FROM ZERO TO HERO - Harapkan Panas Sampai Ke Petang, Rupa-Rupanya.....

FROM ZERO TO HERO

Semalam ( Ahad ) adalah hari yang tidak berapa baik bagi Si Ibu...Ketiga-tiga anaknya telah mati...PH kurang pasti sebabnya. Mereka semua PH kuarantinkan di dalam bilik si kembar, diasingkan dari kucing-kucing PH yang lain....PH hanya boleh membuat kesimpulan bahawa anak-anaknya mati kerana sampar kucing ataupun virus kucing...Ada kucing-kucing jalanan yang dibawa pulang mempunyai virus ini di dalam sistem tubuh badannya...Si Ibu tak banyak bunyi, diam jer....Kurap-kurap di mukanya sudah beransur sembuh selepas dilumur minyak gamat....


Ketiga-tiga mereka mati serentak...Untuk pengetahuan, Si Ibu ni PH tolong 'foster'kan dari Kak Durshanida yang telah menyelamatkan Si Ibu ( KLIK SINI )...Si Ibu masih PH foster kan sehingga sekarang...Alhamdulillah, dia tak meroyan...Cool jer...



Seperti yang telah PH katakan dulu, mereka semua ni datang dan pergi di dalam hidup kita....Umur mereka tak panjang macam umur manusia....Mereka ni 'fragile' terutama kucing-kucing yang masih kecil....Memelihara anak kucing bukanlah suatu perkara yang mudah....
Akhirnya, bersemadi juga si comel ini walaupun belum kenal erti apa itu dunia...Barangkali, itulah yang terbaik bagi mereka...Manalah tau takut-takut bila mereka besar nanti mereka akan menjadi mangsa kekejaman manusia pulak kan...? Lagi sadis tu...Justeru itu, bagi PH kalau kita terjumpa anak kucing bawalah ia pulang....Tentang tidak tahu bagaimana nak mengurusnya, itu adalah persoalan yang kesembilan dan kesepuluh...Bawa mereka ke tempat yang selamat dulu....Usah takut kalau mereka mati...Kalau mereka mati di tangan kita, itu bermakna kita dipertanggungjawabkan untuk membantu menanam jasad suci mereka...Kalau tak, masakan kita ni dipilih untuk menemui mereka? Cuma bezanya antara sanggup dengan tidak sahaja....


P/S :
Sanggup atau tidak, terpulang pada kemampuan masing-masing...Kalau kucing besar, kita bagilah sedikit makanan kalau tak mampu nak bawa pulang...Kalau kucing kecil yang tidak beribu, kalau boleh bawalah pulang terus...Fosterkan dulu sementara mencari adopter yang berminat...Kucing kecik ni manalah tahu apa-apa....Jangan takut, Facebook kan ada...? hehehehe
Selamat Beramal...!!!

Comments

  1. sedih nyer kalau mashi jadi ibu kucing tu... meoww meoww :(
    tuhan maha kuasa..btol ckp PH mesti ada sebab sesuatu kejadian itu berlaku...

    ReplyDelete
  2. taj paham masih lg ada manusia yg bodoh sggup buang anak kucing yg belum buka mata. tahap kekejaman manusia ni dah dkt sama level dgn syaitan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular