Kita akan bahagia kalau si comel bahagia
Assalamualaikum dan Salam Pencinta haiwan buat para pembaca yang budiman...
Terasa cepat betul masa berlalu, kan..?? Dah setahun lebih Abam Iyo telah pergi meninggalkan kita semua...Begitu jugalah dengan arwah ibu PH yang telah pergi buat selama-lamanya sebulan sebelum Abam Iyo pergi...PH akui memang sangat terasa akan pemergian mereka...Kedua-dua mereka telah dipinjamkan kepada PH hanya untuk sementara, begitu juga dengan harta yang PH miliki dan siapa yang berdamping dengan PH sekarang...
Ramai follower baru Kakimotong Fan Club datang singgah ke dalam dunia PH setelah mendengar khabar berita duka pemergian Abam Iyo...Mungkin ada di kalangan mereka tidak mengetahui sejarah Kakimotong ni...Namun ia bukanlah intipati utama tujuan entri ini diwujudkan...PH hanya menjalankan secebis tanggungjawab untuk sama-sama kita menuju keredhaan Ilahi...Ruang penulisan blog adalah salah satu cara yang PH gunakan untuk menyampaikan apa yang PH baca, dengar, pengalaman sendiri dan ilmu yang dipelajari...
Selain dari keluarga, hidup PH seolah-olah tidak akan lengkap tanpa kucing...PH rasa ada di antara kalian juga alami apa yang PH rasa...Kalau PH baru pulang dari kerja, terasa sejuk jer hati ini bila melihat perut kucing kesayangan PH semakin gendut dan riang hati...Manakan tidaknya, kesemuanya adalah kucing yang PH dan MH kutip di tepian jalan...Hati PH terasa puas apabila dapat menyediakan makan dan minum serta tempat perlindungan untuk mereka...
PH 'tune' kesemua kucing-kucing PH dengan cara tersendiri agar masalah dapat diminimakan...Kalau PH di tempat kerja, MH pula memikul tanggungjawab sebagai surirumah dan 'babysitter' untuk budak-budak comel kat dalam rumah ni...MH pun pandai 'tune' mereka...MH tahu apa yang mereka perlukan untuk menjamin keselesaan mereka dan kami sekeluarga...Apa yang PH cuba sampaikan di sini ialah kebersihan dan sikap toleransi antara suami isteri...
Si Jason Bourne aka Bon Bon ni dah 3 tahun lebih tinggal dengan PH...PH kutip dia kat sebuah restoran mamak...Masa tu dia kecik lagi...Dari saiz badannya masa baru jumpa tu umurnya PH anggarkan dalam 6 bulan...Suka PH tengok dia menjalani kehidupannya sendiri di rumah PH...Kisah mengenai bagaimana PH jumpa dengan Si Bon Bon ni boleh dibaca di sini ( LINK )...PH rasa, dia bahagia...

Kucing mata buta sebelah ni namanya SB, sempena nama Sungai Besi...Dijumpai oleh Kak Dell aka Nurdilla Zaini...Cerita bagaimana Si SB dijumpai boleh dibaca di sini ( LINK )...Dah dua tahun dia tinggal dengan PH...PH rasa, dia bahagia...
Kucing ini pula namanya Si Baby...Sudah lima tahun dia tinggal dengan PH...Sejak dari awal PH bawanya pulang ke rumah sehinggalah ke hari ini PH belum pernah dengar lagi suaranya...PH menjumpainya di Restoran Maulana di sebelah Econsave Pekan Semenyih ( sekarang dah tutup )...Masa tu dia kelaparan sangat sampai puntung rokok pun dia kunyah...Hari yang PH jumpa dia tu kebetulan adalah harijadi PH...Si Baby ada katarak juga buta sebelah mata...Boleh baca kisahnya si sini ( LINK )...Dan sekarang, PH rasa dia bahagia...
Abam Hector pulak telah dimasukkan ke wad Dr. Zul kerana demam, selesema dan ulser...PH ada menelefon Dr. Zul untuk bertanyakan khabar si gendut tu...Alhamdulillah responnya okay...Dr. Zul memantaunya dengan begitu baik seekali...Syukur...Sudah empat tahun dia tinggal dengan PH...PH rasa, dia bahagia...
Ada banyak lagi kisah-kisah pilu budak-budak kat rumah PH ni...Tak larat PH nak ceritakan kesemuanya....
Semalam Si Manja pulak demam...MH dah suapkan dia dengan wetfood dan bagi minum air kelapa...PH pulak bagi dia ubat antibiotik yang vet bagi...Alhamdulillah responnya okay...
PH jumpa Si Manja ni kat tepi jalan...
Yang tengah melepek kat riba PH tu namanya Si Suri, jumpa kat Bank Islam Semenyih...Dia teman PH pasang rak kasut sampai tertidur di ribaan...Tak sampai hati nak gerakkan dia...PH rasa dia bahagia...
Inilah saat pertama PH menjumpai Si Suri di depan Bank Islam Semenyih :
Post by Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB.
Beginilah keadaan kucing-kucing lepas makan...Sangat terasa aura kedamaian ketika gambar ini dirakamkan....PH rasa, mereka bahagia...

Sejujurnya PH katakan bahawa kami sekeluarga sangat bahagia apabila melihat mereka bahagia...Bela kucing ni ada manfaatnya yang tersirat...
Sesungguhnya hidup ini begitu indah untuk dinikmati sekiranya kita bersyukur diciptakan sebagai manusia yang sempurna dan berakal waras...Hindari dari bersikap negatif yang memudaratkan diri dan orang lain...
Jagalah kucing masing-masing sebaik yang mungkin...Mereka adalah bala tentera yang Allah tampilkan di hadapan kita untuk menguji sejauh mana keehsanan kita terhadap makhluk ciptaanNya...Takde maknanya kalau kita selalu komplen sana sini sehingga si comel memjadi mangsa keadaan...Ingatlah, segala apa yang kita lakukan bakal disoal di dalam kubur nanti...Masa tu kita seorang diri tiada siapa yang boleh tolong...
Merekalah yang akan menolong kita di alam barzakh nanti...Ataupun mungkin sebaliknya iaitu menjadi saksi di atas kezaliman yang telah kita lakukan terhadap mereka...
Hanya Allah sahaja yang mengetahui...
Terima kasih kerana sudi membaca....
Comments
Post a Comment