...Semoga Allah jualah yang membalas budi baik kamu...Ikutilah kisahnya...
Gambar hiasan |
"Mula jumpa si kecil ni di dalam longkang tepi rumah kedai. Dah duduk dalam longkang mestilah buruk rupanya bercampur air longkang. Aku terus mengambilnya, menjijitnya pulang ke rumah. Smpai di rumah aku terus mandikan. Dalam hati ‘comel jugak kau ni..npa org buang kau yek...???. mula dari saat itu aku tekad hendak membelanya. Di rumah pun ada banyak lagi kucing orang buang yang datang singgah dan menjadi penghuni rumahku.
Kunamakan si kecil ni dengan nama ‘Ngot’.. bulunya berwarna hitam, putih, ekor sgt pnjang dan runcing. Ku kira inilah kucing yang paling rapat denganku. Sangat manja, tiap masa aku berbual dengan Ngot sampaikan ahli keluarga yang lain seolah-olah irihati dengan kemanjaan Ngot terhadapku. Ini kerana Ngot tak mahu dengan orang lain.
Mendukung Ngot seperti mendukung anak kecil, dia memaut leherku seperti tak mahu jatuh..sangat comel. Ngot akan menemani aku ketika membasuh baju, jika aku di dapur dia pun ada, sidai baju mulalah dia nk bermain pada baju-baju, kaki aku. Keletah dia membuat aku terhibur dan semakin menyayangi.
Namun begitu Ngot amat takut dengan kucing jantan yang lain (walaupun dia sendiri jantan..) dan aku selalu melindungi Ngot sekiranya ada kucing lain yang nak cari pasal dengan Ngot. Makin menyampahlah adik beradik yang lain kerana aku meyebelahi Ngot... sampaikan Ngot menerima gelaran ‘kucing pondan’..hehehehehe.. Padaku mungkin Ngot tak biasa dengan pergaduhan, yelah tidur dengan ku, setiap masa dengan aku. Balik dari sekolah Ngot lah yang pertama aku cari, bagi makan, pastu bermain dengan Ngot.
Berbual-bual dengannya seperti berbual-bual dengan manusia, apa aku cakap dia seperti menjawab walaupun aku pasti tak tau apa yang dia nak.
Membela Ngot aku rasa seperti membela anak kecil. Aku juga mengajar dia menyebut nama sendiri. Setiap hari aku mengajar ‘siapa nama?’ dia akan menjawab ‘Ngot’ ...walaupun tak berapa jelas tapi bunyi yang keluar memang ‘Ngot’ namanya sendiri. Aku cuba tunjukkan pada keluargaku tentang perkara itu, dan mereka mengakui bunyi itu seperti dia menyebut namanya sendiri. Aku sangat gembira!!! Ngot dah pandai sebut nama sendiri. Aku selalu pesan kalau terhilang ke, tersesat ke, bila ada orang tanya siapa nama jawab apa...dia pun jawab...’Ngot’... alahai..masa tu aku rasa nk peluk dia kuat-kuat..
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Ngot masih disisi. Aku berjaya membela Ngot sehingga besar. Tetapi berlaku insiden yang tak diingini berlaku ke atas Ngot. Ketika itu aku sudah menghabiskan persekolahan dan membantu ibuku berniaga dari pagi hingga ke petang. Sebelum keluar kau peluk cium Ngot kuat-kuat. Aku katakan jangan nakal-nakal duduk di rumah, dia mengiau. Balik dari berniaga aku terus mencari Ngot, aku memanggil tapi tiada bayang, mana Ngot, mana kucing-kucing yang lain?? Aku terus mencari Ngot dan kucing-kucing yang lain. Sehinggalah aku ternampak tubuh Ngot terbaring di sebelah kereta. Aku fikir Ngot dilanggar, bila aku belek-belek tubuhnya tiada kesan dia dilanggar, berhampiran dengan Ngot ada seekor lagi kucing yang terbaring disitu. Aku belek-belek pun tiada kesan kena langgar tetapi persamaannya mulut kedua-dua kucing ini berbuih. Aku mula menangis, memanggil emakku untuk melihat apa yang terjadi. Kata emakku kemungkinan kucing-kucing ini diracun melihat mulutnya berbuih. Aku tak berpuas hati. Siapa yang gila nak meracun kucing-kucing di rumah ni???
Aku tak tentu arah, emak pun bising-bising dari mana datangnya racun yang dimakan kucing ni. Keadaan menjadi kelam kabut sehinggalah pemilik kedai runcit berhampiran rumahku sedar perkara itu dan memberitahu dia memang ada meletak racun tikus di kedainya kerana terlalu banyak tikus. Emakku terus memarahi pemilik tersebut kerana tidak peka keadaan sekeliling. Kemungkinan kucing-kucing di rumahku telah menangkap tikus-tikus yang menyelamatkan diri setelah memakan racun tersebut kerana kepanasan. Aku kecewa tak sudah. Aku kecewa kerana mereka tak peka keadaan sekeliling. Pemilik tersebut mengakui kesilapan kerana tidak tahu akan perkara ini boleh berlaku. Kerana ingin membunuh tikus, pemilik tersebut jua telah membunuh kucing-kucingku. Dia juga telah meyebabkan kematian Ngot yang amat aku sayangi.
Sejak dari peristiwa tersebut aku mula tawar hati nak membela kucing seperti aku membela Ngot, cuma masih membela kucing-kucing yang dibuang dirumahku. Pemilik kedai itu juga sudah tidak menggunakan racun tikus lagi dan telah membela beberapa ekor kucing bagi mengurangkan jumlah tikus.
Perkara itu berlaku pada tahun 2003 dan masih segar dalam ingatanku, masih merindui keletah manja Ngot, suaranya, rindukan dia menyebut namanya sendiri. Dan sekarang aku mula membela seekor kucing yang dibuang di rumahku. Anak bulus ini berwarna oren dan putih dan kuberikan nama ‘Merah’. Tidur denganku, ‘Merah’ hanya akan berada di rumah sekiranya aku ada di rumah, Merah akan di dapur sekiranya aku di dapur. ‘Merah’ juga akan menunggu aku di depan pintu ketika aku sedang mandi. Seperti Ngot, Merah juga tidak mahu dengan ahli keluargaku yang lain. Merah jua manja denganku. Adik beradik lain memang tak merasa lah nak bermanja dengan Merah. Dia sangat comel,Merah akan tunggu di depan tingkap untuk masuk ke bilikku. Bila aku buka saja tingkap tanpa segan silu Merah terus meluru masuk. Dan sekarang Merah menjadi kesayanganku."
Nota PH :
Kalau boleh, jangan gunakan racun tikus...Nanti tak pasal-pasal kucing yang tak bersalah pula yang menjadi mangsa...
Comments
Post a Comment