KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Wajah Kesayangan Hamba Yang Sedang Sakit dan Perkembangan Terkini Pak Tam Serta Anak2 Bulus...

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Saturday, July 17, 2010

Wajah Kesayangan Hamba Yang Sedang Sakit dan Perkembangan Terkini Pak Tam Serta Anak2 Bulus...

Posted by Papa Hero | Saturday, July 17, 2010 | Category: |

Pada 15 Julai 2010, selepas pulang dari bekerja, kami sekeluarga terkejut melihat Hero terbaring di lantai dengan keadaan badannya menggigil dan bulunya meremang. Kelihatan juga dengan jelas bulu-bulunya gugur sehingga menampakkan bahagian kulit terutamanya di bahagian kedua belah telinganya. Gambar di bawah kelihatan wife saya mengusap-usap Hero..Hero langsung tak boleh bangun.

Lebih mengejutkan lagi, kami menjumpai ada kesan muntah berwarna hijau dan disertai dengan sedikit darah. Saya mengesyaki Hero keracunan. Kami agak panik pada masa ni...Lebih malang lagi, tiada vet yang buka pada tengah malam di kawasan rumah kami...dan kami tidak akan sekali2 pergi ke vet yang cekik darah tu...minta maaf kalau2 ada yang mempertikaikan keputusan kami pada malam tu...faham2 je lah yer kenapa kami buat keputusan macam tu..kalau kami ni orang berada, cekik darah macamana pun kami tak kisah....inilah salah satu risiko membela haiwan...kos perubatannya memang tak dinafikan agak mahal dari klinik manusia...pada ketika ini, saya tak mahu pandai2 bagi Hero apa2, takut nanti lain pula jadinya..

Pada keesokkan harinya, Hero masih bertahan lagi... kami bercadang untuk membawanya berjumpa dengan Dr Intan. Keadaan Hero pada pagi 16 Julai masih sama. Bulunya meremang dan badannya menggigil. Suhu badannya panas sehingga boleh dirasa dengan tapak tangan.

Muka bercalar akibat kesan dicakar Pak Tam ketika bergurau..tapi, Hero tak kisah pun...masa Pak Tam sakit, dia selalu menjenguk Pet Carrier untuk mengajaknya bermain. Disangkakannya Pak Tam di dalam carrier tersebut walhal Pak Tam dah dimasukkan ke wad veterinar UPM.

Keadaannya asyik baring jer...

Sementara bersiap-siap untuk ke klinik, Pak Tam sedang menjalankan tugasnya...'mengganggu' kami dengan mengejar dan mencakar2 kaki. Sambil2 tu, dia nak bergurau dengan anak bulus 4 ekor tu...

Cerita dan videonya ada di perenggan bawah...

Hero sempat lagi memanjat katil, nak baring kat tilam...

Beginilah keadaan Hero ketika sampai di klinik Dr Intan di Kelana Jaya...keras macam patung...
Ketika membawa Hero ke klinik, saya disapa oleh 2 orang perempuan..dia bertanya kepada saya samada ni kucing parsi ke? Saya jawab taklah, kucing biasa jer...saya tak bagi tahu yang nama dia Hero dan kudung...

Selepas melihat Hero dalam pet carrier, dia terkejut dan bertanya kepada saya ; ni bukan Hero ke? Yang femes dalam Facebook tu..? Abang ni ke yang tuan punya Hero tu? Blog Kakimotong kan?? Alahai, tak sangka plak yang dia cam aku...he he he ...terima kasih kepada Cik Ida dan Cik Kartini kerana selalu mengikuti blog saya dan kisah Hero...mereka adalah agen penjual Celcom Broadband...jersi Itali lagi tu...he he he ..kebetulan pula, ada pelanggan telah mengunjungi outlet mereka...jadi, Cik Kartini tak sempat bergambar...

Semasa diperiksa Dr Intan, suhu badan Hero mencecah 40darjah celcius. Kalau nak diikutkan, kucing boleh terkena sawan pada suhu ini...nampaknya, Hero ni memang betul-betul kuat...badannya masih boleh tahan sawan lagi...Dr Intan mengesyaki bahawa demam Hero adalah disebabkan oleh testikalnya yang bengkak dan membawa ke demam yang kuat..sebab itulah Hero muntah kerana kepanasan yang melampau...kelenjar kencingnya juga bengkak...alahai....kesian kat Hero...Hero memang tabah...jadi, kesimpulannya demam Hero ini mungkin bukan disebabkan keracunan.
Hero diberi suntikan untuk turunkan suhu badannya...selepas Hero dibawa semula ke kereta, dia sudah agak pulih sedikit...sudah banyak bergerak...saya lepaskan dia jer ke dalam kereta..

Matanya dah bersinar kembali...

Dr Intan juga memberi 3 jenis pil iaitu untuk demam, antibiotik dan untuk mengurangkan bengkaknya pada testikalnya.....tempoh permerhatian adalah selama 5 hari..apabila bengkaknya telah susut dan tak demam lagi, proses selanjutnya ialah membelah bahagian testikal Hero yang bengkak tu untuk membuang nanah..proses ini dipanggil 'Flushing'. Alahai, teruk gak dugaan yang saya dan Hero alami ni...runsing kepala dibuatnya...mula-mula Si Kembar demam, lepas tu wife demam, lepas tu Pak Tam plak sakit...kali ni giliran Hero pula...maklumlah, rumah jauh...bimbang juga kalau-kalau membabitkan waktu kerja sebab saya dah banyak kali cuti dan keluar dari ofis...runsing juga dibuatnya...sehingga terpaksa bawa Pak Tam ke tempat kerja...adesss...
Inilah rupa testis Hero yang membengkak...

Tiba waktu untuk makan ubat...lepas ni, giliran Pak Tam pulak...ubatnya perlu dihabiskan...luka Pak Tam yang ditebuk tempoh hari dah beransur pulih tapi saya tak mahu buka corong tu lagi..saya nak tunggu sehingga benar-benar sembuh.

Ubat pil saya kerat kecil-kecil dan letakkan dalam wet food...

**********************************************************************

Di bawah adalah rakaman video mengenai Hero yang sakit pada 16 Julai 2010




























**********************************************************************

Rakaman video di bawah ni adalah perkembangan terbaru Pak Tam









**********************************************************************

Pada masa ni, saya memang hangin betul dengan Pak Tam...Dia sajer nak tayang corong lampu dia tu kat orang...orang tengah bersiap-siap pakai baju, dia plak buat hal...dah satu kerja saya nak panjat bumbung plak... sayup jer nampak kepala dia...



Bila dipanggil-panggil tak mahu datang...bila saya nak capai kaki dia, dia lari plak...mencii...


Tapi bila saya dah dapat...ha ha ha .....Pak Tam dah tak boleh lari dah...tapi jangan risau...saya grab dia perlahan-lahan...takut menyakitkan dia plak... hampir 15 minit masa aku terbuang...bertuah betul Pak Tam ni...

Dia nak juga pergi ke bumbung tu....nakal betul....

Lepas saya babab buntut dia, baru dia menyesal...

Saya ada link komuniti yang baru iaitu kakimotong.ning.com ...anda amat dialu-alukan untuk menjadi ahli group ini dan upload gambar / video haiwan kesayangan anda...

Comments
29 Comments

Currently have 29 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Sabar je la, lepas satu2. Alahai, ciannye Hero. besar bengkak dia. Nasib baik dia kuat. Caiyuk caiyuk Hero. Sayang Hero
    Pak Tam pun kemain lagi. Kan dah kene babab. Nakal ni, cuba dok diam2. kesian kat Papa kamu tu. Sabar je la PapaHero nye..

    Kitten tu gile kiut. geram je bila tengok. macam nak penyet-penyet manje je... huhuhu

  2. nangis lagik...
    Hero semoga cepat sembuh..cian papa kamu. jgn papa lak demam lepas nie sudah. AMIN

    paktam..
    suka kitten eh..mesti nak buat teman bermain *bully*
    kamu pun paktam AKA uncle tam, nak kluar tu tunggu le lampu padam,xpasal2 papa kamu kne panjat semata2 nak amek kamu balik.

    *mak budak2 tu trust paktam..bagus nya..sayang satu keluarga*

  3. suke tengok pak tam & anak bulus part 3..chomel..tangan pak tam tu...huhuhu.. semoga hero cepat sembuh ... sye pon ade kucen gak tapi lau saket xde pon nak bawak p klinik jumpe doc haiwan..nnt kucen2 tu sembuh sendiri..

  4. testis bengkak ah???
    semoga cepat sembuh....~

  5. nasib hero dah sembuh balik

  6. cian nye hero!!!!
    cabam saya demam aritu pon cecah 40!
    39.6, tinggi kan!
    kene 2 suntikan, n dapat antibiotitk..
    tapi sy xpenah dapat pil selama saya g vet..
    sume ubat minum,senang..

  7. semoga paktam dan hero cepat sem*uh!

  8. besar bengkak hero tu ada nanah lg patut la dia demam kuat, smoga hero cepat sihat pastu boleh dikeluarkan nanah tu yer amin...

    pak tam saje je dengki papa dia tu, nakal yer pak tam hehe

    smoga papa hero sentiasa tabah menghadapi dugaan dan ujian, dan semoga papa hero sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t amin...

  9. Awwww Hero looks lovely - is he ok? thanks for these brilliant clips of him! And who is the gorgeous black kitty? He's adorable!

    Take care
    x

  10. aduhh..sedihnye dgr hero demam :(
    kalau tau hero dtg kj vet..boleh g tgk die smlm
    ofis dekat sgt ngan kj vet ni
    ape2pun semoga hero cepat sembuh ye

  11. Dugaan tu, cmtulah kt umah ni. Banyak pulak tu, pas satu, satulg sakit. Sabau2 je la...doakan hero n pak tm cepat2 sembuh. X lupa semua disana sihat selalu amin...

  12. Salam... begitulah dugaannya...

    * umie juga diuji... tertinggal bag yg ada laptop, dokumen penting dan ole2 etc - hilang. Sampai KLIA, bagasi pulak tertinggal kat Jordan! dugaan...

    Semoga Hero dan Pak Tam cepat sembuh...

    * kat Bandar Baru Bangi ada klinik yang agak murah bayarannya... lebih dekat dengan tempat HERO tinggal.

  13. alahai.. si hero lak yg sakit.. hope cept sembuh si hero tu nti.. bersilih ganti lak dugaan yg datang.. sabar je yang dapat lawan semua tu..

    cmna la pak tam tu leh naik bumbung, muat lak bawak corong menyelit kat jeriji tu.. huhu..

    semoga semuanya akan kembali baik2 saja.. =)

  14. sye ade kucing dlu...die skit mcm hero gak...tp my dad bg opinion,iaitu bg air kelapa untuk diminum oleh kucing yg skit 2.alhamdulilah,3 hri kendian,skitnya bransur pulih.Papa hero bleh lar cbe ikhtiar nie.

  15. alaaa...siannye hero...naseb dah maken ok lps jumpe dr intan tu...hero...kuatkan semangat ek..

    yg si pak tam tu...amboi...kemain die..kan dah kene babab...hehehe...

  16. den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

    p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

  17. waahhh.... jadi hero mcmne? harap2 hero sehat sentiasa...

  18. cian hero...i.Allah hero sihat cepat, amin..

  19. kelako betul paktam ni. nak jugak tayang corong lampu dia tu kt org hehehe
    hero mmg tabah dan a very brave cat. semoga hero cepat sembuh

  20. salam,

    u r so such a good owner..
    may God bless u, family and the cats...
    amin..

  21. ada ada je lah perangai si pak tam ni. comel betul! :D

    eh, anak anak bulus tu comel lah. kelabu dgn oren oren gitu. geram tgk anak anak bulus tu tergolek golek dlm raga tu.

  22. siannye hero..haha..leh plak org tuh tau yer..
    sy tau pn mak sy btau..pstuh tjumpe..hehe

    hahaha..pk tam2...nakall.haha

  23. malu hero kene pegang dia pune buah..haha

  24. xsanggup tgk Hero sakit..kalu ngdap eoww sakit nh mau kiter yg nangis di buatnyer...
    CAIYOOK hero :)dolu der eoww cam Hero tp nmer dier combi..comel sgt dier cam kanggaru,cerdikplak tuh tp umo xlmer mmm miszz her so much..

  25. PH..saya nak tulis cite HERO ni kat blog saya yeee..saya da tktau bape kali nangis bace ni...tapi saya memang sedih sgt2 klo tk binatang kena seksa..lagi2 kucng....

  26. besar bengkak hero tu ada nanah lg patut la dia demam kuat, smoga hero cepat sihat pastu boleh dikeluarkan nanah tu yer amin...

    pak tam saje je dengki papa dia tu, nakal yer pak tam hehe

    smoga papa hero sentiasa tabah menghadapi dugaan dan ujian, dan semoga papa hero sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t amin...

  27. Setuju bila PH kata vet2 yg ada di pasaran nun kebanyakannya hanya mementingkan KEUNTUNGAN semata2. Nilai ehsan terhadap haiwan tidak ada/ terlalu kurang. Wehhhh, mcm manalah diorg leh jadi doktor haiwan yg tidak penyayang langsung pada haiwan? Sangat IRONIK! =p

  28. saya merasa sgt tersentuh bila tgk Hero menggigil...tapi mampu bertahan. firasat saya mungkin Hero tahu PH akan membantunya nnt, komunikasi yg pelik tetapi kita jarang perasan.terus terang saya tak pernah hantar kemana2 vet2 yg wujud di Malaysia (org kampung) kucing2 kami ada cara tersendiri mengubati diri mereka sekiranya jatuh sakit, pernah terlihat mereka memakan sejenis rumput halus (mcm daun bawang), berberapa hari kemudian dah boleh panjat pokok.

  29. sedih mendengar dan membaca betapa susahnya pkcik berjuang menyelamatkan kucing nh.. syabas pkcik..semoga ALLAH memberkati kerja pkcik n makcik yg memelihara haiwan


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails