PAK TAM KUCING AKU SAKIT TENAT AKIBAT DIPUKUL OLEH MANUSIA YANG LAYAK DIPANGGIL VAVI...

SALAM SEMUA,


AKU ADA BERITA YANG TAK BERAPA MENGGEMBIRAKAN...


AKU BARU SAHAJA BALIK DARI SEBUAH KLINIK VETERINAR DI KL ( AKU DAN WIFE DATANG DARI SEMENYIH DAN BARU SAHAJA PULANG DARI KL KERANA BEKERJA ) BAGI MENDAPATKAN RAWATAN UNTUK PAK TAM YANG CEDERA PARAH. AKU SYAK BAHAWA PAK TAM TELAH DIPUKUL OLEH JIRAN TERDEKAT DI RUMAH AKU ( INI PENDAPAT PERIBADI AKU ). USUS DAN PERUTNYA TERKELUAR DAN BERALIH DARI KEDUDUKAN ASALNYA. TETAPI, DARI LUARANNYA TAK NAMPAK KERANA IANYA LUKA DARI DALAM. KEPALA PAK TAM ADA 2 KESAN BENJOL YANG GANJIL DAN KEPALANYA BENGKAK MUNGKIN AKIBAT DIPUKUL DENGAN BENDA TUMPUL..AIR MATA AKU NAK MENITIS TENGOK KEADAAN DIA....WTF ( WHAT THE FISH )


TAPI, AKU TAK JADI MENERUSKAN RAWATAN PAK TAM DI KLINIK ITU KERANA KOSNYA TERLALU MAHAL. AIR LIUR DIA 5 MINIT AKU KENA BAYAR RM90... AND NO NEGOTIATE...AKU SAJA TANYA SOALAN PERANGKAP KAT DOKTOR TU ADAKAH SAKIT PAK TAM NI DISEBABKAN OLEH KEMALANGAN?? JAWAPAN PERTAMA YANG KELUAR DARI MULUT DIA, PAK TAM KENA ACCIDENT...LEPAS AKU TANYA DIA LAGI, NI BUKAN SEBAB KENA PUKUL KE?? DIA TERGAGAP2 NAK JAWAB DAN CEPAT2 MENGATAKAN ADA BANYAK KEMUNGKINAN BERLAKU BENDA NI...BUKTINYA ADA, NANTI AKU UPLOAD VIDEONYA...


WEH, KAU TAK PAYAH BERLAKON LAAA...WEH, AKU YANG BUKAN DOKTOR NI PUN TAU YANG PAK TAM NI BUKAN ACCIDENT KENA LANGGAR....KALAU KENA LANGGAR, APSAL KEPALA DIA BENJOL?? APSAL BADAN DIA TAKDE KESAN TERGESEL KAT JALAN TAR? APSAL PERUT DIA JER YANG MENGGELEBEH MENCECAH LANTAI?? APASAL NAJIS DIA TAK TERKELUAR KALAU KENA GILIS?? KAKI DIA PUN TAKDE DARAH & TAK TEMPANG??TULANG PUN TAK PATAH?? KALAU KERETA GILIS MEMANG DAH MATI DAH PAK TAM NI...KALAU MOTOR YANG GILIS PERUT DIA, TAKKAN KEPALA DIA BENJOL SKALI???BESAR BETUL TAYAR MOTOR TU...DOKTOR TU PUN RASANYA MACAM DOKTOR ASING TAPI CARI MAKAN KAT SINI....TAPI, AKU TAU TAK SEMUA DOKTOR VETERINAR MACAM TU....


JADI, KORANG ESTIMATE SENDIRI BERAPA HARGANYA PLAK KALAU NAK OPERATION, KALAU AIR LIUR DIA JER DAH RM90 ( DOUBLE CHARGE )...NANTI AKU UPLOAD RAKAMAN TERSEMBUNYI DIALOG AKU BERCAKAP DENGAN DOKTOR BENGONG TU...DIA MINTAK DEPOSIT LETAK PAK TAM SEMALAM KAT WAD RM600 DENGAN ALASAN AKU DATANG TENGAH MALAM AND DOUBLE CHARGE...MAKNANYA NAK LETAK KUCING SEMALAM HARGA STANDARDNYA RM300 BHAIII..KALAU DOKTOR TU IKHLAS, DIA AKAN BAGITAU DEPOSITNYA TERLEBIH DAHULU TANPA MENUNGGU AKU BERTANYA...NI TIDAK, BILA AKU TANYA KOS, DIA BOLEH BUAT MALU2 PLAK SAMBIL GARU2 KEPALA DAN BERKATA RM600...BILA AKU TANYA KENAPA MAHAL??? OOO SEBAB DOUBLE CHARGE...APA PUNYA DOKTOR NI WEH???WEH, AKU PERGI VETERINAR KAT JALAN KELANG LAMA TU DIA BARU MINTAK DEPOSIT RM50 JER SEHARI WALAUPUN KUCING TU KUCING JALANAN....NAK BERNIAGA PUN AGAK2 LA BHAIII....LU TAKDE INISIATIF LANGSUNG NAK TANYA GUA DATANG DARI MANA...DIA TAK TAU YANG AKU DAH MENEMPUH PERJALANAN SEJAUH 80KM DARI RUMAH AKU....KUCING GUA DAH NAK MATI NI....CONSULTATION TAK SAMPAI 5 MINIT RM90 AKU KENA BAYAR....ULANG LAGI SEKALI...WHAT THE FISH...!!! KESEMUA DOKTOR PANEL VETERINAR NI ( KLINIK YANG AKU PERGI NI )BUKANNYA PURE ANIMAL LOVER...MEREKA BERDASARKAN KEUNTUNGAN SEMATA2....AMBIL KURSUS VETERINAR KAT UNIVERSITI PUN SEBAB TAK LAYAK AMBIL SUBJEK LAIN...DAN DOKTOR YANG BERTUGAS PADA MALAM NI PLAK JENIS YANG TAKDE SENSITIVITI PADA PELANGGAN...ADA DUIT, DEAL...TAKDE DUIT, BOLEH BALIK...BISNES IS BISNES, CAT IS CAT, YOUR CAT DIE YOU BURIED YOURSELF...BUT PAY ME FIRST....GTH....!!! ( GO TO HOUSE )


PAK TAM PERLU DI X-RAY DAN DIBEDAH SEGERA. ESOK ( 07.07.10 ) AKU AKAN IKHTIAR CARI KLINIK LAIN YANG MANA LEBIH BERPATUTAN KOSNYA. MUNGKIN AKU TAK UPDATE BLOG. AKU SEDIH SEBAB TAK DAPAT TENGOK PAK TAM GADUH LAGI DENGAN HERO BUAT MASA NI...


SEKARANG, AKU KUARANTINKAN PAK TAM DALAM PET PENDING SUPAYA DIA TAK BANYAK BERGERAK. PADA SAAT AKU MENAIP ENTRI NI, PAK TAM TENGAH MERAUNG KAT DALAM KANDANG TU...AKU TAK TAU DIA TAHAN KE TAK SAMPAI ESOK...PAPA MEOW ORANG YANG PERTAMA TAHU KISAH PAK TAM NI...DAN MAKSU HAKIM ORANG YANG KEDUA...


AKU MINTA KORANG SUMER DOAKAN AGAR PAK TAM TAK APA2......NANTI AKU UPLOAD GAMBAR2 PERUT PAK TAM YANG DAH SENGET DAN MENGGELEBEH HAMPIR MENCECAH KE LANTAI..

BEGINILAH KEADAAN PAK TAM MALAM TADI...JALAN TERHENCOT-HENCOT, KEPALANYA BENGKAK....
AKU SYAK ORANG NI YANG BUAT...SIAP BLOCK LUBANG TEMBOK DENGAN BOTOL KOSONG SEBAB DIA TAK NAK BAGI KUCING MASUK....TAPI, AKU HANYA SETAKAT BOLEH SYAK JER...TAKDE BUKTI....





KEADAAN PAK TAM DALAM KERETA SEMASA DI DALAM PERJALANAN KE KLINIK...JARAKNYA PERGI BALIK +-80KM...





PAK TAM MASIH STEADY LAGI MENAHAN SAKITNYA...





DIA NAK MINTA MANJA KAT WIFE AKU...NAK MENGADU SAKIT LA TU...









PAK TAM BARING MEREHATKAN DIRI...MENAHAN SAKIT...



UPAH PERIKSA KUCING YANG DIBUAT HANYA LEBIH KURANG: RM45 ( MAYBE )
UPAH AIR LIUR DOKTOR VET NI BERCAKAP : RM45 ( MAYBE )
TOTAL : RM90










HERO SIAP NAIK KE TINGKAT ATAS TENGOK PAK TAM...DIA SIAP TUNGGU PAK TAM UNTUK BERMAIN DENGANNYA....KORANG TENGOK, KUCING PUN MEMPUNYAI SEMANGAT SETIAKAWAN YANG KUAT..





DAN VIDEO YANG BEBERAPA SAAT NI BERHARGA RM90.....CONSULTATION FEE KATANYA....KENAPA TAK KIRA SEPATAH PERKATAAN 10 HENGGET JER??


SUARA PAK TAM MENAHAN KESAKITAN...SEDIH AKU DENGAR....


SEKARANG PAK TAM ADA KAT TEMPAT KERJA AKU...TEMPORARY AKU LETAK DIA KAT PONDOK GUARD...AKU DAH BERSEDIA HADAPI SEGALA KEMUNGKINAN....


BTW, MINTA MAAF KEPADA MANA2 VETERINAR YANG MEMBACA ENTRI NI...SAYA TAK BERNIAT MENYINGGUNG PERASAAN KAMU....DOKTOR HAIWAN ADALAH SATU PROFESSION YANG AMAT MULIA..TAK RAMAI ORANG YANG ADA KEBOLEHAN MERAWAT HAIWAN....KALAU AKU JUMPA HERO MASA AKU SEKOLAH DULU, DAH TENTU AKU BELAJAR RAJIN2 SUPAYA BOLEH MENJADI DOKTOR HAIWAN...BOLEH GAK BUATKAN KAKI PALSU UNTUK HERO...SIAP ADA REMOTE CONTROL LAGI BIAR DIA TAK JALAN JAUH...KALAU DIA NAK MERAYAP KE KANAN JER AKU TEKAN BUTTON KE KIRI...


KISAH PAK TAM NI DIHARAP AKAN MENJADI RENUNGAN UNTUK KITA BERSAMA BAGI MEMBETULKAN APA YANG TAK BETUL...CUMA DIHARAPKAN, PIHAK KAMU DAPAT MEMBERI KOMITMEN YANG SEIKHLAS MUNGKIN KETIKA MERAWAT HAIWAN......KALAU KAMU IKHLAS MERAWAT HAIWAN DAN TAK TERLALU FIKIRKAN TENTANG WANG, INSYAALLAH KLINIK KAMU AKAN MAJU DAN DIBERKATI ALLAH...


KEPADA SESIAPA YANG TAK KENAL PAK TAM, INI LINK VIDEOKLIPNYA


Comments

  1. salam
    kesiannya pak tam..aduihh.aku nda tahan kalau pasal kucing ni sakit...aku banyak kucing juga dulu..rumah sewa susah mau bawa kucing..
    aku dah terbayang2 kucing yg dipukul..nda sanggup aku..huuhu..mudah2an pak tam selamat..

    ReplyDelete
  2. alahai.. siannya pak tam.. tiba jadi sangat geram kat doktor tu. uhh! nk duit semata-mata, jd camtu la..

    kalau dapat kenal pasti sape yg pukul pak tam, cam nak balas balik je cmna pak tam rasa..

    semoga pak tam kembali aktif semula.. kena carik klinik veterinar lain gamaknya..

    hope pembedahan esok boleh buat pak tam sihat semula.

    ReplyDelete
  3. sedihnya...
    sampai hati ada orang tergamak buat macam tu...
    sedih sangat...
    sekarang nie manusia lagi teruk dari haiwan..
    boleh dikatakan pangkat haiwan lagi tinggi...
    Ya Allah...
    semoga terbuka hati kita semua untuk kembali ke jalan yang benar...amin

    ReplyDelete
  4. Sobs.
    Semoga Pak Tam sembuh.
    Amin.. :)

    ReplyDelete
  5. kesian Pak Tam...napelah kejam sangat sampai sanggup pukul kucing teruk giler cam tue..

    anyway harap Pak Tam dapat diselamatkan..

    ReplyDelete
  6. ya Allah kesiannya pak tam..mmg kejam! faham perasaan saudara yg terdesak ingin menghilangkan kesakitan pak tam dgn segera tp malangnya perasaan sama yg kita harapkan dr doktor haiwan adalah palsu semata krna semuanya pd mereka hanya duit!

    sy juga pernah melalui apa yg saudara lalui skrg, kcg sy dipukul jiran sehingga tulang pinggulnya jatuh dan menyebabkan kaki blkg bersilang apabila dia cuba berjalan dan apabila sy mmbawa ke klinik tuan doktor pula hanya sibuk mmberitahu kos yg akan dikenakan demmit!

    ya Allah, jika masih pnjg umurnya Kau sembuh dan hilangkanlah rasa sakitnya segera dan jika telah sampai waktunya Kau ambillah nyawanya segera supaya pak tam tidak menderita sakit terlalu lama amin amin yarabbal alamin... Saya mendoakan yg terbaik utk pak tam

    ReplyDelete
  7. salam...
    sedihnya.. saya tak tengok video baca citer ni pun dah bergenang air mata, jahat betul org yang pukul tu... tau la balsan dia kat sana nanti..
    harap2 pak tam dapat diselamatkan.. saya pun ada seko kucing yg selalu sakit, berapa kali dah p klinik, baru ni ekor dia bengkak besar sikit dari batang paip air pvc tu, bawak g doktor kena operate, keluarkan nanah jer,luka dia 1 cm je besonya.. kena dekat 200 seh.. geram tul, padahal saya ni regular customer.. dr tu pun pesen payah nak jumpa, dia suh tinggal je kat klinik tu, nanti dah operate baru amik.. bih, nak wat camna, kucing saya tak leh gerak sebab ekor dia bengkak, operate la jugak kat klinik tu.. sib baik dah ok.. sabar ye banyak2?

    ReplyDelete
  8. ya ALLAH, kesiannya kt paktam
    tak berhati perut sungguh
    semoga paktam cepat sembuh
    bertahan paktam!!!!

    ReplyDelete
  9. Ya Allah!! Kesiannya Pak Tam. Semoga cepat sembuh. Mcm x iklas je vet tu...Lagi kejam org yg pukul Pak tam. Semoga mendapat balasan yg setimpal

    Umi

    ReplyDelete
  10. kuang hajo betul sape yg pukul kucing tu,... aku doakan hidup dia tak selamat..biar dia kena pukul..baru dia tau cemana rasanya

    ReplyDelete
  11. ciannye paktammmmm!!!!!!
    harga sangat berpatutan..
    en boy area semenyih ek??
    ni sy kasi alamat n no fon..
    cepat tau..
    cian pak tam...

    Pegawai Veterinar Daerah Hulu Langat
    MAHAMAD FAUZI BIN AB. RAZAK
    fauzirazak@dvssel.gov.my

    Alamat Pejabat :
    Pejabat Perkhidmatan Veterinar
    Daerah Hulu Langat,
    Jalan Bukit,
    43000 Kajang,
    Selangor

    Tell : 03-4736 5002
    Fax : 03-4734 9360

    ReplyDelete
  12. Ya Allah,panjangkanlah umur paktam.jika tidak cepat-cepat la ambil nyawanya sebab tak sanggup tgk dia menderita.

    siapa yg pukul paktam tu tau la nasib kamu nanti mcm mana. kat 'sana' nanti biar paktam plak terajang kamu. baru kamu tau apa rasanya.

    kalau aku jadi vet, aku nk rawat dulu sampai sembuh baru mintak payment.tu pun agak2 ar..tgk org tu bkemampuan ke tak. atau suh byr ansur2 pun xpe..ni jgn la sampai mencekik darah org.takde sifat keperimanusiaan langsung.. sifat kebinatangan lagi bagus dr manusia.

    ReplyDelete
  13. YA Tuhan,
    selamatkan lah pak tam.
    semoga orang yang membuat aniaya ke atasnya di balas didunia jugak.
    sungguh kejam jika betol dia dipukol.
    manusia betopengkan syaitan.
    kau laknatlah orang-orang seperti ini.

    bro,
    kuatkan hatie,
    kuatkan semangat.
    Tuhan pastie tolong kita.
    kamu sudah berusaha, selebihnya kita serahkan pada takdir.
    aku sentiasa berdoa semoga pak tam kembali normal.

    ReplyDelete
  14. kesiannya pak tam..org yg buat ni memang tak berhati perot..cemana la pak tam menahan kesakitan dia..Dr tu plak sepatutnya lebih prihatin..ade gak dr haiwan yang mcmni..semoga pak tam cepat sembuh..semoga Allah memberi kesenangan kepada kamu..aminnn..

    ReplyDelete
  15. Salam..

    saya adalah pencinta tegar kucen.. baca kisah pak tam nie..sedih, marah, kasihan..rasa nak tampar laju-laju jer kat orang yang kureng ajor tuh (emo nih)..sya dapat merasai kesakitan pak tam tuh..sbb kucen sya pun penah pengalami keadaan yang trajis...ai selalu checkup/boarding my kucen kat bangi. sek7, klinik mesra..doktor wan (letc dr upm)..so far murah kos rawatan kat sini. kucen sya penah wat x-ray( x-ray dibuat di vet upm) & rawatan tak sampai 100..semua dorang uruskan. boleh boarding lagi untuk susulan rawatan. kira cam patient duk sepital la..harap pak tam sihat selepas nie..aminn.

    nanti kalau pak tam dah ok..war2 kan lah yee..;)

    ReplyDelete
  16. semoga orang tu mendapat balasan dari Allah SWT. Dorang ni dah lupa ke, kucing adalah haiwan yang Nabi SAW sayang dan hormati.

    tabah ye Pak Tam

    ReplyDelete
  17. Ya Allah... kasihani la Pak Tam yang tak berdosa ini. Panjangkan la umur dia, Ya Allah. semoga Pak Tam cepat sembuh dan sakit2 di badannya hilang. Amin....

    Sabar ye encik papa hero, awk dan keluarga dah buat yang terdaya. Tapi saya rasa macam nak belasah je balik orang tu. tapi ye la, kalau tak kene jel tak pe la kan.Biar tuhan je yang balas. Sebab hanya Dia yang layak untuk jatuhkan pembalasan. sama ada kat dunia atau akhirat, kite berserah saje.

    Pak Tam, be strong boy... u've done good so far... sayang Pak Tam

    ReplyDelete
  18. alahai, ciannye pak tam...
    awat la depa bt lagu tu...
    mmg vavi betul la!!!!
    elok hukum bunuh je si pelaku tu..
    hampeh betul!!!
    hopefully, pak tam cepat membaik...

    ReplyDelete
  19. kesiannye kat pak tam. memang kejam gile2 la org yang sanggup pukul camtu.. pape pun, aku doakan pak tam selamat... aminn..

    ReplyDelete
  20. dah try klinik mesra di seksyen 7, bangi or upm?dulu putih pun kena cucuk ..pas dia beranak, semua anak dia mati dan dia pun mati sama...sedih..selamat kan pak tam ye.kos kucing memang mahal..

    ReplyDelete
  21. siyes... kejam gile der... T.T

    kalau marah sangat kucing masuk pun jangan la sampai pukul... halau je leklok... ape daa...

    kejam tol.. sigh~

    hmm... tentang doctor tuh? mcm tipu je... gile mahal kot? aq dulu penah gak hantar kucing (masa aq ada kucing dulu la) sakit2... xde r sampai 90, 50 je pown, tuh siap bagi ubat lagi tuh.. adoi...

    ReplyDelete
  22. aduh, sedih betul. tak sanggup nk tengok video tu. takpe, banyakkan bersabar. cuba setakat yg termampu. harap harap paktam kembali sihat.

    cubalah bawak ke vet yg readers bagi tu. mana tau okay.

    kawan saya pun baru balik dari hospital vet upm. dia kata okay.

    try lah. please please...

    ReplyDelete
  23. bro leh kasi tau klinik tue?
    gua saspek dia memang ambil kesempatan

    double charges hotak dia!!

    p/s:gua tak gemar (bukan takut) kucing sebenarnya...tapi gua tak pernah jentik! silaka betul r sapa buat pak tam macam tue...

    ReplyDelete
  24. sedih nye baca kisah paktam..saya pun ada kucing jalanan jugak...selalu bg dia makan..tp skrg dia kemalangan pulak xtau sape yg buat sampai sebelah telinga dia putus..mmg sedih tgk dia..

    ReplyDelete
  25. salam,
    Sungguh menyayat hati..apa yang dilakukan oleh manusia kejam tu,xdapat diterima akal..kucing adalah binatang kesayangan nabi muhammad.sanggup mereka memukul kucing tu. Astaghfirullahalazim.. semoga rahmat sentiasa memayungi saudara yang membela kucing..it brought tears to my eyes...

    ReplyDelete
  26. Salam, dah bawa g klinik lain?, talhah ada tanya tadi. Papa ckp x da call. Agak2 je mungkin dah bawa ke klinik lain kut?.

    Semalam lupa nak bagi tau yang klinik vet kat pekeliling tu memang mahal. Sebab dah kecemasan n itu je yg buka malam2. Tapi x sangka pulak ada double charge bagai. Dulu pernah hantar gak cumel kat situ. Dudok wad je sehari seratus. Itu baru cirit birit. Memang cekik darah.

    Semalam rasa nak jga tengok dia. Tapi fikir2 tak sanggup tengok keadaan dia. Nanti sedih teringat2 pulak. Harap pak tam dapat diselamatkan. Aminnn

    ReplyDelete
  27. boy...apa status Pak tam skrg...?

    ReplyDelete
  28. pak tam, moga sihat cepat2. Hero tgu pak tam tu nak main2...

    ReplyDelete
  29. SEMOGA PAK TAM CEPAT BAIK...BAGI MINUM AIR KELAPA PURE...DULU MASA KAT KAMPUNG AYAH AKU BAGI AIR KELAPA PURE KAT CIK BU KESAYANGAN DIA,CIK BU KENA LANGGAR KETE...CIK BU TAK LEH BANGUN..MELEPET TERBARING JE...AYAH AKU SUAPKAN AIR KELAPA FRESH PAGI PETANG SIANG MALAM...SEMINGGU CIK BU BANGUN JALAN N MAKAN NASIK LAUK IKAN PEBERETNYA SEPERTI BIASA...KEPADA ORG YG PUKUL PAK TAM SEMOGA ALLAH BERI BALASAN YG SETIMPAL...VAVI PUNYA MANUSIA...EMO PULAK AKU PAGI2 NIH BACA MENDE2 GINI...KAT MELAKA NI KALAU CAT MASUK WAD BAYAR RM10 JE SEHARI...SAMA GAK KALAU NAK TINGGAL KALAU AKU GI OUTSTATION...RM10 SEHARI/SEKOR...SIAP BAGI MAKAN N TEMPAT TIDO(KALAU TAK DE)...VET INDIA TERSANGAT LA BAIK...

    ReplyDelete
  30. Kesiannya Pak Tam.. Sekarang macama mana ye keadaan Pak Tam? Kenapalah ada lagi manusia yang zalim sanggup siksa haiwan ) '= kalau haiwan tu muka macam hantu ke, xpela lagi, ni kucing yang comel gile gile gile pom nak disiksa ke?! Kejam nya manusia ) '=

    ReplyDelete
  31. cmner ngan hospital k'jaan? mmang syu ble tgk kucin kte skt..my cat kne kurap pon da ta' smpai ati tgk siann dy..upny tyme sy amik dy dy da ad kurap..ta' perasan la plak sbb sy ta' la hebat sgt bab2 nih..tp sjak sy bela kucin nih sy slalu la gak cri apa2 yg brknaan nan kucin..sy dpt free je kucin sy sbb susah nak cari kucin bulu yg pnjang sket agpun dy domestic medium hair..wlaupun dy free sy ttap sy dye.. skrg nih tga rndukn dy sbb sy pg holiday waa! sbnrny klu jmpe kucin cmner pon sy pantang nak pgang gak ..huhu..kt sekolah ad seko kucing mcm pak tam.. dy ad kurap sa2 badan ..bdk2 lain asyk mnjerit je ble tgk dy, hine sgt ke dy tu..bile dy org mnjerit rse geram je nak ckp " gedik pny budak, hina sgt ke kucin tuh" sy na' tolong pon ta' mampu.. :( smoga pak tam sihat..:)

    ReplyDelete
  32. ya Allah, sdihnye.. kesian kt pak tam.. perlu ke pukul smpai mcm tu skali.. doktor tu pon, agak2 la nk charge pon..

    ReplyDelete
  33. da ok xpk tam skng..
    siannye....doktor tuh ckp cm bgus...
    aq bdak kcik nih pn tau..hehe..
    kcing sy accident sume mti kot

    ReplyDelete
  34. salam,bro tabahkan hati,doa byk2 u dah cuba wat yg sepattnya..mmg saat2 kucin kita skt kita pun ikt skt gak..pasal org yg pukul p'tam tu biar ALLAH sj yg m,balasnya...xde perikebinatangan betol...pasal dok tu plak mmglah giler py doc...i g private vet pon ubat dlm 2 jenis,injection 2 dos baru rm45...lau dok wat pon rm10 je sehari...tp kat muar..xlayaklah doc tu jd doc haiwan..xmunasabah langsg...lau dia kata operate siap dok klinik bbrapa hari lam 3rat boleh fahamlah lagi..kecemasankan...ni sampai 6rat..mmg gilo...

    ReplyDelete
  35. Ni CikPea syak VET kat Animal Hospital Jln Pekeliling kan?.. Sblm kahwin dulu cikPea mmg akan bawak anak-anak bulu ke sini utk check-up (reason why, sebab dekat dgn rumah dan office).,Dulu anak-anak tak ramai takpelah bawak situ, charge lebih sikit pun janji puas hati.. Sepanjang CikPea bawak ke situ puas hati lah dgn layanan VET kpd CIkPea & kpd anak-anak..
    Mmg tak dinafikan, Animal Hospital charge mmg mahal compare dgn tmpt lain, utk boarding pun mahal ( tapi puas hati sbb tmpt bersih and ada aircond yg kat Ikano)...
    Tapi apepun pilihan pada kita. Macam sekarang anak-anak bulu CikPea dah 12 ekor (soon akan tambah lagi)., so utk check-up CikPea dah tak bawak ke Animal Hospital, tapi hantar ke VET Kerajaan.. murah dan cost-saving..

    ReplyDelete
  36. manusia mcm tu x lyk digelar manusia langsung.x berperikemanusiaan.x lyk hidup.kalau hidup asyik seksa binatang...tgk lah di akhirat nanti.binatang tu tuntut balik.

    ReplyDelete
  37. skit htinyaaa~~ sedih bla bca..t'igt kcing sy dlu...mati kna lggar..sedih sgt..

    ReplyDelete
  38. apa kata kita belasah org yg wat kucing2 ni sumer?bior diorg ase sakit plak kn?bior diorg plak kena g jaoh2 nk cari klinik pastu bayar mahal2 sambil menahan sakit.

    ReplyDelete
  39. terok manusia skrg....sya pon pencinta kucen jugak, kucen saya pon slalu kena pukul dgn jiran, sya sound dpan2 jer... kuang haji betol, hbgn dgn makhluk allah x jga lngsung, cmna la hbgn dgn allah??? kesian pak tam...

    ReplyDelete
  40. siapa nam vet tu, dah banyak kali dgr pasal ni, vet ni harap duit aje bukan sygkan bintag, kuang ajo, elo beruk tu nywa, bangang punya vet

    ReplyDelete
  41. sekarang pak tam n hero n kucing2 yang lain macam mane keadaan mereka..?adakah mereka sihat PH??

    ReplyDelete
  42. sket hati ngan kesian lak bce psl pak tam...kalo la dpt thu sape yg pkol dye...mmg!!!GTD(go to drive)!!!

    ReplyDelete
  43. manusia ni kdg2 jahatnye ngalahkn anjing liar...smg papa hero tabah dan paktam kembali pulih sepenuhnya...AMIN.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular