Bila Papa Hero Membebel Pasal Binatang....( Tak tahu nak letak tajuk ape..he he he )

Cuba kita bandingkan apa yang ada pada kita dan apa yang ada pada haiwan2 terbiar khususnya kucing...

Manusia : Kita dilahirkan ke dunia hasil perkongsian hidup ibubapa kita....kita dilahirkan sebab kehadiran kita amat diingini...

Haiwan  Terbiar : Lahirnya anak-anak kami akibat populasi yang tidak terkawal...anak-anak kami dibuang merata-rata lantas kami dipersalahkan kerana menyebabkan kacau bilau di kawasan manusia...


Manusia : Sukakan kucing, tetapi tak mahu
bertanggungjawab atas pembiakan tak terkawal oleh kucing-kucing peliharaan mereka lalu dibuang di merata-rata tempat...kucing yang bernasib baik, akan dipungut oleh manusia yang menyayangi haiwan...kalau yang tak bernasib baik, mungkin mati dilanggar kereta ataupun digomol anjing liar...

Haiwan  Terbiar: Kami tak sukakan manusia...tetapi, kami tak kisah....kamilah yang memberi kasih sayang kepada manusia supaya manusia dapat menyayangi kami...


Manusia : Manusia yang tidak menyukai haiwan, kucing2 terbiar ini diibaratkan macam sampah...

Haiwan terbiar : Tak kisah pun...kami tak kacau kamu, kamu jangan kacau kami...siapakah mereka untuk mengatakan kami ini sampah? Kami terlebih dahulu yang menghuni Bumi ini berbanding manusia...siapa yang menumpang siapa sebenarnya..? Lahirnya manusia hasil dari setitis air mani yang mana jika ianya jatuh ke tanah ayam tak nak patuk, itik pun tak nak sudu...


Manusia : Benarkah pencinta haiwan telah memberi kehidupan sebenar kepada haiwan2 terbiar...?

Haiwan Terbiar : Rebutlah peluang yang ada untuk berbuat baik sesama manusia dan haiwan di muka Bumi ini terlanjur kamu masih hidup...kami adalah ibarat emas yang disaluti  lumpur di tepian jalan....


Manusia : Ada manusia mengaku pencinta haiwan tetapi hanya kepada haiwan yang cantik sahaja...

Haiwan Terbiar : Manusia ni cantik sangat ke? Rupa yang cantik tak semestinya mencerminkan hati budi yang cantik....


Manusia : Ramai pencinta haiwan kecewa kerana setiap usaha mereka tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya dari pihak berwajib....tak banyak yang mereka boleh lakukan....keluhan hati telah disuarakan tetapi ibarat mencurah air ke daun keladi...

Haiwan Terbiar : Sebab pemimpin-pemimpin kamu tidak dididik menyayangi kami sejak mereka kecil....pelaburan terhadap kami dianggap merugikan negara...tetapi penderaan terhadap kawan2 kami semakin berleluasa...itulah yang dibanggakan oleh manusia kerana menyangka diri mereka kuat...tunggulah balasan dari kawan-kawan kami yang telah mati didera...


Manusia : Sekiranya manusia sakit, mereka boleh mendapat rawatan yang secukupnya asalkan ada wang...

Haiwan Terbiar : Kalau kami sakit, kami boleh jaga diri sendiri...kalau luka kami parah dan berulat, biarkan saja kami mati secara perlahan2...tak guna kami merayu pada manusia...kami bukannya pandai berkata-kata pun....kami tak pernah meminta pertolongan manusia...kamu yang datang cari kami...kami betul2 terhutang nyawa kepada manusia yang telah membantu kami...Insyaallah kami akan tolong kamu di akhirat nanti ketika kamu sedang melalui titian Sirat...


Manusia : Manusia selalu bermegah2 dengan haiwan peliharaan masing2 sehinggakan ada yang mendapat hadiah lumayan kerana menyertai peraduan...haiwan2 peliharaan mereka juga ditaja makanannya oleh syarikat pengeluar makanan kucing...

Haiwan Terbiar : Kami tumpang gembira dengan sahabat-sahabat kami yang telah diberi kehidupan yang sempurna seperti Maru...Biarkan saja kami di sini...kami lebih senang minum air longkang dan makan sisa-sisa buangan....kalau kami lapar dan dahaga, kami tahulah di mana nak cari makanan....cuma sekelumit doa kami harapkan dari kamu semoga kami selamat ketika mencari rezeki kami di sini...ramai kawan-kawan kami mati dalam keadaan lapar dan dahaga...


Manusia : Selalu memberikan yang terbaik untuk kucing kesayangan mereka...Mereka juga ingin memberikan yang terbaik untuk kucing-kucing jalanan tetapi tidak terdaya...terlalu banyak halangan yang perlu ditempuh...

Haiwan Terbiar : Cukuplah setakat kamu memungut bangkai kami di jalan raya...itupun dah cukup terbaik bagi kami...tetapi kalau kami dapat yang terbaik dari manusia semasa kami hidup, itu bermakna manusia tersebut telah menjalankan amanahnya sebagai khalifah dengan baik...


Manusia : Perlukah manusia memberitahu kepada anak-anaknya supaya menjaga dan menyayangi haiwan terbiar?

Haiwan Terbiar : Kami sendiri ada memberitahu anak-anak kami supaya walau apa pun yang terjadi, mereka mesti saling sayang menyayangi antara satu sama lain...


p/s :

merapu kejap sambil bekerja...meja bersepah giler...hu hu hu

dari meja Papa Hero

Comments

  1. ada org sanggup buang anak kucing yg lbh kurg 2minggu kt hostel sy...sama saja mcm buang bayi yg baru lahir...

    ReplyDelete
  2. tulisan yang menarek.kalo pihak menteri baca nie lagi bagus

    ReplyDelete
  3. huhu..sdihnya bca...
    stuju, ada setgh org bla kucing yg cntik je...
    yg x, x nk pndg...hna sgt ke diorg kn??

    ReplyDelete
  4. ni namanya karangan tak siap....bantai jer ni....tapi semuanya hasil dari perahan otak saya memikirkan bagaimana perasaan menjadi haiwan terbiar...rasa insaf dan merendah diri akan datang secara automatik..

    ReplyDelete
  5. pernah ditanya, mana dapat kucing yang gemuk2 ni... saya jawab, kutip tepi jalan. yang sakit mata, yang buta, yang macam nak mati pun ader. kalau nak beli kucing cantik2 memang mahal. ambik je bela tepi jalan dan jaga elok2. gerenti cantik....

    ReplyDelete
  6. btl tu chika... saye sokong...

    ReplyDelete
  7. kucing kalo dijaga elok akan cantik.
    yang penting kita tidak kedekut duit dan sentiasa menolong kucing yang terbiar di luar sana.
    insyallah murah rezeki kita.

    ReplyDelete
  8. sy pon setuju sgt2 ngan chika

    pd sy kucing semuanya comel, jika mereka dijaga elok2 tentulah bertambah2 comel

    tahniah utk papa hero atas nukilan yg hebat ini, smoga semakin ramai yg terbuka hati utk sama-sama membela nasib haiwan2 terbiar insya'Allah...

    ReplyDelete
  9. cumelnya baby kembaq tido dgn tucen cumel tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular