Gadai nyawa selamatkan anjing terperangkap di tasik ais ( Video )



PH tidak pasti di negara mana peristiwa ini berlaku tetapi video ini cukup membuatkan PH terharu...Lihatlah sendiri bagaimana para penyelamat ini bertarung nyawa menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap di dalam sebuah kawasan tasik yang telah dilitupi ais akibat suhu cuaca di bawah paras beku. Para penyelamat ini kelihatan memakai sut keselamatan dan ianya menjadi berat setelah diserap air... Bila sut menjadi berat, ia boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengapungkan diri dan kaki boleh menjadi kejang tambahan pula air sangat sejuk...Apabila situasi ini berlaku, seseorang itu boleh lemas...

Tetapi, hasil dari permuafakatan misi menyelamat telah menemui kejayaan...Anjing tersebut telah berjaya dinaikkan ke darat...

Lihat video :




Nota PH :

Apa perasaan kalian selepas menonton video tadi...?? Itulah beza antara negara maju dengan negara yang tak berapa nak maju...Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Tetapi kalau kita sepakat, In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT...

Sumber video : Instagram @Nayroox

Comments

Entri Popular