Pemburuan Haram Harimau Sumatera dan Kisah Anak2 Bulus Aku..


Alhamdulillah, dapat juga saya update entri mengenai pemburuan haram binatang liar. Tapi kali ni, saya nak berkongsi tentang artikel dan buku yang telah saya jumpa di kelinik veterinar UPM ketika menghantar Pak Tam ke sana tempoh hari...info ni saya rasa elok didedahkan, daripada terperap di dalam klinik tu...

Kulit muka buku ini tidaklah sehebat dan secantik buku2 lain...tapi tajuknya agak menarik perhatian saya iaitu :

'NOWHERE TO HIDE' : THE TRADE IN OF SUMATRAN TIGER
Laporan disediakan oleh : Chris R. Shepherd & Nolan Magnus...

Yang amat menarik perhatian saya ialah ayat TRADE IN SUMATRAN TIGER tu...bagaimana harimau ni boleh di trade in? Lantas saya mengambil buku ini yang terselit jauh ke bawah majalah2 hiburan dan artis2...Sedih saya, mesti tak ada orang yang usik buku ni..warnanya agak pudar sebab diterbitkan pada tahun sekitar awal 80an, tetapi bau dan kualiti kertasnya seolah2 masih baru...penat jer mat saleh ni buat laporan. Tapi, mungkin juga buku ini dijadikan bahan rujukan student2 UPM ni..anda semua boleh lihat sendiri betapa cantiknya buku ni walau pun dah 30 tahun diterbitkan. Cuma warnanya agak pudar sedikit.

Bermula dengan iklan ini, sesiapa yang boleh membekalkan organ2 ataupun bahagian2 haiwan hutan, boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah untuk ditukarkan dengan wang. Iklan ini berleluasa di sekitar Sumatera ketika waktu itu...orang yang membuat iklan ini seharusnya dicampakkan ke laut. Taktik mereka kononnya untuk membuat penyelidikan dan memelihara haiwan. Saya taip balik apa yang dia tulis..:


DICARI
Binatang-binatang langka / hasil peliharaan untuk dikembangbiakkan di Taman Hewan Permatang Siantar, guna pelestarian haiwan jenis langka demi kepentingan pendidikan konsevasi dan hiburan anak-anak kita seperti :
1 ) Kancil, kambing hutan, tapir, binturong
2 ) Macam2 dahan dan Harimau Sumatera juga jenis hewan aneh lainnya baik hidup ataupun mati.
Hubungi telp : bla bla bla…

Pelik...!! kambing hutan, haiwan2 aneh dan harimau nak buat hiburan untuk anak-anak..? Nak menipu pun tak pandai...


Iklan ini sememangnya ditunggu oleh masyarakat setempat untuk mendapatkan wang..gambar kabel besi di bawah adalah alat yang digunakan untuk memutuskan pergelangan kaki harimau semata-mata untuk mendapatkan kukunya.

Kabel ini diikat di dalam lubang jerat . Sebaik sahaja harimau yang menjejakkan kakinya ke jerat ini, kabel ini akan menjerut kaki harimau tersebut dan pergelangan kakinya akan terputus apabila harimau itu meronta.

Tele, salah seekor harimau yang telah menjadi mangsa. Nasib baik sempat diselamatkan oleh renjer. Pergelangan kaki depan sebelah kirinya telah putus.

Kerana iklan itu juga, banyak harimau yang ditembak mati oleh penduduk setempat. Disyaki mereka menggunakan senjata buatan sendiri. Kepala anak harimau ini telah ditemui di sebuah stor dan mungkin akan dijadikan makanan eksotik. Tetapi, tiada tangkapan dibuat. Mungkin laporan tangkapannya ada tertulis tapi saya tak jumpa.

Klik untuk baca...saya pasti laporan yang dibuat oleh penulis buku ini adalah berdasarkan kajian, pengalaman dan fakta-fakta angka yang dicari mereka sendiri. Semuanya berdasarkan bukti yang kukuh. Setiap hujah mereka disertakan dengan bukti, statistik dan gambar. Malangnya, tak ramai orang seperti mereka.

Harimau malang ini disiat kulitnya untuk tujuan komersil.


Kesimpulannya, kehidupan haiwan semakin hari semakin terancam dek kerana ketamakkan manusia. Manusia pula semakin hari semakin kejam. Dengan manusia sendiri pun kejam, apatah lagi dengan haiwan. Undang-undang Tuhan pun manusia langgar, inikan pula undang-undang yang manusia buat sendiri. Pemerintah pula semakin hari semakin gilakan kuasa tanpa memikirkan dan fokus apa perkara utama yang patut dilakukan. Politik juga adalah salah satu penyumbang kepada ancaman hidupan liar. Bukit bukau dibotakkan, pasir- pasir yang dicuri memerlukan jalan yang besar untuk lori keluar dan masuk, dan berapa banyak pokok ditebang semata-mata untuk membuat jalan masuk lori...siapakah yang memberi kelulusan atas bencana semua ini? Di mana ular nak tinggal? Nak pergi ke kawasan rumah manusia kena bunuh plak nanti...kat mana monyet2 kat hutan tu nak pergi?

Apa tujuannya dan peranan persatuan2 yang cintakan haiwan ini? Iklan untuk sumbangan orang awam dah mula diwar-warkan di sana sini...ada yang menggunakan papan2 tanda digital dan elektronik di Bangsar yang kosnya saya rasa mencecah 5 angka. Tapi apa aktivitinya langsung tak didedahkan kepada media cetak..kebanyakkannya hanya melalui internet...makcik-makcik dan pakcik-pakcik tu tau ke apa itu SPCA ( nama SPCA digunakan sebagai contoh sahaja ) Tau ke kat mana rumah persatuan kucing? Jiran saya kiri kanan pun tak tahu apa itu SPCA..ini maknanya semuanya seperti melepaskan batuk di tepi tangga...haiwan2 yang tinggal di tempat penempatan haiwan liar akan dibunuh juga satu hari nanti atas alasan tak mampu tanggung kos. Tapi, berpuluh2 iklan yang diletakkan di tepi jalan berapa plak kosnya?? Balik modal ke kalau iklan tu cuma mintak derma seorang RM1 ( kalau tak silap )...yang saya nampak cuma logo penajanya yang besar...untuk apa semua tu?? Nak tunjuk haiwan ke nak show off dan bodek penaja? Sementara mereka sibuk mencari2 kontrak dan sub-kontraktor pemasangan iklan, anjing2 yang kat Bilik Akhir tu hanya menanti masa untuk dibunuh dan dibakar. Alasannya tak ada orang nak bela dan pihak pengurusan tak mampu tanggung kos makanan dan perubatan mereka...Tapi iklan yang kosnya beribu riban dipersembahkan kepada orang awam dengan bangganya....

Terus terang saya nak cakap, saya tak hairan dengan iklan2 seperti itu...ada baiknya digunakan wang tersebut untuk membiayai haiwan2 terbiar ni...tak payah promosi 'pusat amal' anda tu macam iklan kereta BMW...masuk surat khabar seminggu sekali pun dah cukup...sebab dia target sumbangan tu satu orang RM1...kalau diiklankan di suratkhabar, orang yang membacanya silap2 boleh hafal setiap patah perkataan yang ada dalam iklan tu. Kos iklan di surat khabar saya tak pasti, tapi ianya boleh mengelakkan persepsi negatif orang awam daripada membazir ke iklan yang lebih 'grand'...

Hmmm, PI MAI, PI MAI TANG TU GAK....balik asal...Malaysia Buleh Ajer...


nota : pendapat di atas adalah pandangan peribadi saya sahaja. Kalau ada sesiapa yang dari persatuan2 kucing membaca entri ini, anda dialu-alukan memberi komen untuk manfaat kita bersama ( sebagai animal lover ). Saya cuma akan approved komen yang ada tinggalkan link si penulis.



KISAH ANAK-ANAK HARIMAU DI RUMAH SAYA PULAK...

Baiklah, lupakan sebentar tentang cerita di atas. Buat julung kalinya, saya menyiarkan gambar-gambar anak bulus saya. Ibu mereka, Si Baby telah melahirkan 4 ekor anak 3 hari selepas harijadi saya iaitu pada 28.06.10. Kesemuanya kucing Siam. Kiranya, hadiah harijadi saya la ni..

Nama mereka aku belum idea lagi...anda semua ada idea tak?

Aku tak boleh pilih yang mana satu paling comel sebab semuanya comel-comel belaka...kenapalah perempuan Jepun tu tergamak pijak anak kucing tu yer...?? Sungguh tak berakal.

Alahai,, nak gugur jantung papa ni tengok kau ni...

Di sebalik bakul...tapi aku hairan, kenapa telinga mereka semuanya pendek belaka?

Si Baby ni pula selalu pindah2kan anak2 dia ni...pening aku...bukan apa, takut terpijak pulak nanti...

Anak bulus yang ni paling gelap..aku rasa yang ni paling nakal...babab dia nanti...

Lepas menyusu, apa lagi...lentok la kejap....

Ni lah rupa bapa kepada anak2 si bulus ni...



Kucing-kucing ni pula adalah kucing terbiar di kawasan tapak binaan tempat aku kerja ni..tempat tinggalnya kotor dan berhabuk, anak2nya pula kesemuanya sakit mata...

Ingin saya bawanya balik, tapi berdasarkan pengalaman yang lepas 5 ekor saya bawa balik, 4 ekor daripadanya mati akibat virus dan cirit-birit. Jadi, aku hanya bawa piskis dari rumah jer....

Mereka tak tahu yang mereka sebenarnya berhak tinggal di tempat yang bersih, lebih2 lagi di rumah manusia...kepada mereka yang nak membuang kucing, dinasihatkan supaya kasikan kucing anda tu terlebih dahulu sebelum dilepaskan...

Sayang kat diorang ni....kalaulah aku kaya raya.....

Comments

  1. setahu angah bukan harimau kan?? kucing kan?? alamakkkkkkk!!!!! kwang..kwang..kwang....

    ReplyDelete
  2. Comelnyer kucing2 awak tu....nak satu boleh?
    memang sedih tengok haiwan2 yang terbiar nih.. lagi2 yang dipukul, ditendang...didera(leh la jd kes dera haiwan)...huhuk..T_T...kecian..tp kdg2 xleh nk watpe..

    eh...birthday kte same laa...

    jmpt singgah kat blog sy jugak..

    http://chocolateddys.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. suka betoi laki baby kt kasut 2...
    haha...
    hero nengokkan je dia..seb bek x gduh..

    ReplyDelete
  4. alolo..comelnya baby bulus tue..
    eiiiii geramla.....
    gomok-gomok..bolat-bolat semuanya.
    huhuhuh

    ReplyDelete
  5. gomoknya anak baby...
    belum ada nama ye..brp ekor jantan/betina tu?
    kalau jantan letak nama tuah,jebat,kasturi.
    kalau betina letak nama teja,anum,mawar..

    hahaha...

    ReplyDelete
  6. sy pon pernah tahu kisah harimau sumatera nih, kat animal planet kalau x silap.. keadaan ini byk berlaku pd zaman dahulu kala, pembunuhan haiwan dilakukan secara besar-besaran, harimau, gajah, cipanzi dan byk lg haiwan2 lain, sgt menyedihkan :(

    terhibur sket bila dpt berita tentang baby2 meow yg demok2 tuh, kompem cumil bila besar nnti

    baby meow tinge dia mmg camtuh, ti dah beso sket baru la tinge dier mmbesar same ;)

    ReplyDelete
  7. baby pandai carik laki. baka dia sumer lulus.

    pasal harimau nie..ade dapat mag. kawan terbaru. mmg pihak WWF n yang lain berkenaan tengah giat pantau harimau2 nie esp harimau malaya..tp bukan dari spesis yg takkan pupus..hariharimau

    ReplyDelete
  8. haa... aq nak bagi nama bleh? hehe

    1. cik mon (betina) / montel (jantan)
    2. chemong (same je jantan ke betina)
    3. franky (untuk yang kaler oren ke coklet tuh, rabun warna jap. aq rase mcm jantan jeh~ hehe
    4. Cici (aq rase mcm nak bagi name isteri Son Goku je... hehe

    ReplyDelete
  9. The kittens are very cute. They are very young; their eyes and ears are not fully developed yet.

    It would be advisable to send a stray cat to the vet for full checkup, vaccination, deworm, deflea before taking it home as a pet.
    That little stray cat in the last photo may have digestive problems.

    ReplyDelete
  10. chomel kucing2..tu, tgrmak pompuan jpun, tu..jahat..rindunya nk dpt anak kucing, kcing2 saya sume dh bsar2...kdg2 ckp kat die...boleh tak ko jadi kecik balik..nk tgk ko chomel2 dlu..huhuhu

    fatinmmj

    ReplyDelete
  11. Alololo... comel giler la baby bulus ni. very the gebusss.. I like.

    Kitten yang kat stray tu pun cute. Ingat deejay kecik2 dulu camtu la. jumpa dia besar2 tu jgk. telinganye besar, comel...

    ReplyDelete
  12. manjanye daddy dia... berguling2 ngan kasut. nape tak guling2 ngan mami die je... hehehe

    ReplyDelete
  13. kucing nya lucu..
    bagi dong.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular