Aku Amat Merindui Hero...hu hu hu


Sekalung budi dari saya kepada pihak Kelana Jaya Veterinary Clinic khususnya buat Dr Intan dan En. Hadzwan yang telah bertungkus lumus memberi yang terbaik buat kucing kurang upaya kepunyaan saya iaitu HERO....

Setibanya saya di klinik, saya 'disambut' oleh Sammy, salah seekor kucing peliharaan Dr Intan. lihatlah susuk tubuh seberat 8.7kg ini.....sihat sungguh....seumur hidup saya, belum pernah saya jumpa kucing sesihat ini....

AMARAN : Ada gambar / video yang terdapat di dalam entri ini agak memualkan. Pandai2lah yer...





Ini adalah di antara kucing-kucing jalanan yang telah dijadikan anak angkat Kelana Jaya Veterinary Clinic...beruntung sungguh mereka ni....mereka telah dikasi dan diberi vaksin...kredit untuk Kelana Jaya Veterinary Clinic...

Inilah keadaan luka Hero selepas dirawat....

Dari air muka Hero, dia seolah-olah amat merindui saya...nasib baik saya dapat kawal perasaan masa ni...segan plak dengan Dr Intan dan En Hadzwan...


Beginilah keadaan testis Hero Sebelum dirawat. Ianya telah menjadi bisul.
Lihatlah testis di sebelah kanannya...

Maaf, gambar di bawah ini agak memualkan....

Beginilah nanah yang keluar dari testis Hero apabila dipicit...menurut Dr Intan, nanah memang terlalu banyak...

Selang beberapa hari, nanah masih ada lagi....

Di bawah adalah video semasa saya di Kelana Jaya Veterinary Clinic tengahari tadi....

Testis Hero yang telah dikeluarkan oleh Dr Intan selepas proses pengasian. Testis yang kecil adalah saiz yang normal. Lihatlah betapa sengsaranya Hero..aduhai Hero, maafkan papa kerana lambat menghantarmu ke klinik....


Nampaknya, Hero dah biasa dan manja dengan En Hadzwan.Bau tu dah ada...


Penerangan lengkap oleh Dr Intan dari Kelana Jaya Veterinary Clinic..



Saya betul-betul rindukan Hero...inilah masanya saya nak bermesra kejap dengan dia....dia akan ditahan lagi seminggu...hu hu





Menurut Dr Intan, Hero akan dipantau sekurang-kurangnya 1 minggu lagi di kliniknya. Sekiranya lukanya masih belum kering, beliau terpaksa menjalankan ujian AIDS dan Leukimia ( Dr intan, tolong betulkan kalau ada kesilapan di sini )...Baru kini saya tahu yang kucing juga mempunyai jangkitan HIV...lain kali saya ceritakan dengan lebih lanjut sebab sekarang agak sibuk dengan kerja.

Keadaan Hero sekarang sudah sihat..selera makan baik, sistem perkumuhan berfungsi dengan normal. Cuma lukanya sahaja masih belum kering...

p/s :

1 ) Hero, papa dan mama akan sentiasa mendoakan Hero supaya cepat sembuh dan cepat pulang ke rumah..nanti saya update lagi...sekarang nak sambung kerja....boss dah jeling2 kat aku dah....menciii....!!!!

2 ) Mataku berkaca lagi sebaik sahaja keluar dari klinik tu...hu hu

Comments

  1. ehhh mcm tu jd luka dia.. ngeri lak tgk...

    hero kuatkan semangat!!

    ReplyDelete
  2. uiks? kucing pun leh kne HIV ke? wades~ kesian hero~ harap2 x r.... ape2 pun harap hero sehat sentiasa... amin~

    ReplyDelete
  3. hero, be strong ok
    papa hero pun be strong ok
    :)

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah semuanya telah selesai.. mudah2n hero recover dalam seminggu ini.. boleh balik rumah dgn senang hati.. Mudah2n juga hero jadi lebih sihat dan ceria daripada sebelumnya...

    ReplyDelete
  5. salam, hopefully hero cepat sembuh, bersabar dan berdoa lah sama-sama.. saja nak share, hari tu, kucing saya operate jugak, kat ekor, sampai kena tembuk 2 lubang untuk buang nanah, ekor dia bengkak sampai tak boleh bergerak, nak melangkah tinggi dada kucing tu pun tak boleh, so after operate buang nanah yg banyaknya, mcm hero tu jugak, vet bagi saya satu ubat spray yg base dia daripada herba, cepat baik luka operate kucing saya,mcm saiz spray ridsect tu, kalau sembur, kaler dia mcm ubat luka yg purple tu, tapi totally save kalau kucing jilat. nanti balik rumah saya cek brand apa.. boleh kut awak tanya pada doc tu samada leh apply kat luka hero. 2 3 hari pakai dah kering.

    ReplyDelete
  6. huhu kecian nyer kt HERO..
    moge die cpt sembuh..
    amin..

    ReplyDelete
  7. 1. hero nampak kurus

    2. sedih gak baca

    ReplyDelete
  8. harap hero cepat sembuh! kembali bertenaga!

    nanged u. I hate the new innit! WHY? read and nang this

    ReplyDelete
  9. alahaii hero....sedihnya tgk keadaan dia, camana la dia menahan sakit tu kan. Hero mmg kuat!

    smogo Hero cepat sembuh dan sntiasa sihat hendaknya, amin...

    ReplyDelete
  10. papa n mama hero kuatkan semnagat yerk.
    lin memang tak kuat semangat.
    lepas lihat entri terus nangis.
    hero telah dikasi..alhamdulillah.
    hope...dia tidak terlalu gemok risau jugak bila dia mahu berjalan nantie.
    hero ALLAH sentiasa bersama kamu....permudahkan kehidupan kamu...dan permudahkan penjagaan ke atas kamu.
    kami disinie sentiasa doakan yang terbaik untuk papa n mama sekeluarga.
    amin

    ReplyDelete
  11. mak aih
    nanah yang sikit pun den dah rasa sakit nya kalau kena inikan nanah banyak tu
    kesian Hero
    nasib dah elok dah
    fuh!

    P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

    ReplyDelete
  12. Hope all will be well for Hero.
    You know, some of our human food can give cats blood problems like anaemia, etc.

    ReplyDelete
  13. Salam, insyaallah, hero tak apa2 tu. Dia memang kuat. Agak tEruk jugak luka dia ye. Ingatkan sikit je. Kita semua doakan dia cepat sembuh dan cepat buleh balik ye, amin...

    ReplyDelete
  14. Sedeynyer tengok keadaan Hero..:-(
    Rasa lega sket sebab Hero dah selera makan.
    Cepat sembuh ye Hero..:-)

    ReplyDelete
  15. Kesiannye tgk Hero. Tapi dia tetap manja ngan Papa die. Bagus Dr Intan ni. Saya suka dengar penerangan dia. Jelas sekali.

    P/s: Rusty saya dulu meninggal sebab AIDS. Mintak2 Hero tak kene. Amin

    :(

    ReplyDelete
  16. turut simpati. moga hero segera sembuh!

    ReplyDelete
  17. tak boleh tengok hero, mesti rasa sebak. hehe.

    suka cara dr. intan ni, lembut je. barulah sesuai jadi vet. ada ciri ciri sayangkan haiwan. bukan macam sesetegah vet yg mencari keuntungan semata mata.

    hoh, kalau bebel bab vet ni memang takkan habis.

    apa2 pun, hero jga diri baik baik ye sayang. kami semua tunggu hero sihat.

    papahero - sila datang melaka! haha.

    ReplyDelete
  18. ha..pagi ni baru dp buka blog PH.

    Sedih tengok keadaan hero, 1st time tgk cara kucing dikasi.
    doakan luka dia cepat sembuh, then boleh cepat balik umah main ngn paktam,baby & anak2 bulus.

    ReplyDelete
  19. moga hero cepat..sembuh..kucing bleh kena HIV..hm camner tue harap ada infor pas nie///

    ReplyDelete
  20. emmm sy pn nak tanye...
    ari tu ade terbace 1 article nie,,
    dlm article tu kate kucing antra y bnyk dijangkiti HIV..
    n sbnrnye bnyk terjadi di sekeliling kita cuma kita x prasan sbb kucing2 tersebut telah immune kpd HIV..btul ke? hehe~




    HIV pada kucing dikenali sebagai FIV = feline immunodeficiancy viral infection.....ia tidak berkjangkit pada manusia tetapi pada spesis kucing sahaja....

    article saya dapat dari blog i.luv islam..antara ruangan soal jawab..dgn vet

    ReplyDelete
  21. Eh comel gilaaakkkk kucing2 bulu hebathebat tuu!! Comel sumpah tak tipu!!

    Aih.


    And bro, gua da leleh da ni tengok gambar2 hero :((
    Kesian dia. Lama plak aku tak singgah. Lepas ni aku nak away da. CONFIRM RINDU LAGI KAT BLOG NI :((


    Bila HERO Boleh balik? Muka dia macam sayu je masa kau datang tu. Sobs *



    Kalau aku, depan doctor ke ape, memang leleh terus la mata aku. Pasal binatang memang aku tak dapat nak tahan la. Terus je. Heeem.




    Aku doa kan HERO cepat sembuh and dapat kembali ke pangkuan papa and mama dia ;) ♥♥

    ReplyDelete
  22. smoge kamu cpat smbuh hero....=')

    ReplyDelete
  23. salam ziarah dr ayhnyah n wnnyah.moga hero cpat smbuh.

    ReplyDelete
  24. salam,

    nama ubat spray herba tu Magtox - Veterinary Herbal Spray, cuba tanya pada Dr. Intan, sure dia tahu.

    ReplyDelete
  25. alahai.. sian hero. hope luka tu cepat kering n dapat la hero cergas seperti dulu2.

    klu kena hiv cmna la pulak nti? adeh.. riso lak tggu result test tu..

    ReplyDelete
  26. lama gak ku lepak sini... seb baik ade klinik haiwan kan?

    ReplyDelete
  27. Salam PH.
    Boleh sy tau lokasi sebenar Kelana Jaya Vet. Clinic ni?

    Harap dpt emel sy utk lokasinya. (tuahhanani@yahoo.com)

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Dzulkifley Mohd. SaidNovember 28, 2011 at 1:16 AM

    2) "Mataku berkaca lagi sebaik sahaja keluar dari klinik tu...hu hu" Nangis lagi nampaknya PH nie.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular