KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kisah pilu Si Toopeace - Kucing malang wajah dimakan ulat

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Tuesday, January 27, 2015

Kisah pilu Si Toopeace - Kucing malang wajah dimakan ulat

Posted by Papa Hero | Tuesday, January 27, 2015 | Category: , |

Pada 26 Januari 2015 ( semalam ) PH telah menerima satu mesej dari inbox Fanpage Kakimotong Fan Club. Kisahnya agak menyedihkan di mana ada seorang hamba Allah telah menjumpai seekor kucing jalanan yang sangat daif keadaannya. Kucing itu dijumpai oleh Saudara Shahrul ketika pulang dari bersenam. Kejadian berlaku di Sandakan, Sabah. PH mendapat mesej tersebut yang dikirimkan oleh Faudziah Aziz yang meminta PH mengiklankan derma kilat untuk membantu Saudara Shahrul dari segi kewangan untuk rawatan kucing jalanan tersebut. Kucing malang tersebut diberi nama 'Toopeace' yang diambil dari perkataan 'Two Face' kerana wajah di sebelah mukanya telah hancur akibat dimakan ulat berengga.

Wajah Si Toopeace yang dimakan ulat di bahagian sebelah muka
Bahagian mata kiri Si Toopeace hancur dan jelas kelihatan
ulat berengga sedang memamah daging mukanya.
Saat pertemuan pertama Saudara Shahrul dengan Si Toopeace
Berikut adalah mesej yang dihantar oleh FB Faudziah Aziz ke dalam inbox Fanpage Kakimotong Fan Club :


PH ada singgah sebentar ke laman FB saudara Shahrul. Alhamdulillah dengar khabar ada orang telah menderma untuk bantuan rawatan buat Si Toopeace.


Dan ramai sahabat FB saudara Shahrul telah memberikan respon yang positif di atas usahanya menbantu Si Toopeace. Tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat.


Nota PH :

Sungguhpun dah ada orang yang menderma, tapi PH tak pasti samada jumlahnya mencukupi atau tidak...PH tahu banyak belanja nak kena pakai untuk kes-kes sebegini...Itu belum lagi kos untuk rawatan susulan...

Kalau kalian ada rasa macam nak bantu topap2kan bantuan kewangan buat Si Toopeace ni, bolehlah hubungi Saudara Shahrul untuk maklumat lanjut. PH takde nombornya untuk dihubungi, cuma ada Facebook dia jer...Kalian boleh search nama FB Shahrul Shahanshams...

Syabas Shahrul kerana berani ambil tanggungjawab...Andalah Hero buat Si Toopeace...In Shaa Allah usaha anda akan dipermudahkan...

Menyelamatkan seseekor kucing tidak akan mengubah dunia, tetapi ia boleh mengubah dunia kucing yang diselamatkan..

Comments
0 Comments

Currently have 0 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails