Pak Tam Dah Masuk Wad Veterinar UPM
Sehari sebelum aku ke Veterinar UPM, aku telah rujuk kes Pak Tam di Kelana Jaya Veterinar Clinic di mana saya telah bertemu dengan Dr Intan dan Dr Hadzwan. Dr Intan telah memberi penerangan yang terperinci tentang kemungkinan yang berlaku terhadap Pak Tam..dan yang lebih menarik lagi, saya tidak dikenakan sebarang cas mahupun RM90 macam yang dicas oleh vet yang telah saya pergi pada lewat malam 3 hari lepas...
Ini adalah rakaman video penerangan Dr Intan mengenai kemungkinan sakit yang dihidapi Pak tam...walau bagaimanapun, Dr Intan menjelaskan bahawa penyakit Pak Tam hanya boleh diketahui melalui X ray sahaja...ikuti rakaman penerangan Dr Intan ni...
Gambar2 X Ray yang ditunjukkan di dalam video di atas adalah bukan milik Pak tam..ianya adalah milik simpanan Dr Intan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan...
Semalam seperti yang aku janji dengan Pak Tam, aku bawa dia ke Pusat Veterinar di UPM Serdang...Pak Tam menggigil sikit ketika ini..tak tau sama ada menahan sakit atau lapar..aku memang tak bagi dia makan banyak2 sebab takut keadaan jadi lebih teruk kalau dia nak buang air...
Masa aku tengah drive, Pak Tam tak habis2 menggesel kat aku..nak mengadu la tu...nak cakap dia bukannya reti...
Sibuk jer nak meninjau2 kat luar kereta...aku nak pulas stereng pun susah....bila pulas stereng, aku terpulas dengan dia skali...
Lidah dia terjelir, tak tau apehal...
Lepas tu aku berhenti kat tepi jalan, tepuk2 badan dia sampai dia tertidur...
Dah sampai pun...
Pak Tam terbaring tak bermaya...masa ni kat Ruang Menunggu..
Lepas beberapa minit, Dr Nor panggil aku masuk bawak Pak Tam...Dr Nor perlu menjalankan ujian X Ray terhadap Pak Tam...aku tak dapat butiran lanjut ketika proses X Ray dilakukan kerana aku disuruh tunggu di luar....ini adalah prosedur klinik ni...
Ni rakaman video Dr Nor sedang melakukan pemeriksaan terhadap Pak Tam
Ni gambar terakhir aku sempat tangkap sebelum 'berpisah dengan Pak Tam'. Dr Nor kata, ada pendarahan dan nanah di bahagian organ dalamannya....katanya lagi, nasib baik masih diperingkat awal...minor operation akan dilakukan secara berperingkat untuk mengeluarkan nanah tersebut.
Keadaan di sekitar veterinar UPM ni...luas dan bersih...
Inilah hasil X Ray Pak Tam...sekarang, anda semua dah kenal Pak Tam dengan tulangnya sekali...filem X Ray ini bakal menjadi bahan rujukan untuk pembelajaran veterinar bagi mahasiswa yang menuntut dalam jurusan veterinar....
Aku tak tahu macam mana nak jelaskan kat entri ni...aku rasa, cukuplah dengan penerangan di atas...
Selamat tinggal Pak Tam...jaga diri baik2 yer...papa datang lagi 5 hari.....tentang kosnya pula, qoutation yang diberikan oleh Dr Nor amatlah berpatutan...aku diberitahu oleh Dr Nor bahawa qoutation ini adalah P&C ( Private & Confidential )..Cukuplah aku nyatakan yang sumbangan yang diberikan oleh pengikut2 KAKIMOTONG FAN CLUB adalah ngam2 dengan qoutation tu...kalau ada lebih pun, ngam2 untuk belanja makanan Pak Tam...terima kasih kepada anda semua yang mendoakan kesihatan Pak tam...
Nak tahu lebih lanjut kisah Si Kenit ni?? Nanti saya update yer...ada banyak gambar nak publish pasal Si Kenit Siam ni....
sy pon baru nak anta cabam g jab. vet ptg ni..
ReplyDeletekeadaan die da sangat2 truk..nak makan pon kene bwk ke tmpt tido die..da gigil2 sama mcm pak tam gak..
p/s: pak tam jelir lidah sebab kurg minum air..sama mcm dehydrate..
semoga paktam cpt sembuh!! aminnn....
ReplyDeletekitten baby sgt chumel...terima kasih kepada papa mereka yg berbulu kucing siam..hehe
cian pak tam...
ReplyDeletesemoga cpat sembuh ea...
hero kesepian la skunk ni, x de teman nk gduh..huhu
semoga pak tam cepat sembuh..
ReplyDeletetahniah jugak buat pemiliknye.. semoga rezeki orang yang menyayangi haiwan lebih murah.. aminnn
baru smlm saya jumpe blog ni...rase sedih sgt bile baca kes pak tam ngan hero...bergenang air mata...hrp2 nye pak tam cpt sembuh..
ReplyDeletesi kenit tu ank baby ye..comey3...bertambah ahli keluarga ko ye...
ReplyDeletepak tam cepat2 la sembuh..kami semua sayang paktam.
alhamdulillah. akhirnya ke situ yg dituju. semoga lepas ni pak tam baik baik. kita semua doakan untuk pak tam.
ReplyDeletetest komen jap
ReplyDeletesemoga pak tam cepat sembuh
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeletesemoga pak tam cepat sembuh.
mestie dia rindu papa dia nantie.
alolo..comelnya anak bulus tue..
eiii gerammmmnyaaa
alhamdulillah...
ReplyDeletesenang hati skit dgn berita ni, sama-sama kita doakan supaya pak tam cepat sembuh amin..
caya lah intan! masuk blog kakimotong...hehe..she's my junior.. gud job my dear! semoga pak tam cepat sembuh..
ReplyDeletebtw, doc nor is the best... insyaAllah paktam akan selamat..amin...
pak tam..cepat sembuh tau =)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga pak tam cepat sembuh. Kalau boleh nanti bawa sini sekali :D
ReplyDeleteShould have taken Pak Tam to UPM in the first place.
ReplyDeleteIn the car when you were driving, Pak Tam's constant panting and sticking his tongue out was due to stress. Hope he did not drool all over your car.
My sister dan aku mendengkur yang Anda Pak Tam akan baik-baik dan kami akan memikirkan Anda. Anda teman Brian, Sascha, Gracie, Zoe & Dolly.
ReplyDeleteWalaupun koi tak bele kucing tapi koi tetap sayang ke kucing.Sian koi nengok Pak Tam ni...Moge cepat sembuh
ReplyDeletehope paktam sehat lepas nih.leh main2 dengan heroooo. mesti hero busan kan takde sape nak kco die. ke hero tgh bersenang lenang tanpa pak tam?hehehehe
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KUCING2 SAYA DAN BLOG INI....ADA BEBERAPA PERKARA SAYA NAK SAMPAIKAN DI SINI :
1 )PERTAMA SEKALI, SAYA AKAN REJECT TERUS KEPADA MEREKA YANG KOMEN TETAPI TAK NAK TINGGALKAN LINK ( ANONYMOUS )WALAUPUN KOMEN ANDA ITU BERNAS.
2 )KEPADA MEREKA YANG SAYANGKAN HAIWAN, TAHNIAH SAYA UCAPKAN SEBAB PERASAAN CINTAKAN HAIWAN SUDAH SEMAKIN PUDAR DI KALANGAN MANUSIA.
3 ) TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS BBQ DI RUMAH PAPA MEOW SIANG TADI...
4 ) KEPADA ANONYMOUS YANG TELAH MENGHANTAR KOMEN SEBENTAR TADI, SAYA HARGAI KOMEN2 AWAK TETAPI SAYA TIDAK MAHU MENYIARKANNYA KERANA AWAK TAK TINGGALKAN LINK...BAGAIMANAPUN, SAYA AKAN MENGULAS KOMEN2 AWAK MENGIKUT PENDAPAT PERIBADI SAYA :
a ) SAYA TAK PASTI SAMADA KOMEN2 AWAK ITU MENYOKONG DR VETERINAR ITU MENGENAKAN DEPOSIT RM600 TERHADAP SAYA HANYA KERANA DIA TAKUT SAYA HANTAR KUCING DAN LARI? BAGI SAYA, ITU SATU HUJAH YANG TAK MASUK AKAL....ITU ADALAH RISIKO PERNIAGAAN...KALAU TAKUT RUGI JANGAN BERNIAGA....
b ) SAYA HIDUP DENGAN KUCING DARI SAYA KECIL HINGGA SEKARANG, SAYA MEMANG SEDIA MAKLUM TUJUAN VETERINAR MENGENAKAN DEPOSIT,,,,TAPI BELUM PERNAH SEBANYAK INI...MELAMPAU SANGAT...DEPOSIT YANG PALING TINGGI PERNAH SAYA KENA SETAKAT NI RM150 TERMASUK RAWATAN KUCING DI WAD DAN PENYAKIT KUCING SUDAH DIKENALPASTI 100%...
C ) SAYA TAK PASTI SAMADA DEPOSIT RM600 ITU ADALAH BEBBALOI KERANA VET FOREIGNER ITU MASIH BELUM PASTI APA PENYAKIT SEBENAR KUCING SAYA DAN HANYA MEMBUAT ANDAIAN TANPA MELALUI X RAY? KEPASTIANNYA BELUM MENCAPAI 50%...
d ) DEPOSIT TAK TERMASUK UBAT-UBATAN DAN PEMERIKSAAN...KOS UNTUK ITU LAIN KIRA...ADIL TAK UNTUK SAYA WAHAI ANONYMOUS? KEMUNGKINAN BESAR AWAK NI VET, TAPI ITU PENDAPAT AWAK...SAYA HORMATI PENDAPAT ITU, TAPI PENDAPAT SAYA PULA, KUCING SAYA YANG TAK BERAKAL ADALAH CUSTOMER....CUSTOMER YG BERAKAL SELALU BETUL, TETAPI CUSTOMER YG TAK BERAKAL SELALUNYA DIANGGAP TAK BETUL....
e ) AWAK BERKATA KOS MURAH RENDAH KUALITINYA BERBANDING YG MAHAl, ADAKAH MATA PELAJARAN KAT UNIVERSITI VETERINAR DI KL DAN DI LONDON BERBEZA??? BUKU RUJUKAN DAN PENSYARAH MENCERITAKAN KAEDAH RAWATAN YG BERBEZA??? KALAU SETAKAT VET TU MAHAL SEBAB BANGUNANNYA 5 TINGKAT, BESAR DAN CANTIK, APA GUNANYA??
f ) KENAPA DALAM VETERINAR ADA KUALITI TINGGI DAN RENDAH?? SAYA TAK FAHAM...INI BARU PERTAMA KALI SAYA DENGAR...
WAHAI ANONYMOUS, MINTA MAAFLAH KALAU KOMEN SAYA INI MENGYINGGUNG AWAK...KALAU AWAK NAK MENANGKAN VET FOREIGNER TU, SAYA TAK DE KUASA NAK HALANG...SAYA AKUI SAYA BUKAN ORANG BERADA...KALAU TAKUTKAN KOS KLINIK TINGGI, BUAT APE BELA KUCING, BETUL TAK ANONYMOUS???
KUALITI KLINIK VETERINAR YANG MURAH ADALAH RENDAH, KUALITI DI KLINIK VETERINAR YANG MAHAL ADALAH TINGGI,,,BERMAKNA TARAF VETERINAR UPM DAN VETERINAR GOVERNMENT ADALAH CEKAI..SEBABNYA IANYA ADALAH MURAH DAN BERPATUTAN...GITU KE WAHAI ANONYMOUS?
ReplyDeleteLAGI SATU, TENTANG ISU YANG AWAK ( ANONYMOUS )KATA VET TAKUT CUSTOMER LARI TINGGALKAN KUCING SELEPAS MENGHANTARNYA KAT VET, TAKKAN SAYA DAN WIFE TERLALU BODOH NAK MENEMPUH PERJALANAN SEJAUH 80KM PD WAKTU TGH MALAM SEMATA2 NAK ANTA KUCING ( PAK TAM )KE KLINIK??? LEPAS TU LARI TINGGALKAN KUCING TU KAT VET....TAMBAHAN PULA KAMI BARU SAHAJA BALIK DARI KERJA KAT KL...LEPAS TU PATAH BALIK PERGI KL SBB KAT AREA KAJANG NI BELUM ADA KLINIK 24 JAM LAGI...
ReplyDeleteSAYA DAN WIFE TAHU DR VET TAKKAN DENGAR MASALAH KAMI NI...MASALAH DR VET TU PULA, DIA TAK NAK AMBIL TAHU DARI MANA CUSTOMER DIA DATANG....TAHU2 MINTAK DUIT JER...KALAU DR INTAN, DIA ADA TANYA SAYA TINGGAL DAN BEKERJA DI MANA...SO DIA BOLEH SUGGEST MANA VETERINAR YANG TERDEKAT...MACAM NI BARU BETUL...KAMI TAK PANDAI BAB2 NI..KAMI HANYA MAHU HAIWAN KAMI SIHAT...VETERINAR UPM HANYA KENAKAN DEPOSIT RM50 BERSERTA AGREEMENT ; KALAU TAK AMBIL PET DALAM MASA 7 HARI, PIHAK PENGURUSAN BERHAK MELUPUSKAN HAIWAN TERSEBUT..SO, WHATS A BIG DEAL WAHAI ANONYMOUS? YOU BOLEH LETAK HARGA DEPOSIT YANG BOLEH BALIK MODAL,TAPI TAKKAN SAMPAI RM600?? DEPOSITNYA MAHAL KERANA KUALITINYA TINGGI... ATAS HUJAH APA YANG MENGATAKAN KUALITI RAWATANNYA TINGGI ??
1 ) I'M NOT THAT KIND OF PERSON ( SENT A PET AND RUN )BUT IF YOU THINK ITS STILL ME, YOU ARE TOTALLY WRONG...I'M AN ANIMAL LOVER, MOSTLY CATS & DOGS..BUKAN NAK MENDABIK DADA,TANYA DIRI SENDIRI...PERNAHKAH ANDA MENANAM BANGKAI ANJING DEWASA YANG BARU SAHAJA DILANGGAR?? BANGKAI ANJING TU PULA BERADA DI TENGAH2 LEBUH RAYA DAN KAMU MENYERETNYA DGN TANGAN KAMU SENDIRI KE TEPI JALAN.... KALAU TAK PUN, PERNAHKAH ANDA MENANAM BANGKAI KUCING KURAP YANG TINGGAL KULITNYA SAHAJA DI JALAN RAYA?? BULUNYA TAK ADA TAPI KURAPNYA MASIH JELAS KELIHATAN...KALAU TAK PERNAH, HENTIKAN SYAK WASANGKA BURUK TERHADAP APA YANG SAYA KRITIK TERHADAP VETERINAR...TERIMA ATAU TIDAK,AWAK HARUS TERIMA...SEBAB SAYA ADALAH PELANGGAN VETERINAR...SAYA BERHAK SUARAKAN KETIDAKPUASAN HATI SAYA...LAGIPUN, ENTRI SAYA YANG MENGKRITIK VET TU BUKAN DITUJUKAN KE SEMUA VET....
2 ) FOR ME, YOUR COMMENT IS UNFAIR TO ME & MY WIFE...SORRY TO SAY THAT, ANONYMOUS...FURTHER I HAVE TO PAY RM90 FOR NONSENSE CONSULTATION AND HE STILL DON'T KNOW WHAT HAPPENED TO MY CAT...WHAT THAAA....
ANYWAY, I APPRECIATE YOUR COMMENT BUT SORRY,I CANNOT PUBLISH THAT...NEXT TIME PLEASE INSERT YOU LINK OR EMAIL...EASIER FOR US TO HAVE A DEBATE...
alhamdulillah, pak tam is in good hands...pasal x-ray, memang org luar tak boleh ikut masuk sebab nanti u expose kat radiasi sinar x yang tak diperlukan serta takut org luar tersentuh2 /terlanggaralat2an yang sensitif dan mudah rosak di bilik x-ray.....
ReplyDeletehope ur good intentions dibalas hasil yang baik..amin...
klinik vet upm yang selalu dikujungi sejak Jun 2010..harga memang berbaloi dengan rawatan, ubat dan tenaga pakar.ubat dia memang best..pantas berkesan!.PH puas hati tak dengan respon Pak Tam selepas datang sini?
ReplyDeletePuas hati sgt2 layanan dr UPM....kualitinya pun bagus...consultation mengenai penyakit haiwan peliharaan semuanya diberi dgn lengkap
ReplyDeletePH, nak tanya, ape sintom2 kucing kita usus dah jatuh... sebab saya takut Puteh pun mcm tu, walau pun dia tak mengadu(bising) sakit, tapi sy tgk perut dia ke bawah. mcm dh layut sikit, elalunya bulat je... lepas tu tgk skrg ni dia byk duduk je.. dah tak main kejar2 mcm selalu... kat mana klinik haiwan UPM tu ye
ReplyDeleteNurcahaya,
ReplyDeletebawak dia pergi UPM kat serdang..Kosnya amat berpatutan...