Dilema Kucing Jalanan
Kalau aku ternampak kucing-kucing jalanan ni, ayat pertama yang terus menerjah ke fikiran aku ialah..." Kesiannya kucing ni...takde ke orang nak ambil dia untuk dibela ke?"
Demikianlah episod yang berlaku sebentar tadi...kucing jantan ini adalah seekor kucing yang sangat sangat manja...dengar suara dia pun korang semua boleh cair ( yang mana suka kucing jer la ). Tapi, sifat manja saja tidak memadai untuk mereka meneruskan hidup. Mereka amat terdedah kepada bahaya seperti :
1 ) Virus penyakit yang tak boleh diubati.
2 ) Diganyang oleh kucing yang lebih senior. Lebih buruk lagi jika digomol anjing2 liar.
3 ) Kalau mereka luka parah akibat bergaduh, tiada siapa yang ambil peduli. Akibatnya, luka yang dibiarkan menjadi nanah dan berulat dan seterusnya membawa kepada kematian yang amt menyakitkan kerana mati secara perlahan. Kalau aku nampak kucing nak bergaduh, aku mesti cuba untuk leraikan.Paling tidak pun aku baling kasut pada kucing yang kelihatan lebih kuat. Tapi kalau korang tak yakin, janganla buat ye...bahaya tu...
4 ) Mati akibat dilanggar kereta. Kucing yang riwayatnya berakhir di jalan lebih bernasib baik ( agaknya ) daripada kucing jalanan yang mati akibat penyakit atau luka yang parah kerana nyawanya habis sekaligus.
Kucing di bawah ini adalah salah satu contoh nyata. Kucing ini amat bernasib baik kerana luka akibat pergaduhan dengan kucing lain telah hampir sembuh dan kering.
Tak dapat aku bayangkan betapa pedihnya luka tu. Korang rasa macamana?? Kesian tak??
Lukanya di belakang tengkuk dan di bawah leher. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku, luka kucing ini sembuh kerana beberapa perkara :
1 ) Kucing yang berlawan dengannya mungkin agak kecil sedikit tapi berani. Kucing jantan yang dalam gambar ni saiznya agak besar tapi penakut. Sebab apa dia penakut? Sebab dia friendly. Manja sangat2. Dia bukan kaki gaduh.. dia ni kucing jiwang...romantik..."Bila cinta didusta...Hati mula gelisah...Bila kekasih hati....bla bla bla...Sayuuu...Piluuuu..."wahh...besnya lama tak nyanyi...
2 ) Kucing ini hanya terkena cakaran kuku lawannya. Kalau terkena gigitan taring, aku rasa dah bernanah dah luka dia ni. Taring kucing amat berbisa. Hati2 ketika bergurau dengan kucing anda kerana taring kucing terdapat virus, lebih2 lagi kucing jalanan. Virusnya amat kuat.
3 ) Kucing ini sempat melarikan diri sebelum pergaduhan menjadi lebih teruk. Korang pernah tak tengok kucing bergaduh sambil bergumpal. Kucing yang terkena gigitan lawannya akan mengeluarkan suara yang amat nyaring. Mungkin kerana kesakitan yang melampau. Biasanya, kalau tak menerima rawatan, kucing itu akan mati secara yang aku sebutkan tadi. Ya, mati secara perlahan. Adess...
Nampak tak luka dia tu?? Aku kesian kat kucing ni..kucing yang bergaduh dengan dia tu ada lagi lepak kat sini..tapi, dia ni tak boleh nak pergi mana dah...kat sini jer tempat yang dia ada untuk makan dan meneruskan sisa2 hidupnya...harap2 takde gaduh lagi yer...sedihnya hu hu hu....
Yang ini pulak lain ceritanya. Dalam entri aku yang lepas ( Adilkah Kita Kepada Kucing Jalanan??) aku ada menceritakan tentang seekor kucing yang telinganya hampir hancur akibat terkena kurap dan pulih selepas aku curah minyak gamat. Haa, inilah kucingnya. tapi, kurapnya ada balik. Kurang asam punya kurap...Korang tau tak sebabnya? Sebabnya aku tak bubuh ubat tu sampai dia betul2 sembuh.. mana taknya, kucing tempat kerja maa, malu la aku...kalau boss aku nampak nanti apa dia kata plak...title kena jaga beb...Engineer ha ha ha ....
Tapi takpe, esok aku akan bawak minyak gamat tu datang..nanti aku tabur kat satu muka kucing ni biar hitam...ha ha ha ...
Apa rasa ayam yang bercampur dengan pasir tu?? Mesti tak sedapkan?? Ciannya...
Teruk juga telinga dia ni...
Seperti wanita cantik, mereka amat beruntung kerana ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada orang yang datang menyunting. Begitu juga dengan kucing Siam jalanan ini. Bulunya bersih betul...Kucing ini dipelihara oleh pengawal keselamatan kat tempat kerja aku...setiap hari kucing ni diberi makan yang sedap2. Tempat tidur pun ada disediakan oleh pak guard tu... Korang rasa, adil ke macam ni??
Ok, ada satu petua aku nak bagi..andaikata jika korang terkena gigitan haiwan seperti kucing, anjing, ular dan sebagainya....katakan sekiranya haiwan itu menggigit lengan korang, dan kalau taring atasnya bertemu dengan taring di bawah ketika taringnya terbenam di dalam lengan korang tu, 99% korang akan mati. Tapi bukan mati on the spot...ok, apa pula yang korang kena buat??
1 ) Jangan panik sebab panik menyebabkan bisa merebak keseluruh badan dengan cepat. 'Kepala Bisa' pertama yang masuk ke dalam badan akan 'bersiar2 dalam pembuluh darah kita. Sekiranya 'kepala bisa' ini bertemu semula dengan tempat yang dia masuk yakni tempat yang terkena gigitan tu, orang itu akan mati. Ini kerana bisa itu telah berjaya melengkapkan kitarannya dalam badan mangsa. Air yang diminum itu pula adalah untuk melambatkan proses perjalanan bisa itu yang merayap di badan mangsa..
2 ) Cari air di sekitar kawasan yang terkena gigit dan minum secepat mungkin. Contohnya, kalau anda terkena gigit di kawasan padang bola, cari dengan seberapa segera lopak2 air yang berada di kawasan padang bola itu. Kalau tak ada air, apa pula yang kita kena buat?? Ambil pasir atau tanah yang kita pijak dan makan sedikit. Kadang2, petua orang tua2 ni kita fikir macam tak logik, tetapi sebenarnya ada rasionalnya..cuba perhatikan ni...:
- Haiwan yang menggigit kita ( taring atasnya bertemu dengan taring bawahnya ketika menggigit lengan) akan merasa amat letih kerana segala tenaga telah digunakan oleh haiwan itu untuk menggigit kita. Biasanya, benda pertama yang haiwan ini cari lepas menggigit kita ialah AIR. Kalau dia minum air dulu daripada mangsanya, 99% mangsa itu akan mati..Sebab itulah petuanya kena minum air di sekitar kawasan kejadian sebelum haiwan itu minum dulu...
p/s :
petua ni diceritakan oleh rakan sekerja aku, Abg Karim...umurnya dah menjangkau 53 tahun dan beliau adalah seorang yang pakar memburu dan menembak.
Kalau kena gigit kat rumah, jangan la pergi minum air oren plak...gi la klinik amik injection...
Babai...jumpa lagi....
kucing tu kena kurap balik mungkin sbb makanan yg dia makan tak bersih..
ReplyDeletekesian gak nengok..
kalau tengok kucing bergaduh, simbah dengan air. kalau baling2 barang, takut pulak ada yg cedera..
hurmm.. pelik gak petua ni. tapi dari org yg berpengalaman.. cam boleh percaya.
minum milo anda jadi sehat dan kuat~
saya kalo jmp kucing kat tepi kedai ke, kedai makan ke, mmg terus kasi makan..
ReplyDeletekalo jmp kat tepi kedai2, bli makanan kucen. terus bagi..
huhu..
Marina ni sama mcm wife saya...belikan ikan goreng ataupun beli piskis lembik bagi dia makan...rasa puaskan dapat bg diorang kenyang??peace
ReplyDeletesedih..xtau mana diorg nak makan..
ReplyDeletelom tentu tuan kedai makan kasi die makan..
kang jd mcm hero.. :((
kalo yg kat tepi kedai2 tu lagi sian..mana la nak cari makan.. :((
sy & bf kalo makan kat kedai jmp kucing, cepat2 panggil kasi makan..
hoho..
ingatkan kami jer yang macam tu...rupa2nya ada yang lg prihatin dari kami
ReplyDeleteekceli,sy de impian..
ReplyDeleteimpian yg sama mcm papa meow..
tp sy nak wat pusat perlindungan kucing.
nak kutip smua kucing jalanan.
tp nak tggung diri seniri pon kekurangan dana, nikan plak nak tanggung anak kucing.. :((
kalo nampak kuing kene langgar, nangis.smp bawak2 dlm mmp.
sama mcm 1st tgk video Hero.. :((
kalo kucing sendiri kene langgar,nangis mcm ilang laki.
sebab kucing sy semua unik..
satu2 unik,macam2 perangai.. :((
kat hostel sy byk kucing.so,ktbilik mmg ade whiskes.bg dyorg mkn kalo nmpk.then,dyorg pn slalu dtg bilik sy.smpat gak lepas rndu kucing kt umah ^^
ReplyDeletebro
ReplyDeleteko tau tak
sejak ku kenal blog nih
aku rasa kasihan plak dgn kucing2 terbiar nih
lebih kasihan daripada biasa
nice entry
** AMARAN, DIJANGKA IA NYA AKAN MENJADI KOMEN YANG AMAT PJG **
ReplyDelete:'D
Hah sama la dengan aku bro. Aku pun kalau kat kedai makan, kalau nampak kucingkucing yang lapar, aku lagi sanggup makan nasi kosong, pastu lauk aku bagi kat diorang.
Kadang-kadang tu, aku dengan kakak aku sanggup pergi beli ikan goreng seko untuk kucing tu. Kesian diorang, cari makanan untuk hidup. Kita ni, cari makanan untuk kenyang.
Dulu penah satu kes. Aku tengah duduk makan dengan kawan aku. Japg ada la seko kucing ni. Manja la. Dok geselgesel dekat kaki sorang mamat ni. Dok table sebelah.
Aku yang kat tepi ni dok pandang je la kucing tu. Get ready nak bagi lauk aku tu. Sambil tu aku dok panggil-panggil la si kucing tu. Tapi entah kenapa dia buat dek je lepas tu sambung gesel kat mamat tu.
Mamat tu da mcm tolaktolak kucing tu. Tibetibe kauuuuu, aku tekejut beruk tengok mamat tu pergi tendang kucing tu! Aku dah panas da time tu.
Aku datang kat meja tu, aku amek kucing tu. Lepas tu aku sembur kat mamat tu macam ni " KALAU TAKNAK BAGI DIA MAKANAN, TAK PAYAH SAMPAI NAK TENDANG KUCING NI. DIA CUMA LAPAR JE. CARI REZEKI! "
Mamat tu and awek dia dah muka malu gila aku sound tepek macam tu kat kedai.
Lepas tu aku blah sambil bawak kucing tu. Kucing kurap plak tu. Tapi aku ape kesah. Dah kata sayang, buat apa nak menilai kucing tu dari fizikal dia. Tapi kan, Alhamdulillah, selama ni kalau aku pegang kucing kurap, tak pernah aku kene jangkitan kurap dia tu.
Mak aku semua marah kalau aku pegang kucing kucing yang kurap. Dah tu, kadangkadang aku terpegang jugak kurap kat badan kucing tu, tapi Alhamdulillah, aku okay je.
Pernah one time tu, kawan aku terpegang kucing kurap. Esok tu kurap naik. Haha, kesian dia.
Dulu-dulu aku selalu pergi kedai beli makanan kucing lepas tu bawak kete dengan ex bf aku jalan-jalan sekitar rumah, cari kucing jalanan. Haha. Semata-mata sebab tu je tau kitorang pergi beli makanan kucing tu. Sebab dia tau aku ni memang macam ni. Sayang binatang tersangat-sangat.
Sampaikan aku sanggup jatuh tangga la demi tanak pijak semut yang kebetulan tengah lalu kat tangga tu. Haha. Lepas tu aku boleh spent 30 minit kat dapur tolong semut-semut yang tengah lemas sebab mak aku tak nampak ada semut, lepas tu dia pergi jirus sinki tu. Aku kat tepi tu dah menjerit macam gila! Haha.
Pastu pastu, kat rumah aku kan, aku dikenali dengan nama "IBU KUCING". Sebab kalau tengah tengok tv kan, tibetibe dengar kucing gaduh kat bawah, hahhhhhhh aku la orang first yang akan lari macam orang gila pergi rescue kucingkucing tu.
Kadangkadang tu pukul 3 AM, aku dah sedap mimpi dengan Edward Cullen, mak aku pegi kejut sebab dengar kucing gaduh. Tak ke aku ni boleh dikatakan sebagai HERO jugak hah? Pi rescue kucingkucing yang tgh gaduh walaupun dah berdengkur kat bilik sebenarnya. Haha.
Hati binantang ni lembut. Kalau kite sayang diorang, diorang doa kan untuk kita. And doa diorang ni kita tak boleh bawak main-main. Kalau dia doa kan teruk, nahas weh.
Kepada orang-orang diluar sana, kalau nak buat jahat kat binatang-binatang ni, beringat-ingat la sikit. Kang tak memasal engkau dapat balasan dari-NYA.
:)
- Panjang pulak aku ceramah kat sini en. Hiks ;D
leeko,
ReplyDeletepanjang bebenor ceramah ko ni. anyway aku salute ko sebab macam aku jugak penyayang pada binatang2 ni, cuba fikir, kalau tak kita yang sayang saper lagi kan?
kesian mereka...
ReplyDeleteesok saya kerja nak bawak 1 bekas frieskies utk kucing jalanan yg duduk kat parking...hari2 pikir, ape lah yang dia makan...dah makan ke?..hmmmm
kesiankan kucing kucing jalan tue..kadang kadang pelik peniaga peniaga kat situe mcm kedekut sgt nak bg..apa salah nya sedekah dekat kucing kucing dok ada tue..lagi limpah rezeki dpt...
ReplyDeletegile kesian kucing nih.... awat tadi aq x fasan ek tentang post nih? ades2...
ReplyDeletekengkadang aq kesian tengok kucing2 terbiar nih... kang aq amek semua bawak balik umah kang aq balik kampus sape nak jge haa...
ades...siyes dowh... kesian gile kucing nih.. T.T
mmg kesian sgt tgk kcg2 terbiar tu, rasa mcm nak angkut semuanya tapi apakan daya..
ReplyDeleteharap2 1 hari nnti, mana la tau kann tuhan bg rezeki lbh..insya'Allah
thanks for the tips :)
leeko:
ReplyDeleteu made my da la..hahaha..
walaupon sedih tp klaka pon ade..
Boyachilles,
ReplyDeleteHaha, biasa la. Pasal binatang, aku nak buat karangan sampai esok pun boleh. Hee ;DD
Hah betul! Weh aku dulu dapat tawaran kerja dekat zoo ( tawaran ke ayat yang betul dia? ).
Tapikkk, time tu aku 18 tahun. Harta sesen pun tadakk. Mak aku tak bagi T____T.
Kalau tak, everytime kau pergi Zoo kat Setapak tu, kau mesti nampak muka aku nih tengah buat show kat situ dengan orang utan nama MANJA. Haha. Femes haku dah bro.
Wuuuu.
Marina,
Hahaha, glad that I made your day :)
*Aiceh, sempat lagi buat kawan kat blog ni. Haha*
aku mmg suker gilas sumer org kat sini..dahla suker kucing pastu sekor2 kelako gilass...terhibur giler aku bacer post and komen satu2..
ReplyDeletekesian tgk kucing jalanan
ReplyDeletelagi2 yang sakit
xda yg peduli
siannnyerr..
ReplyDeletehahahaha...semut ye?
ReplyDeletesme r gak..kkdg sian tgk smut tuh..
tp dorang kcik sgt la..kkdg tlong pstuh kaki dia nta mcm mne da..hehe
kasihan t_T
ReplyDeletemak kita ada kedai mkn, kalau nk taw ada je kucing2 yg dibuang, kalau yg da besar xpe nie ada yg bb, yg belom bleh buka mata lg dh di buang, agaknya mana akal dan fikiran dieorg yea, da tentula bb tu akn mati sbb xda susu untuk die. mmg kejam manusia nie.
ReplyDeleteaku keje gan mak aku, so setiap pg aku akn bg kucing2 nie mkn, yg best nya selepas mkn, kucing2 nie semuanya bw diri, xda la menganggu customer aku yg nk mkn kan. itulah keje aku setiap hr..
alangkah baiknya jika semua org pikul tjwb menjaga haiwan2 nie, xder la kucing2 nie mati kebuluran...semoga allah buka kn hati untuk manusia berubah
kepada siapa2 yang menyayangi kucing bolehla menggelar diriya 'abu hurairah'. ini kerana abu hurairah yang banyak meriwayatkan hadis nabi adalah seorang sahabat nabi yang sangat menyayangi kucing hinggakan pernah membawa kucing ke majlis2 ilmu... kepada yang wanita,'ummu hurairah'...
ReplyDeletebila nampak anjing atau kucing jalanan kalau tak dapat bagi makanan masa tu juga, mesti ku tak bleh tido malam. rasa tak sedap hati jaaaaaa.
ReplyDeleteMoga Allah jua yang membalas...
ReplyDeleteas salam... sy dlu pon pnh kne gigit oleh sekor kucing jntan ni.. dye gigit kt dagu..adoyai..sakit beb. mse tu sy umo 9 thun je. dye gigit mmg tembus la..mcm nk trtanggal je isi dagu mse tu. drh mmg byk la kuar...nsib baik makcik dtg. kucing tu dok menggonggong ag dagu sy..makcik pkul brkali2 bru dye lpaskn n lari ntah ke mne.. kucing trbiar.. tp alhamdulillah la..sy selamat..just parut bekas gigitan kucing tu msih ade smpai skrg..
ReplyDeletep/s: korg nk tau x? kucing jntan tu pnh kne tembak skali oleh org kpg..tp stil x mati. sy pon konpius..kucing ke jin?hoho.. lg 1,opah sy sapu minyak gas(tok pelita) kt luka sy tu..3 hri dh sembuh. opah kte minyak gas bgus tok ubat luka kucing. kalo trkne kurap tu..opah kte bubuh minyak bks gorg ikan msin.. to be truth..mmg berkesan! pnh nmpk opah ubat kucing jalanan..