KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Seekor anjing jalanan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, January 21, 2015

Seekor anjing jalanan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan

Posted by Papa Hero | Wednesday, January 21, 2015 | Category: |

Naluri keibuan yang terdapat pada seekor anjing telah menyelamatkan seorang bayi yang baru dilahirkan. Insiden ini berlaku apabila seorang gadis berusia 14 tahun telah panik dan meninggalkan bayi yang baru dilahirkannya di dalam sebuah tempat tersembunyi yang dikelilingi oleh kotak, sampah dan kayu. Dilaporkan juga China telah perlahan-lahan mengangkat bayi perempuan tersebut sejauh 50 meter kembali ke tempat kandangnya. Bayi itu ditempatkan dengan selamat bersama-sama dengan anak-anak anjing itu.


Keesokan harinya , Fabio Anze yang merupakan seorang petani telah mendengar bunyi tangisan bayi dan dia bergegas untuk pergi untuk melihat apa yang sedang berlaku. Ketika itu, petani tersebut telah menjumpai bayi yang ditutup dengan kain buruk bersama-sama anak-anak anjing yang lain. Beliau telah mengambil bayi itu tersebut dan membawanya ke hospital. Bayi itu mempunyai sedikit kesan lebam dan mempunyai beberapa luka kecil tetapi tidak serius.

Ibu remaja perempuan berkenaan kemudian tampil ke hadapan dan menuntut bayi tersebut. Kakitangan hospital telah menamakan bayi itu sebagai Esperanza yang bermaksud "Harapan ".

Gadis muda yang melahirkan bayi itu takut akan reaksi tindakbalas dari ibubapanya, tetapi akhirnya dia telah menerima bantuan daripada agensi kebajikan untuk membantu gadis tersebut membesarkan bayinya di samping meneruskan persekolahannya di pengajian sekolah tinggi .

La China menjadi selebriti segera dan diberikan anugerah dan penghargaan untuk jasanya . Kejadian ini dilaporkan berlaku di Argentina.


Lihat video :

 


Nota PH :

Kat luar negara siap bagi award kat anjing jalanan ni...Kalau kat Malaysia, masuk surat khabar tajuknya ANJING CUBA BAHAM BAYI...Entahape2...



Comments
0 Comments

Currently have 0 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails