Bestnya Jadi Umat Nabi Muhammad SAW

Umat Islam harus sedar betapa istimewanya menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan umat nabi terdahulu. Ada pelbagai keistimewaan yang diberikan namun masih ramai yang tidak mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mereka tahu akan keistimewaan yang Allah SWT kurniakan pasti mereka berebut-rebut ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW yg mana telah dijanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya:
1. Allah tidak halangi dia untuk mendapat rezeki
2. Allah tidak halang dia untuk sehat
3. Allah tidak memperlihatkan dosanya
4. Allah tidak menyiksanya di dunia.

1. Penerimaan taubatku di Mekah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat

2. Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun ia durhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya

4. Aku berbuat dosa di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga , Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Comments

Post a Comment

Entri Popular