Susulan Berita Mengenai Kucing Yang Diikat Getah Pada Kakinya

Sejak tersiarnya kisah kucing ini melalui media Facebook dan blog ( KLIK SINI ), ianya mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat yang rata-rata membenci akan perkara ini dari berlaku....PH baca setiap bait komen dari Kakimotong Fan Club, kesemuanya marah dan sedih...Ada juga yang menangis apabila terbaca kisah pilu si comel malang ini...PH telahpun berjaya menjejak pengirim gambar kucing malang ini....Di sepanjang waktu bertugas di tengah-tengah panas terik, hati PH gelisah, fikiran terganggu dan asyik memikirkan alangkah bagusnya kalau PH dapat berjumpa dengan si pelaku kekejaman ini.... ( Sighhh )

PH telah diberi satu link pautan entri yang mana iaitu UNITMEDIASIBER di mana penulis blog inilah yang telah menjumpai anak kucing malang ini...Setelah lama menatap gambar di bawah ini, hati PH jadi geram yang teramat....Hampir menitis air mata PH...Sungguh zalim si pelakunya....

Kredit Gambar : unitmediasiber.blogspot.com
Kakinya telah membusuk teruk...PH kesal sangat-sangat kerana perkara sebegini masih berlaku tatkala gelombang suara masyarakat sedang bergema untuk membasmi kekejaman terhadap haiwan....Tidak tahulah bagaimana rasa sakitnya yang telah ditanggung oleh kucing yang tidak berdosa ini.....

Kredit Gambar : unitmediasiber.blogspot.com
Menurut sumber juga, kucing ini telah di PTS pada 1 Jun yang lepas....Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan tindakan ini, tetapi bagi PH usahlah kita terlalu cepat membuat andaian melulu...PH hampir pasti bahawa doktor veterinar yang sedang merawatnya mempunyai sebab yang kukuh untuk mengambil keputusan drastik ini, dan tidak semua PTS itu bertujuan negatif....Maklumat ini PH perolehi dari doktor haiwan juga, dan sebab itulah ubat suntikan PTS itu dicipta...Seekor haiwan yang mempunyai virus akan menjadi amat berbahaya sekiranya ianya berjangkit kepada haiwan sihat yang lain....

Nota PH :
Apa-apapun, PH amatlah berharap agar orang yang melakukan kekejaman ini segera bertaubat dan insaf....Selain dari kes Arwah Wira ( KLIK SINI ), kes kaki kucing yang diikat dengan getah ini juga banyak memberikan keinsafan kepada kita bahawasanya haiwan comel ini juga tidak terlepas dari ujian Allah SWT...Oleh itu, kita yang berakal waras ini janganlah merungut kesusahan yang kita sedang lalui...Ada makhluk lain yang lebih menderita dari kita...

Kepada penulis blog UNITMEDIASIBER ( Nur Eisha Fatihah namanya barangkali ), SYABAS PH ucapkan kerana prihatin dan mengambil tindakan yang cepat untuk membawanya ke klinik haiwan...Usaha sebegini harus dicontohi oleh kita semua...Cerita penuh mengenai kucing malang ini boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )

Mendera Haiwan Bukan Budaya Kita

Comments

  1. Semoga si pelaku sedar & insaf dari perbuatan sendiri.. Balasan yang menanti pasti ada untuknya jika masih belum berubah..

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan pelaku tu dapat balasan yg setimpal!

    ReplyDelete
  3. Pasti akn dpt PEMBALASAN yg SEADILnya..!!

    Benci sungguh org yg cmnie...

    ReplyDelete
  4. Karma...kita sm2 doakan yang "TERBAIK" untuk pelakunya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular