Terima Kasih Di Atas Kunjungan Kak Rina Dari Brunei
Pada tanggal 27 Mei yang lepas, PH dikunjungi oleh salah seorang rakan Facebook yang datang dari Brunei iaitu Kak Rina Borneo ( nama Facebook )....Kunjungan beliau turut disertai oleh keluarga angkatnya dari Nilai iaitu Encik Wan Zainal, bersama isteri Puan Mazilah, anak lelakinya Saudara Zairul dan anak perempuannya iaitu Saudari Zailin...
Kunjungan mereka ke rumah PH adalah untuk melihat Hero serta kucing-kucing PH dengan lebih dekat lagi...Pertemuan diatur seminggu sebelum itu...
Hero menyambut kedatangan tetamu dengan gembira...Macam-macam gelagat dapat disaksikan ketika ini, semuanya mencuit hati tetamu yang datang...PH lihat senyuman terukir dari mula sehinggalah ke saat mereka pulang....
Si Hector pun turut gembira menyambut kedatangan mereka...Kak Borneo ada belikan rantai leher untuk mereka....
Selalunya Si Sporty yang hitam legam ni lari bila ada tetamu datang, tapi kali ini dia agak manja dengan Kak Rina...Di mana ada kamera, di situlah dia menyelit....
Kak Rina banyak mengambil foto bersama-sama Hero...Jelas terpancar wajah kepuasan dan kegembiraan setelah berjumpa Hero secara peribadi....
Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan si kembar iaitu Along dan Angah...
Kak Rina juga ada belikan dua biji khemah kecil untuk kucing-kucing PH bermain-main di dalamnya...
Yang paling teruja sekali ialah Si Motet...Tengoklah macamana dia belasah khemah tu...
Hero pun suka khemah ni...PH tengok dari jauh perlahan-lahan dia berjalan terkedek-kedek ke khemah tu sebelum melabuhkan diri untuk berbaring di dalamnya...Dia rasa selamat barangkali...
Dalam pada kesibukan melayan tetamu, Hero pun mahu perhatian juga...Dia nak jilat muka PH sebagai tanda sayang dan terima kasih barangkali....Kak Rina Borneo kelihatan begitu teruja bila melihatkan situasi ini...
PH dah nampak kurus kan..??? hehehe...Maklumlah, sejak dua menjak ni PH kerja kuat sangat...Baru-baru ni kena gastrik sebab makan tidak mengikut masa...
Kami sempat bergambar kenangan di dalam rumah...Anak lelaki Encik Wan Zainal iaitu Saudara Zairul mendapat 6A di dalam keputusan SPMnya...Syabas diucapkan...PH percaya, Adiknya iaitu Saudari Zailin juga bakal menuruti jejak langkahnya...Syabas juga kepada kedua ibubapanya kerana berjaya mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna...Harus dicontohi oleh para ibubapa yang lain juga...
Nota PH :
Di samping kita menyayangi haiwan, kita juga diwajibkan untuk menyayangi sesama manusia juga...Diharapkan semoga silaturrahim yang terjalin di antara sesama kita akan berkekalan sehingga ke penghujung nyawa....
Kepada Kak Rina, terima kasih di atas pemberian cenderahati dari Brunei....Sedap kek tu..Kami semua bedal kat kedai makan...hehehe
kalau PH sakit,
ReplyDeleteiyo, hector n semua rakyat jelata
tu mesti sedih kan ?? ^^
Assalamualaikum,PH, MH, terima kasih kerana memberi kesempatan kepada kami berkunjung dan beramah mesra dengan kucing idaman malaya iaitu Hero (iyo) dan adik2 nya serta Along dan Angah yang very sporting n friendly. Alhamdulilah hajat tercapai. Semoga Allah membalaskan dgn apa yg terbaik kepada Papa Hero sekeluarga, amin. Adakah ini kunjungan pertama org dari Brunei?
ReplyDelete