Tangisan Darah Bukit Yang Malang


Entri kali ini agak berlainan dari biasa...ianya mengenai kemusnahan alam sekitar yang sedang berlaku di depan mata kita...saya juga tidak pasti siapakah yang mendapat keuntungan disebalik kegiatan penarahan bukit ini...yang pasti, bukit ini telah hilang hampir separuh dari bentuk asalnya...ke mana pula tanah-tanah bukit itu dibawa?


Ketepikan soal politik...saya juga bukan wakil dari mana-mana parti politik...segalanya saya lakukan hanya kerana rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar...sesuatu perlu dilakukan...


Lebih kurang 2 tahun lepas, seperti biasa saya selalu menggunakan Lebuhraya LEKAS sebagai laluan alternatif untuk ke tempat kerja...keadaan bukit-bukau ketika itu amat indah sekali...sejuk mata mata memandang...

Namun apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini amat menyedihkan saya....dalam diam tak diam, bukit-bukau ini kelihatan sedang nazak...ekosistem telah dimusnahkan sama sekali...saya tak pasti pula mengapa ianya dibotakkan...kelihatan di lereng bukit ini seperti ada kawasan kuari...



Lebih menyedihkan lagi, ianya berlaku secara terang-terangan....mengapa sampai jadi begini...? Tiadakah orang yang boleh menghalangnya dari terus lenyap di pandangan mata? Adakah mentaliti segelintir rakyat Malaysia dan pemimpin masih tidak belajar dari pengajaran lalu...?

gambar hiasan
 
Kawasan bukit yang ditarah ini pula berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk....apakah kita masih tidak mengambil iktibar dari pengalaman lalu..? Bagaimana sekiranya berlaku tanah runtuh..?

gambar hiasan
Apakah manusia berasakan mereka lebih berkuasa dari Tuhan...? Siapakah mereka untuk mentadbir alam ini...?

Apakah kita patut biarkan khazanah ini hilang begitu sahaja...? Siapa pula yang mendapat keuntungan hasil dari kerja-kerja pemusnahan atas alasan pembangunan ini...?


Saya juga yakin bahawa bukan bukit ini sahaja yang menjadi mangsa...entah berapa puluh bukit lagi agaknya yang telah ditarah dan dibotakkan atas alasan pembangunan dan industri....


Saya tidak mengharapkan sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang telah melakukan kegiatan ini selepas entri ini dikeluarkan kerana kalau nak diambil tindakan sekalipun, ianya patut dilakukan dari dulu lagi...segalanya sudah terlambat...


tiada siapa yang dapat mengganti semula tanah-tanah bukit yang hilang...saya juga tidak tahu samada bukit ini ditarah atas persetujuan kerajaan negeri atau sebaliknya..saya tidak tahu ianya kerja haram atau kerja halal...


persoalannya, bagaimana kalau berlaku tanah runtuh di kawasan kediaman di sekitar kawasan ini...? Segalanya akan menjadi kubur dan kerugian yang amat tinggi sekali pasti perlu ditanggung...


saya hanyalah rakyat biasa yang cintakan haiwan, alam sekitar dan keamanan...segala pendapat di atas adalah berdasarkan pendapat peribadi saya...mungkin kerajaan negeri juga sudah sedia maklum mengenai kegiatan di kawasan ini...

p/s :


Harap2 masih belum terlambat untuk menyelamatkan alam sekitar..dalam pada itu, didiklah anak anda supaya menyayangi haiwan dan alam sekitar sejak kecil supaya mereka lebih menghargai warisan khazanah yang bakal dipertanggungjawabkan kepada mereka di masa depan kelak...

Comments

  1. setuju ngan papahero, segalanya harus bermula sejak kecil lg

    ReplyDelete
  2. Sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan aktiviti sebegini.. tak kira di mana. Adakah aktiviti sebegini wajar? Pasak bumi dimusnahkan.. ..kerosakan di mukabumi ini adalah disebabkan oleh tangan2 manusia itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. pendidikan bermula dari rumah...

    dunia anugerah tuhan... boleh diguna jangan di bazirkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular