Kakimotong Idol - Kurap Si Kucing Jalanan

Mulai dari hari ini, PH akan melancarkan Kakimotong Idol di mana ianya bertujuan untuk anda berkongsi cerita-cerita  yang menarik, gembira, sedih dan pilu yang mengisahkan kucing dan anjing jalanan yang telah anda selamatkan...Anda boleh poskan cerita menarik anda tersebut di wall ك KAKIMOTONG ك FAN CLUB ni...Posting yang menarik PH akan siarkan di blog kakimotong untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia....PH nak semua orang tahu bahawa di Malaysia ini ramai individu yang prihatin terhadap haiwan jalanan dan sebenarnya ramai lagi wira yang menyelamatkan haiwan2 ini...Kriteria yang PH nak ialah gaya penulisan yang steady, mudah difahami dan penggunaan tatabahasa yang betul..Tapi kalau nak fancy sikit-sikit pun tak mengapa...

Dengan ini, diharapkan semoga kita sama-sama dapat menyemai semangat cintakan haiwan...

Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh Kakimotong Idol yang pertama, iaitu Cik Yusnita Yusof di mana beliau telah mengepos cerita ini di wall Facebook  ك KAKIMOTONG ك FAN CLUB ..



"Sekitar bulan 4 2011...aku melalui sebuah kedai makan di damansara. pada waktu niat aku hanya satu...untuk mengisi perutku yang masih belum beralas. setelah selesai memesan makanan aku pun mula melihat sekitar kedai makan itu.... dri jarak tidak sampai 10 meter aku melihat seekor kucing jalanan yang sungguh daif rupanya.. kurap di setiap inci tubuhnya, telinga yang di penuhi kurap dan kakinya yg ibrat akar kayu..kkurap yang agak kritikal aku rasa. sedang aku ralit memerhatikan tingkahnya, makanan yang di pesan sapai..aku pun mula menadah tgn untuk membaca doa makan..belum sempat aku mengaminkan doaku aku terlihat tubuh kerdil itu terpelanting ke longkang.. terdengar suara manusia yang tidak berhati berkata "DASAR KUCING BODOH," aku lihat lelaki itu kembali duduk dan mahu menjamah makanan lagi...kelihatan si kucing tadi bangun dan mula berjalan kearah pelanggan lain dan mula meminta simpati..si kucing itu berjalan ke arah sepasang kekasih yang sedang makan. kedengaran suara si kekasih wanita " ISH GELINYA..X SELERA NAK MAKAN,ABG BUANGLA KUCING TU JAUH2... JIJIK" tambah si gadis dengan riah sungguh jijik.. dan yang si teruna nya pula menunjukkan lagak machonya apabila dia dengan tanpa rasa kasihan menyepak si kucing itu lantas terkena kaki meje. aku lihat kucing itu mengiau kesakitan.. kucing itu bangun lagi dan mula berjalan keluar dari kedai..mungkin tiada rezeki di sini...aku jadi hilang selera lantas meminta pak cik kedai tu bungkuskan aku hidangan tadi. aku berjalan merapati kucing kurap yag di benci masyarakat itu.. aku panggil nya dan dia memandg aku...aku dapat lihat anak mata itu berkaca seolah2 menangisi nasibnya.meniitis air mata aku melihat nasib makhluk ciptaannya di perlakukan sebegitu rupa.. setelah makanan siap di bungkus aku terus mengatur langkah ke kedai runcit berhampiran dan membeli makanan kucing dalm peket..iaitu prodiet keluaran wiskas...aku mula menghampiri si kucig kurap tadi dan memberinya makan. sungguh cepat dia makn. mungkin sudah berhari dia x makan..bisik hati aku.. aku lihat kepala dan kakinya luka... kurap2 memenuhi seluruh tubuhnya...setelah si kurap selesai makan aku terus mencempung badan kecil itu dan membawanya ke kedai ku.....semasa aku melalui kedai makan tadi sempat aku memberi kan kata2 untuk kesedaran mereka.." binatang pun mkhluk jugak.. jgn suke2 nak sepak." kataku lantang tanpa berpaling lagi... setelah tu aku memberi si kurap makan untuk kali yang kedua.. apabila aku melihat kurap masih menikmati makanan nya aku pun pergi ke kedai makan sahabatku dan memintanya minyak goreng ikan sebab itu shj yang terlintas di fikiranku. nak bawa ke klinik hari ahad..x buka..jadi sebagai langkah awal aku telah menyapukan seluruh tubuh kucing kurap itu dengan minyak goreng ikan seperti petua org dulu2. mulanya si kurap agak marah dgn ku kerana dia dia selesa di perlakukan sebegitu...namun aku tetap berkeras dan si kurap mula menunjukkan tnda kerjasama. aku terus menyapukan minyak itu kepada si kurap setiap hari sehingga la suatu hari aku dpat melihat perubahan.. maha suci ALLAH denga izinnya si kurap sembuh seperti sedia kala dan semakin manja dengan ku...dan sehingga sekarangla si kurap tetap si kurap yang dulu...yang sangat meghargai jasa orang terhadapnye... x pernah buat hal..dan sangat bijak...sayangilah binatang....mereka pun ingin di manja...mereka x salah"


Nota PH :
Banyak kesilapan ejaan dan tatabahasa...Sungguhpun begitu, ceritanya amat menarik...Steady Cik Yusnita 

Comments

  1. Sedih la...kucing mane boleh cri keja n makan sendiri... Allah kasi kite rezeki untuk dikongsi...bukan untuk diri sendiri.... Xsuke la jenis manusia y xsuka bersyukur ni... Suke2 ati je sepak2 kucing..kucing pun tau erti sakit....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular