Tips Penjagaan Anak Kucing (Siri Kedua)

PENCEGAHAN PARASIT

Aspek penting untuk mengekalkan keceriaan dan kecergasan kucing ialah rawatan berulang untuk parasit. Kutu menjadi masalah biasa apabila cuaca panas menjadikan mereka lebih aktif. Adalah wajar untuk anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan seawal mungkin bagi memastikan Si Comel bebas kutu.Harus diingat kucing boleh dijangkiti kutu semula dengan cepat, Jadi, pastikan tempat tidur, persekitaran dan binatang peliharaan lain turut dirawat. Berbincanglah dengan doktor anda tentang rawatan kutu dan kecacingan.

VAKSINASI

Pencegahan penyakit merupakan perkara penting dalam penjagaan binatang peliharaan yang bertanggungjawab. Vaksinasi yang berulang bagi membolehkan mereka hidup lama dan sihat. Si Comel daripada pembiak kucing yang mempunyai reputasi yang baik telah pun menerima vaksinasi mereka ketika membawa mereka pulang. Mintalah salinan sijil vaksinasi dan bawa bersama ketika berjumpa dengan doktor buat kali pertama.

KESIHATAN GIGI

Seperti manusia, kesihatan gigi juga merupakan perkara yang paling penting untuk kesihatan kucing. Tanpa dibersihkan dengan sempurna, plag dan tartar akan berkumpul pada gigi

HIASDIRI

Walaupun kebanyakan kucing menjaga kebersihan diri dengan baik sekali. Si Chumel masih disikat sekali-sekala bagi memastikan bulunya bersih dan tidak kusut.


SETAKAT INI SAHAJA YANG MAMPU SAYA TULIS......MATA DAH NGANTUK....TIPS PENJAGAAN KUCING SIRI PERTAMA DI SINI :

Comments

Post a Comment

Entri Popular