Anak2 Bulus Papa Hero Pun Nak Raya Juga....

 Alhamdulillah,  bertemu kita kembali setelah seminggu bercuti untuk beraya sakan…saya dapati trafik blog kakimotong sepanjang minggu raya ni amat lemah sekali…menurun sehingga 5 kali ganda, tambahan pula saya tidak mengemaskini blog…biasanya dalam satu minggu purata pengunjung mencecah sehingga 3000k ( angka ni masih kecil jika nak dibandingkan dengan blogger2 lain yang jauh lebih hebat )…tetapi, di musim raya ni hanya ada sekitar 600k pengunjung sahaja…hu hu hu…iklan Nuffnang mesti tak banyak keluar…tapi takpelah, janji ada juga orang yang nak baca blog ni….

Ini pula al-kisah anak2 bulus menjelang persiapan berhari raya…sedang kami sekeluarga sibuk mengemas rumah, budak2 ni pun sibuk membantu kami membuat persiapan raya….gambar berikut adalah gambar candid, bukan sengaja dibuat-buat tau….

Shinosuke sedang mengelap dinding…

 dan kipas

Shizuka sedang mengelap tingkap

 
Membantu Papa hero mengelap tingkap adalah amalan mulia...
 
 Shinosuke melepaskan penat di kerusi blogging Papa Hero
Yang lain-lain tu sedang sibuk menetek..hu hu hu



 Hero dari tadi carik penyapu tapi tak jumpa

Melepaskan penat selepas selesai menyapu sampah

Pak Tam kerjanya adalah memastikan rumah Papa hero sentiasa selamat dari pengunjung yang tak dikehendaki...cicak tu saya dah lepaskan dah..hidup lagi...Pak Tam bengang giler tuu..

p/s :
sama2lah kita mendidik anak2 kucing kita mengemas rumah sejak mereka kecil lagi...
 **************************************************
Ini adalah antara reaksi Hero sebelum menyambut Hari Raya :

Di Ruang Tamu



Di Bilik Tidur Papa Hero :





p/s :

Kucing pun tau bila nak raya walaupun tak puasa...he he he

Comments

  1. The kittens have grown so much and so very naughty.
    Selamat Hari Raya to you and your family including the cats! :)

    ReplyDelete
  2. Papa Hero... tolong scratch kan belakang Hero.. kecian kat die kan.... hehehehe

    ReplyDelete
  3. euwwwww...cicak...xmoh2..geli

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular