Gambar anak comel Awal Shaari bergolek-golek dengan kucing ( 9 gambar )


Ramai ibu-ibu di luar pm inbox PH untuk meminta pendapat...Mereka menghadapi masalah apabila ada di kalangan sanak saudara mahupun ibubapa sendiri yang menyarankan agar kucing yang dipelihara perlu dibuang jika ada baby...Kekadang letih juga PH ulang ayat yang sama walaupun terhadap individu yang berlainan...PH sarankan agar kucing jangan dibuang ke pasar atau di tepi jalan ( sebab ada yang kata nak buang ke pasar ) kerana itu adalah sikap yang kejam...Saranan PH agar diiklankan kucing tersebut di mana-mana page pencinta kucing...Tapi janganlah sampai tiba waktu nak bersalin baru nak iklankan...!!! Rancang masa tu...Ada yang boleh terima pendapat PH ni dan ada yang kata masih nak buang juga dengan alasan dah iklan tapi takde orang nak adopt walhal tempoh bersalin ada lagi 3 bulan...Kesian kucing tu nanti...

Okaylah, kali ni PH nak bagi satu contoh yang mungkin terbaik untuk dijadikan testimoni...Siapa yang tidak kenal dengan selebriti popular iaitu Awal Shaari dan isterinya Scha Alyahya...Baru-baru ni gambar Lara Alana keluar dalam Newsfeed Instagram PH ( @haireypapahero )...Nampak tak apa yang PH nampak...??


Lara Alana siap boleh golek-golek dengan Si Luna gendut tu...Keluarga Awal pun rata-ratanya adalah pencinta kucing termasuklah Akak Scha...Mereka menjadikan kucing sebagai sebahagian dari ahli keluarga...Lihat gambar :








Apa yang PH cuba sampaikan di sini ialah KEBERSIHAN adalah kunci yang utama...Sebab itulah pentingnya kucing peliharaan divaksin dan dimandikan...Kalau ada duit lebih, bawak pergi grooming lagi baik macam apa yang Abam Awal Shaari buat...Kalau tiada kemampuan, mandikan sendiri pun boleh...Kalau hamil, minta bantuan suami...Dalam hal ini suami pun kenalah bekerjasama lebih-lebih lagi dalam bab menyetelkan poo pee meow...Abam Awal dan Kak Scha sibuk dengan jadual padat, maka mereka memelihara kucing dengan kadar yang termampu sahaja...Wang mungkin bukan menjadi masalah, cuma takut yang menjadi masalahnya nanti ialah tanggungjawab terhadap kucing peliharaan...

Semasa di dalam tempoh kehamilan, ambillah langkah-langkah yang sepatutnya sebelum tiba masa bersalin...Jika kucing terlalu banyak, buatlah adoption drive awal-awal melalui laman sosial, usah dibuang ke pasar...Jika tidak, mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa majlis tempatan dan kalau nasib tak baik  mereka akan dilupuskan...

Nota PH :

Si kembar PH sedari kecil lagi sudah bergelumang dengan bulu kucing...Alhamdulillah bila dah besar mereka sudah imun dengan sebarang alahan akibat dari bulu kucing...Antibodi mereka steady....

Namun kena tengok juga dari masa ke semasa...Ada juga bayi yang tidak kuat antibodinya sebelum mencapai umur 3 tahun...

Kita kena selalu ingat, memelihara kucing yang banyak mahupun kucing jalanan tidak semestinya boleh dijadikan sebagai penanda aras keprihatinan seseorang terhadap haiwan...Ini adalah kerana semua itu adalah rahsia Allah dan hanya Dia sahaja yang tahu sejauh mana keprihatinan dan keikhlasan seseorang...


Comments

  1. saya jugak pencinta kucing.
    mengawal kehamilan adalah benda yg saya buat....
    tak sampai hati bila dah terbunting nnti baru nak buang..
    cegah sebelum parah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular