Kisah Ikan Puyu Aku Yang Mati dan Kisah Pencinta Haiwan Ekstrim Di Luar Negara
Semalam, ikan puyu kesayangan saya telah mati... saya rasa dia mati sebab sakit, tapi tak tahu apa pula penyakitnya...sejak akhir-akhir ni, dia memang tak lalu makan....
Terdapat selaput dan lendir pada mata kirinya....alahai, lepas satu hal, satu hal lagi menimpa haiwan-haiwan kesayangan saya ni...Pak Tam selalu mengendap ikan puyu yang tak bernama ni...klik sini untuk mengetahui kisahnya.
Saya dah tanam ikan ni....maafkan segala dosa-dosa papa sekiranya ada berlaku dosa papa ke atasmu...
**********************************************************************
Sempena kematian ikan puyu kesayangan saya ni, entri saya kali ni berkisar tentang ikan. Rasanya, tak ramai blogger yang membuat entri mengenai ikan ni...
Malam tadi, saya tertarik dengan rancangan National Geographic di mana ianya berkisar mengenai pencinta haiwan laut.
Misi Menyelamatkan Ikan Jerung Yang Tersangkut Lembing Besi Di Mulutnya.
Sekumpulan pencinta haiwan laut telah mendapat berita dari sumber yang mengatakan bahawa ada orang telah melihat sebatang lembing besi terlekat pada mulut seekor ikan jerung jenis White Great Shark. Sebaik sahaja mendengar berita tersebut, mereka telah membuat mesyuarat dan perancangan untuk menangkap jerung tersebut.
Bertindak atas maklumat, akhirnya mereka menjumpai jerung tersebut setelah 4 jam pencarian...
Lihatlah lembing yang tertusuk ke mulut jerung ini..kasihan sungguh..
Setelah berhempas pulas dengan jerung tersebut, akhirnya ia berjaya ditangkap....bayangkanlah usaha mereka tu, betapa cekalnya mereka membantu haiwan teraniaya, walaupun jerung...huh..!!
Panjang jerung ini adalah 3 meter...
Berikut adalah rakaman secara langsung dari television saya menerusi handphone ( mutu audio kurang memuaskan ). Lihat sendiri bagaimana prihatinnya mereka ini dengan kehidupan haiwan laut yang teraniaya. ( dipetik dari rancangan National Geographic )
**********************************************************************
Kesimpulannya :
Cubalah bandingkan jati diri kita dengan mereka ni ( bukan bermaksud terlalu memandang rendah pada diri ), sedangkan jerung di laut pun mereka sanggup bersusah payah membantu, apatah lagi haiwan di darat. Komuniti mereka amat kukuh dek kerana semangat perpaduan dan perasaan murni cintakan haiwan amat menebal dalam diri mereka. Mereka juga mempunyai sumber kewangan / peruntukan yang kukuh dari kerajaan mereka ( mungkin agaknya ). Masakan tidak, lihatlah sendiri peralatan yang mereka gunakan. Lihatlah kepakaran yang mereka ada ( saya yakin pihak berkuasa tempatan di sana ada menyediakan kursus khas untuk hidupan marin ). Saya juga yakin pihak berkuasa tempatan mereka peka tentang keperluan dan bantuan komuniti mereka ini. Ilmu marin mereka terokai sehabis-habis mungkin.
Justeru itu, apa yang boleh kita cadangkan untuk mengembangkan lagi komuniti pencinta haiwan di negara kita? Kalau nak dibandingkan, kita memang sudah terlalu jauh ketinggalan. Saya belum dengar lagi ada peruntukkan untuk diberi kepada mereka yang membela lebih dari 20 haiwan terbiar di negara kita. Bayangkanlah bagaimana mereka mengeluarkan duit poket sendiri untuk makanan dan perubatan kepada haiwan terbiar yang dianggap jijik ini. Kos veterinar swasta pula adalah lebih mahal dari klinik manusia. Tak hairanlah kalau ada yang mengeluh pasal wang bila haiwan peliharaan mereka sakit teruk. Kenapa pencinta haiwan seperti ini dipinggirkan? Bagi saya, orang-orang seperti ini perlu diketengahkan bagi membuka mata masyarakat sekeliling bahawa haiwan-haiwan terbiar ini juga berhak untuk hidup.
Nama animal lover / pencinta haiwan hanya gah pada nama sahaja di negara ini. Tak banyak sumbangan secara total yang dibuat untuk mengembangkan lagi komuniti pencinta haiwan. Banyak laman web pencinta haiwan ditubuhkan, dan banyak pula iklan di dalam laman web tersebut sehingga saya yang membaca laman web tersebut terlupa matlamat sebenar penubuhan laman web 'pencinta haiwan' itu. Apa sumbangan laman web tersebut pada haiwan, pada saya masih samar-samar lagi. Yang saya faham, kalau sesiapa buka laman web itu, mereka mesti terklik kat iklan Pay Per Click atau Affelliate Program.
Di sebalik perancangan pembangunan yang sedang hebat dilaksanakan, kita terlupa bahawa haiwan-haiwan yang terbiar ini juga perlu hidup seperti manusia. Sedarkah kita bahawa punca haiwan-haiwan ini terbiar adalah berpunca dari sikap lekeh kita sendiri? Bila anjing liar bercambah, kita sibuk menelefon majlis perbandaran untuk mengadu. Lantas, haiwan-haiwan ini dijerut dengan kejam dan dilambung ke dalam trak dan akhirnya.....kita pun tak tahu apa jadi lepas tu...
Bila orang tangkap anjing liar, kita kasihan pula pada anjing itu. Tapi, siapa yang menyebabkan keadaannya jadi begitu? Bukankah masyarakat kita sendiri? Bagaimana dengan nasib anjing-anjing yang ditembak? Dipukul hingga mati? Dicampak ke dalam lubang? Entahlah, saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang. Apa puncanya masyarakat kita kurang prihatin terhadap haiwan terbiar?
Salah satu jawapan saya ialah tiada usaha konkrit untuk memupuk semangat cintakan haiwan dikalangan masyarakat setempat. Tiada satupun iklan di akhbar yang mengajak kita supaya menyayangi haiwan. Yang ada, cuma kitar semula barangan terbuang. Itupun masih lagi timbul isu tiada tempat pelupusan sampah. Di Selangor, cas RM0.20 dikenakan bagi setiap helai beg plastik sekiranya membeli belah di pasaraya pada hari Sabtu atau hujung minggu. Balik-balik, kita juga yang kena. Aduhai....
Bagi saya, blog ini adalah platform untuk menyuarakan pendapat saya secara peribadi. Apa lagi yang saya boleh lakukan sebagai rakyat biasa yang cintakan haiwan?
Kesiannya si puyu... RIP
ReplyDelete* kak e pun pernah bela ikan puyu dan mati tanpa dapat dikesan :(
puyu saya kat rumah pun mati.sakit.lgpun bela dah lama.adela 5-6 tahun gak
ReplyDelete