Tips Penjagaan Anak Kucing (Siri Ketiga)

MIKROCIP PENGENALPASTIAN

Semakin ramai pemilik kucing menggunakan teknologi mikrocip untuk pengenalpastian binatang peliharaan mereka. Mikrocip diletakkan di bawah kulit kucing oleh doktor haiwan anda. Sama seperti kod bar, ianya boleh diimbas untuk mengesan kucing anda melalui pusat pendaftaran.

PENGASIAN

Kucing hendaklah dikasi, melainkan anda bercadang hendak membiakkan kucing anda. Tiada perbezaan ketara di antara kucing jantan dan betina setelah dikasi. Kedua-duanya masih menjadi teman yang penyayang untuk seisi rumah anda.

LAWATAN DOKTOR KE RUMAH ANDA

Petua utama untuk menjaga kesihatan dan kebajikan kucing anda ialah selalu membawanya berjumpa doktor haiwan. Doktor akan mengajar anda untuk mata, telinga, mulut dan bulu kucing anda di rumah.

WAKTU MAKAN

Membesar dan bermain merupakan tugas berat. Sebab inilah Si Comel anda akan mempunyai selera makan yang besar.

Makanan yang berikan kepada Si Comel anda pada 12 bulan pertama adalah sangat penting. Ianya hendaklah mempunyai kombinasi tepat protein, lemak, vitamin dan mineral. Si Comel memerlukannya untuk membesar dengan sihat. Daging sahaja tidak cukup untik membekalkan semua khasiat yang diperlukan. Jadi, berilah kucing anda makanan yang dirumus khas untuk Si Comel.

PEMAKANAN KUCING HAMIL DAN YANG MENYUSUI

Kucing hamil dan menyusui hendaklah diberi makan makanan anak kucing sebanyak mana yang ia mahukan. Makanan anak kucing Whiskas Junior mempunyai kalori dan kalsium untuk menjamin tubuh dan pengeluaran susu induk yang baik.

BEKAS MAKANAN

Si Comel yang lapar boleh teruja dengan kehadiran makan di depan mereka. Jadi, kehadiran bekas tahan pecah adalah satu idea yang baik. Siapa tahu jika bekas kucing anda terbalik. Kedua-dua bekas air dan makan hendaklah sentiasa bersih, cetek dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

nota : tips2 ini diambil dari buku tips penjagaan kucing dari Whiskas. masa beli Whiskas Hero, buku ni ada disertakan sekali..so, aku rasa info kat dalam ni bagus untuk dikongsi bersama...

Comments

  1. cne aq nak applikasikan tips nih? aq xde anak kucing... kucing pown xde...

    sob sob..

    ReplyDelete
  2. kucin2 sy semuanya lbh suka mkn makanan kitten walaupon memasing dah beso gedabak haihh~

    ReplyDelete
  3. salam... anak2 kucing aku selalu sakit mata... nak buat camne ye???

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular