KEJAM! Anak kucing diikat dengan rantai besi

PH baru jer nak masuk kereta start enjin untuk pulang ke rumah dari tempat kerja...Sempat juga PH membelek2 Whatsapp dan pm dari inbox...Tapi darah PH tiba2 menyirap selepas terbaca satu mesej dari Shikin Shenova...Beliau telah poskan satu gambar anak kucing telah DIRANTAI dengan besi hanya kerana kucing malang itu membuang najis di kawasan sekolah...Namun lokasinya tidak diberitahu sekolah mana insiden ini berlaku...

Terfikir pulak di benak fikiran PH ni siapakah yang punya angkara...PH hanya fikirkan orang yg boleh dijadikan suspek iaitu pengawal keselamatan, guru ataupun tukang cuci / tukang kebun...


Status ini telah diupload oleh Nazra Jack ke laman FB Kelab Kucingku Sayang...


PH harap individu yang ambil gambar ni telah  menyelamatkan kucing ini...

Nota PH :

Kucing tu kan tak berakal...Kenapa laaa orang yang buat onar kat kucing ni zalim sangat....!!! Dah tak ingat balasan akhirat ke...?? Dengan anak kucing pon nak tunjuk kuat ke..??

Comments

Entri Popular