Al~Kisah Kucing Mak Mertua Aku Yang Bernama Cheeta

Ini pula al-kisah kucing mak mertua aku yang bernama CHEETA...mak mertua aku pungut dia di tempat letak kereta berhampiran degan kawasan rumah yang dia tinggal...Cheeta juga nyaris mati kerana dia berada di bawah tayar kereta dan pemandu kereta itu hampir menggerakkan keretanya...mak mertua aku nampak dan cepat2 amik si Cheeta ni...masa umur Cheeta dalam lingkungan 3 bulan..baby lagi masa tu...

Pastu bila dah besar, suka gigit orang..Cheeta ni agak hyper..best kalau bergurau dengan dia tapi AWAS....tersilap langkah berdarah beb macam yang wife aku kena....tapi wife aku tak marah Cheeta pun...sebab sayang....!!!

Sekarang umur Cheeta hampir mencecah 1 tahun...tengok la badan dia tu...gumuks....gambar ni aku snap sejurus selepas Cheeta tergigit tangan wife aku...berdarah beb...korang tengok la muka tak bersalah dia ni....


Mula2 masih kat ruang tamu...

Muka tak bersalah....

Walaupun nampak macam sikit jer, tapi perit...bisa...

Lepas jer Cheeta dengar aku kata ...'Laaa,berdarah ke...??' Cheeta kelam kabut lari masuk dalam bilik mak mertua aku....takut la tu....


Angah letak tali kat belakang Cheeta

Angah main dengan Cheeta...dia ni memang mesra kucing....

Comments

  1. kucen tau bezakan kanak2 & dewasa..
    sbb tu jarang dgr budak cedera sbb kucen..

    ReplyDelete
  2. cheeta takut darah yer.....
    :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya budak kecik tu dengan si Cheeta :p

    * cheeta tak tau dia bersalah eehhhh *

    ReplyDelete
  4. It is very nice to meet you too and thanks for stopping by my blog. I just read about you the other day but did not know where to find you. You really are a hero to all of us!

    ReplyDelete
  5. owh muka x bersalah itu sggh comel!

    huhuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular