SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - TERBAIK DARI PAPA HERO

Buat julung kalinya, Papa Hero telah menyambut Hari Raya sebagai seorang blogger...terasa hidup ini begitu berwarna-warni sekali...Terima kasih kepada peminat setia Kakimotong Fan Club di atas penghargaan yang tidak ternilai harganya bagi saya...Saya ingin memohon maaf di atas salah dan silap yang mungkin telah saya lakukan dan melukakan hati sesiapa tanpa saya sedari...Bersama-samalah kita menyambut suasana Hari Raya kali ini dengan penuh rasa syukur dan keinsafan...semoga Hari Raya tahun ini memberi makna yang berharga buat anda semua...Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana memberi sokongan padu kepada saya...ini semua adalah semata-mata untuk membela nasib haiwan-haiwan terbiar...Biarlah mereka dengan sikap mereka, yang penting kita perlu meneruskan perjuangan kita untuk memupuk semangat cintakan haiwan dikalangan anak-anak kita....Mudah-mudahan, kita berjaya....

Selamat Hari Raya dari Papa Hero sekeluarga....


Ucapan dari Si Kembar : "Along & Angah nak ucapkan Selamat Hari Raya pada awak cume..babai..."Auwa cenanatkan kamu.."


              Along                                              Angah                


Ucapan dari Hero : "Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat anda semua dan tq kerana sayangkan saya...I luv u all...Go Kakimotong....!!!"


Ucapan dari Pak Tam :"Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan taulan saya samada yang terjaga ataupun yang terbiar....kepada anda semua, Pak Tam nak ucapkan Selamat Hari Raya....Cik Marylin, nanti datangla rumah yer..boleh kita peluk2...hu hu hu"


Ucapan dari Baby : " Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang menjadi pembaca setia Kakimotong...nanti kalau balik dari kampung tolong bawakkan piskis untuk anak2 saya ni yer...Buat mak dan ayah di kampung, saya tak dapat balik beraya sebab terlalu ramai anak nak dinetekkan..."


Ucapan dari anak2 bulus : " Raya tu ape..? Duit Raya ada tak..? hu hu"

Shinosuke


Shizuka


Shinobi


Shinbei


Chibbie


Shin Chan


Shiro

Kami semua mengucapkan SELAMAT HARI RAYA....!!!

Dan Ingatan Tulus Ikhlas Buat Papa Hero.....


dari Baby....


p/s :


SELAMAT BERHARI RAYA
PAPA HERO SAYANGKAN KAMU SEMUA...


Comments

  1. sonok tgk gelagat si kembar dan anak-anak bulus Papa Hero :D

    selamat hari raya!
    smoga lebaran ini membawa seribu kebahagiaan kepada kita semua, insya'Allah...

    ReplyDelete
  2. waaaa complete album gambar anak2 bulu..

    selamat hari raya gak bro.. :)

    ReplyDelete
  3. papa hero
    cute sangat si kembar tue.
    anak bulus pon pelbagai ragam.
    suker tengok dan baca dialog tue.
    hehhe..

    selamat hari raya tuk papa n mama hero.
    serta kakak2 hero semua.
    semoga lebaran kali ini lebey meriah dari tahun sudah.
    lin doakan yang terbaik untuk family papa hero.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya buat seluruh ahli ahli keluarga papahero esp kat paktam catboyfren ku

    nanti sempat cik marie p rumah ye

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya untuk bro sekeluarga
    maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa tanpa sedar ker apa yer

    nak duit raya RM5...hehehe

    P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5

    ReplyDelete
  6. hari tu, satu petang habiskan masa tengok video budak kembar tu kt fb. adik sekali join. tergelak gelak kitaorg. selamat hari raya juga pada papa hero, mama hero & kembar...

    ReplyDelete
  7. Hehehe Allah selamat kan kamu juga along angah... Selamat hari raya untuk PapaHero sekeluarga dan begitu jugak comel2 PapaHero yang makin bertambah2.. yang last dua tu koleksi terbaru ke? Hehehe maaf zahir batin... =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular