kenalilah diri dgn sebaiknya..

1.Senyum itu tanda kemesraan,diberi kepada manusia dianggap sebagai satu sedekah. Ingatlah!Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan akan mengakibatkat hati akan mati.Jika dibuat dihadapan manusia boleh mengakibatkan hilangnya maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah sebagai pengajaran dan pedoman,Maka beringatlah selalu dan muhasabahlah diri kita selalu.. itu sebagai tanda kelemahan diri kita,kesalilah keterlanjuran yang lalu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi.

3. Syukurlah dengan nikmat pemberian Tuhan dan bersabarlah disetiap ujian yang menimpa kerana ianya amat mudah diucapkan tetapi amat sukar dan sulit utk kita laksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu,selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang yang beriman dan percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah iaitu bertegang leher,nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya disatu majlis,bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6.Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah(lemah mujahadah).Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal dan tinggi budi pekertinya.

7.Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu,merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu,khusyuk,takut,hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8.Jika kita mengingati dosa,kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9.Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH,ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian,rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

Comments

Entri Popular