KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Melawat Wajah Kesayangan Hamba Di Kelana Jaya Veterinary Clinic

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Friday, July 30, 2010

Melawat Wajah Kesayangan Hamba Di Kelana Jaya Veterinary Clinic

Posted by Papa Hero | Friday, July 30, 2010 | Category: , , , , |

Semalam saya telah mengunjungi semula Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk melawat Hero....

Alhamdulillah, kesihatan Hero menunjukkan peningkatan yang positif. Ini semua adalah hasil usaha yang tidak berbelah bagi dari En Hadzwan dan Dr Intan. Luka testisnya telah kering. lagi satu atau dua hari Hero sudah boleh pulang ke rumah...tak sabar rasanya nak tunggu saat tu.


Menurut Dr Intan, Hero tak suka makan wet food. Dia lebih suka makan makanan jenis biskut. Saya jelaskan pada beliau, dulu Hero memang amat sukakan makanan basah. Tapi, semenjak saya meletakkan ubat pil di dalam makanan basah tersebut ketika dia sakit, Hero agak kurang senang. Mungkin disebabkan makanan basah tersebut telah menjadi pahit akibat penyerapan daripada pil-pil tersebut. Dia fobia agaknya...Owhh,,,Hero dah pandai memilih yer....babab nanti...


Video di bawah ini menunjukkan kucing-kucing jalananyang telah dijadikan anak angkat oleh KJVC....bertuahnya mereka...En. Hadzwan sendiri ada memelihara 5 ekor kucing di rumah...mesti cantik kucing-kucing dia kan??


Kucing-kucing ini telah dikasi ( neutered ) dan telah diberi vaksin... lihatlah keletah mereka tu....saya yakin kesihatan kucing-kucing ini adalah di tahap yang terbaik.


Ini pula adalah video terbaru anak-anak kucing saya....




p/s :
1 ) Tak sabarnya nak tunggu Hero pulang...
2 ) Ada orang telah melawat Hero di KJVC. Baiknya hati Cik Yusnita...terima kasih yer...
3 ) Sekalung penghargaan dari Kakimotong Fan Club untuk Kelana Jaya Veterinary Clinic

Comments
10 Comments

Currently have 10 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. hewro nampaknya sangat sihat!
    bergenang air mata ni tgk die nak lentok kan kepala sebelum papanya pegang2 kepala die..

  2. yeaahhh...hero namo mkn wet food ey....sbb dy takut t'tipu lg...tipah t'tipu t'tipu tipu t'tipah.....pndai hero yeh.....

  3. kalau tanya angah minat kucing ke tidak ?? angah jawab angah suka tengok kucing cute miut tapi angah tak minat bela kucing sebab angah takut kena cakar.......

  4. smoga hero cept smbuh...
    msti pak tam pown dh rndu ngan hero kn...huhu

  5. kalau aku ni tak buta jln
    dh lma aku pi melawat hero
    hukhukhuk

  6. fuh
    hero dah cerewet dah
    haaha
    tapi alhamdulillah lah dia dah sihat

    P/S : Buku Yang Saya Paling Suka Baca Adalah Buku Teks!

  7. yeyeh.
    hero sudah boleh pulang.
    yipeeee.

  8. hehe pak tam jangan nakal2 lagi~ hehe... cian kat hero ni ha.. hehe

  9. cepat bro update entry baru

    P/S : Mari Makan Buah Tomato!

  10. Hero dah semakin sihat yer...alhamdulillah

    mesti papa dah rindu giler ngan Hero tu ;)


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails