Jaga lembu lagi senang dari jaga hati manusia

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bernafas dengan udara yang percuma...Siapa sangka esok lusa kita tidak akan dapat merasainya lagi, kan...??? Justeru itu, terlanjur kita ni masih bernyawa, manfaatkanlah masa yang dibekalkan untuk berbakti sesama makhluk...Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya...Oleh itu, sebagi khalifah yang waras dan berakal kita wajib menggunakan akal fitrah yang diberikan untuk mencari jalan menuju ke arah penyelesaian, bukannya memporak-perandakan lagi...

Setiap insan di dunia ini dilahirkan sebagai pejuang fikrah...Apa itu pejuang fikrah...?? Pejuang fikrah ialah mereka yang menghambakan perjuangan hidupnya kepada Allah SWT dan setiap perbuatan yang dilakukannya adalah berlandaskan kalimah Lillahi Taala...Tanpa adanya matlamat hidup yang jelas, maka seseorang itu akan menuju kebinasaan...

Setiap manusia mempunyai citarasanya yang tersendiri...Pendapat kita tidak semestinya sama dengan pendapat orang lain...Ini termasuklah pendirian kita juga...Tidak bolehlah kita memaksa orang lain mempersetujui pendapat kita...


Haiwan juga begitu sifatnya...Mereka juga tidak suka dipaksa...Mereka sudah tentunya tidak suka selalu dikurung, diikat dengan tali yang pendek ( biasanya anjing ) dan diberi makanan yang tidak sesuai dengan seleranya...usah ikut selera kita, tapi kita yang perlu ikut selera mereka...Kucing sebenarnya tidak meminta wang atau emas dari kita...Mereka hanya meminta kita berikan makanan, minuman dan kasih sayang yang mencukupi...Tetapi, itupun kadangkala ada juga manusia yang merungut dan stress...


Kebanyakan manusia sengaja tidak mahu memahami perasaan haiwan...Mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja....Ketika kecil ditimang-timang, tetapi apabila besar mereka dibuang-buang...Mengapakah sikap sebegini terbit dari mereka yang mengaku sayangkan haiwan...Pihak berkuasa yang menangkap kucing juga ada memberitahu PH bahawa orang yang sering membuang kucing juga adalah orang yang mengaku sayangkan kucing juga...PH pun tak faham kenapa perkara sebegini berlaku...Kalau nak kata hipokrit, nanti PH pula diterjah dengan pelbagai tohmahan...Beginilah sikap manusia...Bila ditegur apabila membuat salah, kita pula yang kena marah...Lepas tu mulalah buat andaian liar tentang orang yang menegur mereka...


Nota PH :

Jaga lembu lagi senang dari jaga hati manusia..Tapi kalau kita asyik jaga hati orang pun susah juga kalau orang tak jaga hati kita...Bila kita diam makin menjadi2...Bila dah jadi makin teruk marah pula apabila kena tegur...Orang yang menegur dikata pula beremosi lebih...

Itulah manusia yang jenis tinggi egonya...


Comments

Entri Popular