Update Asha : Kini Telah Kembali Ke Tempat Asalnya dan Kisah Si Kenit...

Semalam ( 8 Januari 2012 ) adalah hari terakhir PH akan foster Si Asha ni...Temujanji dah dibuat dengan owner Asha, Cik Sharmila & Auntie Gita...Tapi, Si Asha ni macam tak nak balik pulak...hahahaha...Kelakar betul....Bisulnya dah beransur surut selepas pembedahan kecil dilakukan ke atasnya oleh Dr Cham...Keadaan struktur tulang Asha juga memuaskan...Tiada yang patah-patah...Kuat betul tulang Si Asha ni...Jatuh dari tingkat 8 pun masih steady lagi...Ini menguatkan teori bahawa kucing seolah-olah mempunyai 9 nyawa...Liat nyawanya nak dicabut....



Sebelum bertolak, sempat juga PH main-main dengan Si Asha debab ni....Muka dia brutal betul tapi kat dalam hati ada taman bunga....Tengoklah dia melese kat sangkar tu....



Tengoklah keletah Si Asha ni, minta dibelai sebelum pergi ke pangkuan tuannya semula....


Tepat jam 1.30 tengahari, seperti yang dijanjikan PH tiba di kawasan flat tuan Si Asha di Cheras Hartamas....Seperti biasa, pemandangan kucing-kucing yang tidak bertuan sudah menjadi sinonim dengan kawasan perumahan flat....


PH bawa sekali Si Kenit, baby kucing yang PH fosterkan...PH nak bawa Si Kenit ni berjumpa dengan kak Sarah di Shah Alam selepas selesai menghantar Si Asha ni....Kalau nak tinggalkan kat dalam kereta, cuaca panas takut nanti perkara buruk terjadi pula...


Selepas bertemu Auntie Gita, beliau telah menunjukkan tempat di mana Asha terjatuh dari tingkat 8...


Tak dapat PH nak bayangkan macamana tingginya keadaan masa Si Asha jatuh...Tinggi betul tempatnya...PH difahamkan bahawa Asha duduk di atas tembok batu....


Di sinilah tempat Asha terhempas...Ada saksi berkata, dia ternampak Asha masih berjalan selepas terhempas dengan keadaannya yang berdarah-darah...Lepas tu, Si Asha pengsan....


Si Nina ni adalah isteri kepada Asha...Kembang kempis dia tengok suaminya yang dah lama tak pulang...


Auntie Gita juga ada memelihara kucing-kucing jalanan yang dikutip....Steady betul....Nampak yang beliau adalah seorang yang amat menyayangi kucing....


Nama kucing yang Auntie Gita 'rehome'kan ni namanya Pipa....Comel betul muka dia...Menurut beliau, Pipa ni dibuang di kawasan flat ini....


Cik Sharmila juga gembira Asha dah pulang.....



Dan yang paling seronok apabila Asha melese kepalanya kat Auntie Gita....Terserlah kasih sayang yang terjalin di antara mereka walaupun berlainan fizikal....


Selepas pulang, PH terus ke Stadium Shah Alam untuk menyerahkan Si Kenit kepada Kak Sarah...Kak Sarah mempunyai seekor ibu kucing yang boleh menumpangkan susunya kepada Si Kenit...Dan inilah gambar terbaru yang PH terima dari Kak Sarah pagi tadi...Beliau juga mempunyai sebuah shelter di mana bertujuan untuk menempatkan kucing-kucing yang terbiar ( KLIK SINI )
Shelter tersebut dikenali sebagai 




Syukurlah Si Kenit telah mendapat ibu tumpang...Dia juga bernyawa, dia juga berhak hidup...Sesiapa yang terbaca entri ini, doakanlah semoga Si Kenit dapat membesar dengan sempurna...Untuk pengetahuan, insan mulia yang telah menyelamatkan SI Kenit ini ialah Puan Aimy Zulkarnain...Beliau sanggup menyimpan Si Kenit ni dulu ke dalam laci pejabatnya walaupun Si Kenit ini mengiau tidak berhenti akibat kelaparan...




Terima kasih Kak Aimy kerana berani mengambil tanggungjawab...Diharapkan dapat menjadi ikutan kepada insan-insan yang lain di luar sana...
Owh yer...Kak Sarah kata ibu baru Si Kenit ni baik sangat-sangat...hehehe


P/S :
Asha dan Kenit adalah di antara kucing yang berjaya di"rehome"kan menerusi program FROM ZERO TO HERO yang PH lancarkan di FB baru-baru ini...Apa yang PH buat tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk sebagai tujuan testimoni...Dari seekor kucing yang terbuang, kini ramai yang menyayanginya....Teringat pula arwah Boboy ( KLIK SINI )...Ribuan manusia telah menangisi pemergiannya...
Titik tolak dari kes Asha ini, PH telah mendapat seorang lagi kawan yang baru dan dapat mempelajari budaya hidup mereka dengan lebih dekat walaupun berlainan bangsa dan agama...Kalau dilihat dari mata kasar, mungkin ada yang berkata "Ape lah sangat kalau setakat menyelamatkan seekor kucing..."....Tetapi, cubalah melihatnya dengan mata hati...Insyaallah ianya akan menjadi sesuatu yang amat indah....Rasa seronok pula bila melakukannya...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Tak dapat bayangkan macam mana la dia boleh terjatuh dari tempat yang tinggi tu...sib bek la ada orang² yang prihatin..@_@'

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular