AWAS!! ILMU PELARIS INDON DI KEDAI MAKAN

Pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di kedai-kedai makan atau di gerai-gerai makanan adalah pekerja yang rajin dan dedikasi terhadap majikan. Masakan mereka boleh tahan. Namun, jangan lupa ada yang mengamalkan sejenis petua yang bertujuan untuk membuatkan si pemakan selalu teringat untuk mengunjungi kedai tersebut. Insiden ini terjadi kepada kawan saya yang makan di salah sebuah gerai di seksyen 2, sebuah restoran makan di seksyen 11 dan sebuah restoran nasi briani di seksyen 7. Kunjungannya ke restoran itu untuk kali yang ke-4 barulah dia tersedar insiden itu apabila beliau mengambil lauk daging masak kicap pedas. Apabila beliau menceraikan daging dengan garfu, beliau ternampak ada utas-utas halus di atas daging (disangka urat daging beliau terus memakan, namun, apabila tiba-tiba teringat nasihat orang tuanya, beliau terus memeriksa dengan mengasingkan utas-utas yang lain itu ke tepi pinggan putih dan mendapati utas-utas itu sebenarnya rambut halus. Satu lagi insiden di sebuah restoran yang disebutkan di atas, beliau memesan meehun goreng. Sedap dia sedang memakan, tiba-tiba tertoleh benda hitam sebesar 1mm dan ada yang 2mm, bukan setakat dua, malah lebih dari itu...bila dia asingkan ke tepi pinggan, didapati benda hitam itu rupanya rambut. Hampir termuntah dibuatnya. Menurut daripada orang tua-tua yang tahu amalan ini, petuanya adalah mereka akan memanaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan beberapa utas rambut yang ditarik-tarik supaya halus dan terputus. Mungkin ianya dilakukan dengan niat atau tidak, wallahhualam. Rambut itu kemudian akan digoreng hingga mengerekot atau hilang rupa rambut. Namun, ada beberapa insiden yang mana beberapa utas rambut tidak digoreng dengan sempurna, hanya hujung-hujungnya yang mengerekot itu pecah, sebahagian yang lain tidak. Kononnya apabila orang termakan rambut itu tanpa sedar, mereka akan sentiasa teringat untuk datang menjamah lagi makanan di situ. Oleh itu, perhatikanlah ketika anda memakan.

Comments

  1. eee.... betul ke gitu. loya ye. tapi kan kat kedai mkn kebanyakan indon yg kerja. mcmmana nak buat tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular