Kisah Benar Antara Aku Dan Kucing Jalanan Bernama Burn...


gambar hiasan







Sudah lama saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua mengenai kisah ini dan hari ni Alhamdulillah saya berpeluang untuk mengarangnya. Kisah ini berlaku sebelum saya dan isteri menimang cahaya mata setelah setahun lebih berkahwin. Peristiwa ini juga berlaku ketika kami tinggal di rumah lama di sebuah apartment.

Di sekitar pertengahan tahun 2006, seperti biasa saya memandu pulang ke rumah melalui Lebuhraya Besraya Cheras. Lebih kurang pukul 5 atau 6 petang, sebaik sahaja melepasi Plaza Tol Sg Long ( RM0.90 ) saya terlihat ada seekor kucing yang amat besar bermundar-mandir di tengah-tengah jalan raya. Keadaannya amat daif. Kemudian saya ternampak pula kereta-kereta yang melepasi palang tol teragak-agak untuk meneruskan perjalanan kerana takut terlanggar kucing tersebut. Ada juga pemandu yang tidak bertimbangrasa terus memecut keretanya sebaik sahaja melepasi palang tol walaupun dia tahu risikonya yang dia akan melanggar kucing itu.

Saya dah nekad, kucing ni mesti diselamatkan tak kira walau apa pun yang terjadi. Lebih kurang 30 meter dari palang tol ( jarak yang baik untuk kereta memecut ) saya memberhentikan kereta di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Banyak kereta yang membunyikan hon sebagai tanda marah tapi saya tak pedulikan tu semua. Sebaik sahaja saya memberhentikan kereta dan menyalakan 'Hazard Light', sepantas kilat saya keluar dari kereta dan menyambar kucing tersebut yang berada betul-betul di hadapan kereta saya ketika itu. Saya juga dimaki oleh seorang pemandu kerana kononnya saya membahayakan laluan keretanya. Sempat juga saya merenung mata pemandu tersebut yang berada cuma sedepa dari badan saya. Pemandu tersebut memandang ke arah kucing yang saya dakap itu sambil menggelengkan kepala. Saya terus memasuk ke dalam kereta semula dan memandu ke arah bahu jalan dengan niat untuk melepaskan kucing itu semula.

Kemudian, baru saya perasan. Kucing tersebut berwarna hitam dan tiada bulu langsung. Dari kepala sampai ke ekornya. Kemudian saya terasa tapak tangan saya menjadi kasar. Rupa-rupanya kucing tersebut dah terkena kurap yang amat kronik. Kesan kasar di tapak tangan saya adalah kopeng-kopeng kurapnya. Allahhuakbar saya cakap. Kasihan sungguh kucing ini. Saiznya pula amatlah besar. Lagi besar dari kucing saya yang bernama Hero. Baru saya teringat kembali ketika mengangkat kucing tersebut, ianya terlalu berat sekali. Berkali-kali saya fikir, adakah patut saya melepaskannya ke tepi jalan semula? Bagaimana kalau dia pergi ke tengah jalan semula? Kalau dia tak pergi ke jalan raya sekalipun, bagaimana pula dengan kurapnya? Yang pasti tiada seorang manusia pun yang akan memegangnya selepas ini. Sudah pasti dia akan mati disebabkan kurap...Aduhai, seksanya hidup dia...Perasaan geli masa itu langsung tidak terfikir. Ketika masih di bahu jalan, saya buka but kereta dan mencuci tangan ala kadar sahaja. Saya sempat menoleh ke arah kaunter tol di belakang. Ternampak kelibat seorang pengawal tua senyum ke arah saya walaupun jaraknya mencecah lebih kurang 100m. Saya masih boleh lihat dengan jelas misai dan gigi pakcik tu tersenyum ke arah saya. Saya tak fikir panjang lalu membawa kucing itu pulang ke rumah.

Semasa di dalam kereta, kucing itu terus tidur di tempat letak kaki sebelah penumpang hadapan. Dia dalam keadaan mengantuk, dahaga, lapar dan sakit pedih akibat kurap. Sempat juga saya 'berbual' dengannya.

"Jangan risau yer...aku dah jaga kau sekarang..jangan takut...kejap lagi aku beli makanan yang sedap2 untuk kau" Kemudian saya singgah ke 7 Eleven untuk membeli makanan kucing jenis basah berharga RM1.20 dan memberinya makan di dalam kereta sejurus selepas itu.

Kesian sungguh kucing tu. Keadaannya daifnya lebih dari yang saya sangka. Saya menelefon isteri dan memberitahunya yang saya ada bawa kucing balik. Seperti yang dijangka, isteri saya membenarkannya. Saya tidak memberitahu isteri saya tentang keadaan sebenar kucing ini.

Sampai sahaja di rumah, isteri saya terkejut dengan keadaan kucing tersebut. Badannya berwarna hitam seperti terbakar, tambahan lagi tiada bulu langsung. 100% hanyalah kerak kurap. Aduhai keluh isteri saya. Selepas itu, saya tinggalkan kucing tersebut di rumah sementara saya pergi kedai membeli minyak gamat ( tak ingat pula berapa botol ) dan satu pek besar makanan kucing.

Dengan kalimah Bismillah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, saya lumur badan kucing tu dengan minyak gamat dengan sepenuh hati dan belas saya. Isteri saya memang tidak mahu tengok sebab terlalu sedih keadaannya. Kucing tu besar, tapi dia tidak melawan ketika diubati kerana terlalu letih barangkali. Sambil melumurkan minyak gamat tersebut, kucing itu tertidur. Ini amat memudahkan saya untuk "kerjakan" dia. Keadaannya ketika itu baru sahaja selesai makan dan minum. Keadaan gelojohnya ketika makan rasanya tidak perlu saya ceritakan di sini sebab anda semua mungkin sudah boleh membayangkannya. Isteri saya menamakannya Si Burn, sempena keadaannya ketika dijumpai seperti kucing terbakar. Kena pula nama tu dengan dia. Untuk pengetahuan, saya terpaksa kurung Si Burn ni di bilik belakang. Bilik tersebut memang saya buat stor. Saya terpaksa kuarantin dia sebab takut kurap merebak kepada kucing-kucing saya yang lain.


Pada Subuh esoknya, sebelum ke tempat kerja saya sempat 'menyalin" makanan dan pasir kumbahannya. Si Burn masih tidur lagi. Posisi tidurnya masih sama dengan posisi tidur pada malam sebelumnya. Kasihan, berapa hari agaknya dia tidak tidur kerana kegatalan dan pedih akibat kurapnya itu.

Lepas pulang dari kerja, Si Burn masih tidur tetapi posisinya berlainan. makanan sudah pun habis dan ada terdapat 2 ketulan najis di dalam dulang pasir kumbahannya. Alhamdulillah, dia dah selesa barangkali. Air di dalam bekas minumannya dah hampir kering. Semasa dia tidur, saya amati badannya dengan teliti. Seumur hidup saya, belum pernah saya terjumpa kurap yang sedemikian rupa. Tetapi, saya perasan kerak kurapnya menjadi kecut dan tertanggal. Ini sudah bagus....!!! Lantas saya lumurkan minyak gamat ke seluruh badannya lagi. Kali ni, tapak tangan saya penuh dengan kerak kurap yang tertanggal. Terasa nak muntah pun ada. Tapi, saya tidak mahu buat sekerat jalan. Saya lumurkan sahaja sambil menelan air liur yang tidak berapa boleh nak telan.

Pada Subuh esoknya, Si Burn dah bangun dan kelihatan dia menjilat badannya yang dilumur dengan minyak gamat dengan selamba. Saya dan isteri pun gembira melihat keletahnya. Seperti biasa, saya "menyalin" perlatan keperluannya. Saya masih ingat lagi ketika itu hari Jumaat. Saya dan isteri pula bekerja setengah hari itu( tak ingat pula terpaksa keluar dari tempat kerja atas urusan apa ). Sebaik sahaja sampai di rumah, kami terkejut melihat ada 2 ekor burung hitam terperangkap dan berterbangan di dalam rumah. Saiznya sebesar burung tiong dan rupanya seperti burung gagak tetapi yang pasti ianya bukan burung gagak. Kalau yang seekor terbang ke kanan, yang seekor lagi akan ikut terbang secara bersebelahan. Pendek cerita, mereka memang tak mahu berenggang. Ke mana sahaja mereka akan terbang berdua. Saya tidak pula memikirkan apa-apa. Bagi saya, burung-burung ini mungkin tersalah masuk lubang sarang lalu termasuk ke dalam rumah saya. Selepas setengah jam, saya masih gagal mengeluarkan burung-burung tersebut walaupun semua tingkap telah saya buka dengan seluas-luasnya. Burung-burung tu tetap tidak mahu keluar. Ia bertenggek di bahagian ropol langsir. Ini dah lain dah ni bisik hati hati saya. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk tidak ambil pusing. Saya terus ke bilik dan merehatkan diri. Selang beberapa minit apabila saya menjenguk ke ruang tamu semula, burung-burung itu dah tiada. Agak menghairankan kerana burung tu nak keluar pun bersama-sama.

Saya sempat menjenguk Si Burn, bermain-main dengannya sebentar dan membersihkan apa yang patut. Saya amat gembira melihat kepala dan badannya telah mula ditumbuhi bulu. Cuma bahagian bawah perut dan ekornya agak lambat baik. Lantai bilik itu penuh dengan kerak kurap yang tertanggal. Kalau anda nak tahu, rupanya kelihatan seperti tahi minyak. Bau bilik tersebut agak busuk kerana terperap dengan bau najis dan bau minyak gamat., Matanya dah bersinar semula. Bulu-bulunya yang tumbuh kelihatan sangat halus dan bersih. saya selalu berkata kepada Si Burn: " Minta maaf sebab terpaksa kurung kau..bukan apa, takut nanti kau gaduh dengan Hero...nanti Hero plak kena kurap" Saya tak pasti samada dia faham atau tidak tetapi selepas itu dia menggeselkan kepalanya di seluar saya sehingga ada kerak kurapnya tertanggal dan melekat di seluar saya.

Pada malam itu, saya bermimpi saya pergi memancing di sebuah tasik yang sangat cantik. saya telah mendapat 2 ekor ikan emas yang sangat cantik Kedua-duanya sama warna. Perasaan ketika itu gembira amat terkata.

Pada hari Sabtu esoknya, saya pergi ke tempat kerja macam biasa sementara isteri ke rumah ibunya. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Tiada benda-benda pelik yang berlaku. Semasa dalam perjalanan pulang, saya dan isteri tidak habis-habis berbual pasal Burn. Sepanjang 1 jam setengah perjalanan, kami tidak putus-putus bercerita.

Sebaik sahaja sampai di rumah, saya membuka pintu bilik untuk menjenguk Burn. Tidak sabar rasanya mahu melihat badannya ditumbuhi semula. Apabila daun pintu bilik dibuka, saya dapati Burn tiada di dalam bilik. Bilik itu juga kurang berbau. Tingkap dan pintu memang tertutup rapi kecuali di tingkap kecil di bahagian atas daun tingkap ( top hung window ). Tidak mungkin Burn memanjat tingkap tersebut memandangkan keadaan langsir yang masih tersisip rapi. Kalau Si Burn memanjat tingkap, pasti langsir itu akan terhurai dan ada kesan kotoran minyak gamat. Pintu pula memang tidak dibuka. Tiada kesan pergelutan kucing kerana kalau Si Burn keluar dari bilik, Hero mesti bergaduh dengan Burn. Isteri saya bertambah terkejut dengan apa yang berlaku. "Siapa agaknya Si Burn tu bang??" tanya isteri saya. Saya masih keliru dengan keadaan yang berlaku. Puas saya selongkar seisi rumah namun tidak menemui apa-apa pun. Bekas makanan masih ada baki makanan, begitu juga air minuman. Dulang pasirnya ada 1 najis tapi tak berbau. Botol minyak gamat yang kotor luarannya kelihatan bersih seperti sediakala. Bantal yang dikhususkan untuk Si Burn baring masih terletak kemas di tepi penjuru bilik. Bilik itu seolah-olah tidak pernah dikurungi kucing. Kerak kurapnya yang besar di atas lantai menjadi kecil dan ini amat memudahkan saya untuk membersihkannya. Kemudian saya periksa keadaan fizikal Hero. Saya amati betul-betul. Keadaannya normal. Mukanya juga menunjukkan muka selamba. Aihh..macamana pula Si Burn boleh keluar dari bilik ni? Ke mana pula dia pergi ni? Kalau dia mati di rumah, di mana bangkainya?

Pada malam itu, sekali lagi saya bermimpi dapat memancing dua ekor ikan. Kali ini bukan ikan emas, malah lebih besar dari itu. Rupanya seperti ikan patin tetapi bersisik.

Pada pagi Ahad, saya bertanya kepada jiran yang tinggal di aras tingkat bawah ( beliau adalah surirumah sepenuh masa ) dan kepada tukang sapu sampah yang selalu bertugas di situ. Mereka berkata tidak jumpa apa-apa bangkai kucing atau kucing yang berwarna hitam di kawasan itu. Kalau Si Burn mati masa terjun, tukang sapu itu mesti jumpa bangkainya. Saya mula berkata-kata di dalam hati..... "Makhluk apa yang aku bawak balik ni?? Pelik betul...!!!" Selepas kejadian itu, saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Kami pasrah. Saya tetap harapkan yang Si Burn ni selamat.

Selang seminggu lebih selepas peristiwa itu, pada suatu pagi isteri saya muntah-muntah semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya dah syak yang isteri saya mula mengandung. Saya bertanyakan kepada isteri samada mahu pergi kelinik atau ke tempat kerja? Dia kata mahu ke tempat kerja kerana di sana pun ada klinik. Pada waktu tengah hari, isteri saya menelefon dan memberitahu yang memang sah dia mengandung. Saya gembira tidak terkata. Penantian selama hampir 2 tahun kini berakhir. Doktor pula mengesahkan kandungan  sudah berusia 2 minggu ( masa tu tidak perasan lagi umur kandungan sama dengan usia kehilangan Si Burn iaitu 2 minggu )

Ketika mengandung, kesemua yang makanan diminta oleh isteri saya semuanya mesti dua. Kalau nak nasi lemak, mesti dua bungkus walaupun yang memakannya hanya dia seorang. Begitu juga dengan roti canai, air teh ais bungkus dan lain-lain makanan.

Selepas kandungan mencecah 3 bulan, saya dan isteri teringin nak melihat bakal cahaya mata. Kami pergi ke sebuah klinik swasta untuk pengimbasan kandungan ( scan perut ). Doktor yang mengimbas perut isteri saya mula mengerutkan dahi sambil menjeling ke arah saya. Sambil doktor tersebut menggelek-gelekkan ‘nozzle’ pengimbas itu di atas perut isteri saya, dia bertanya :

Doktor : En Hairey ni ada keturunan kembar tak??

Saya : Rasanya tak ada ( sambil mengerutkan dahi dengan penuh kehairanan. Isteri saya senyum sahaja ketika itu )

Doktor : Menurut pengamatan saya, ada dua bayi kat dalam perut ni. Rasanya macam kembar.

Saya : Eh...?? Betul ke?? Boleh saya tengok?? ( justeru itu, saya melihat ke arah monitor...kelihatan ada 2 kepala bayi sebesar bola ping pong di dalam perut. kedua bayi tersebut kelihatan aktif sekali walaupun baru berusia 3 bulan )

Doktor : Saya pasti, ini memang kembar. saya syorkan awak buat pemeriksaan lanjut di hospital.

Saya : Baik..( membalas soalan dengan penuh kekeliruan )

Dipendekkan cerita, kami telah membuat pemeriksaan di sebuah lagi klinik swasta dan di hospital HUKM. Kesemuanya berkata ianya adalah bayi kembar. Alhamdulillah, setelah genap 7 bulan mengandung, isteri saya selamat melahirkan Along & Angah secara normal dan perbezaan masa kelahiran hanya 7 minit. Walaupun Along & Angah lahir tidak cukup bulan, mereka berdua sihat dan tidak memerlukan bantuan oksigen. Doktor mengesahkan paru-paru mereka kuat dan boleh bernafas sendiri.  Menurut doktor pakar, biasanya bayi yang pramatang perlu diberi bantuan pernafasan.

Barulah kami faham apa yang berlaku sebelum ini adalah petanda-petanda ada rezeki dan rahmat yang amat besar dilimpahkan kepada kami. Bagi diri saya secara peribadinya, keadaan hidup saya banyak dilimpahi rezeki selepas membela Hero ( wallahualam )..Tak mungkin ianya berlaku kebetulan..selepas itu, kehidupan saya sebelum kahwin dulunya suram kini sudah berwarna-warni. Saya mendapat lebih dari apa yang saya jangkakan.

Cerita di atas adalah kisah benar yang telah saya ringkaskan. Ada banyak lagi perkara pelik yang berlaku sebelum kehilangan Si Burn.

Persoalannya :

1 ) Benarkah Si Burn itu kucing? Kalau bukan, makhluk apakah ia?
2 ) Sampai ke hari ini, di manakah ia? Adakah dia masih hidup?
3 ) Apa hikmah di sebalik semua ini?
4 ) Bagaimana dia hilang begitu sahaja di dalam bilik yang berkunci dan daun tingkap yang terkatup rapat?

5 ) Kenapa saya diuji sebegini rupa?

Ada banyak lagi persoalan yang tak mampu saya ungkaikan di sini. Kepada Burn, tidak kira siapa kamu, kami sekeluarga tetap menyayangimu.

p/s :

1 ) Kalau terjumpa ada kucing atau manusia yang menghampiri kamu meminta bantuan, bantu dia dengan seikhlas hati dan penuh rasa tanggungjawab. Kita tak tahu samada dia tu kucing, manusia atau malaikat rahmat.

2 ) Kalau ternampak orang menyepak kucing di kedai makan, biarkan sahaja. Tak payah nak bertegang urat. Anggap sahaja yang dia telah menyepak "malaikat rahmat" yang ingin memberinya rezeki.


Updated :

Untuk pengetahuan, entri ini adalah gaya penulisan PH 1 tahun lebih lalu. Kisah ini berlaku sebelum blog Kakimotong ini wujud lagi....PH pun masih belajar menulis ketika ini....Facebook pun baru diperkenalkan ketika kejadian ini berlaku, PH langsung tak terfikir nak ambil foto Si Burn apatah lagi menulis blog dan SHOUT SANA SINI di Facebook macam yang berlaku sekarang...Cara nak menangani masalah kucing jalanan yang dijumpai pun masih samar-samar...PH pun manusia biasa juga....Masa tu PH pun pakai handphone biasa sahaja...Blog-blog dan laman Facebook pencinta haiwan pun masih berada di zaman kelesuan. 

Antara percaya atau tidak mengenai kisah Si Burn ini, terpulanglah kepada penilaian anda sebagai pembaca...Jangan jadikan cerita Si Burn ini sebagai modal untuk menghentam PH di belakang-belakang...Hentikan mencari salah orang lain dan letakkan status pum pang pum pang di Facebook....Jangan dilupa bahawa kita semua bertemu di sini....Kalau tak nak mengaku, sila buang entri PH dan Hero yang diabadikan di dalam blog mereka yang menghentam PH...Takut nanti dicop sebagai gila trafik...Apa tidaknya, bila ditaip cerita Hero di Google, laman blognya yang pertama sekali keluar di internet walhal di belakang-belakang menghentam PH sehingga mengaibkan...Yang menghairankan, ada di antara mereka yang masih LIKE page PH di Facebook...

Dan jangan dilihat seseorang itu di masa silamnya, tetapi lihatlah seseorang itu di masa sekarang...Mereka berubah dan berjaya kerana telah belajar dari kekhilafan yang lalu...Itu lebih baik dari menghasut orang dan menyemai kebencian di dalam internet....Orang yang termakan hasutan dari biawak-biawak ini juga adalah golongan orang yang rugi...Kawan-kawan pencinta haiwan lelaki  yang dah termakan hasutan, PH gelakkan ajer...Ingatkan antibodinya kuat, rupa-rupanya amat lemah sekali...Macamana nak jadi ketua keluarga...? Tak tahu hujung pangkal terus prejudge PH ni yang bukan-bukan...PH tak rugi apa pun....Teruskanlah dengan agenda anda dengan menyemai kebencian, PH terima dengan hati yang terbuka...Dapat juga pahala pasif....Alhamdulillah...

Sesungguhnya, orang yang sebegini tidak akan berjaya di dalam hidupnya sampai bila-bila...Mencintai haiwan konon tapi menyemai kebencian terhadap manusia...Hero yang takde 'tangan' pun kena kutuk dan dihina teruk oleh mereka....Pencinta haiwan spesis apa ni...? hmmmm


PH tak pernah menghalang perjalanan hidup orang lain, jadi jangan sekali-kali ada niat nak menghalang perjalanan hidup PH...

Satu lagi, Errmmm...yang amat menghairankan, orang yang menghentam PH di belakang-belakang tidak mahu pula mendelete cerita PH & Hero di dalam blognya...??? Dan masih juga LIKE page FB Kakimotong...Untuk apa agaknya...? hmmmm

Kalau ada yang terasa tu nak balas semula coretan ini, memang itulah sikap sang biawak yang tidak muhasabah diri...Leher tinggi tapi makan bangkai sialan ( KLIK SINI )...PH juga berhak mempertahankan diri...Bila mereka dah punyai anak nanti, barulah mereka akan tahu langit tu tinggi atau rendah...KUCING atau ANAK yang paling utama...??

Comments

  1. WOW tis is a very great story.....the moral of the story is = kalau nak dpt anak kembar...rajin2lah lumur minyak gamat kat kucing kurap..hahahhaha....betol tak???

    ReplyDelete
  2. urm, sedih ada, kagum ada, terkejut ada, takut ada, seram pun ada.

    suka ''Kalau ternampak orang menyepak kucing di kedai makan, biarkan sahaja. Tak payah nak bertegang urat. Anggap sahaja yang dia telah menyepak "malaikat rahmat" yang ingin memberinya rezeki''

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Cerita yang menarik... tapi yang peliknya, belum habis baca kak e cam boleh agak kesudahannya!!! Pastu hati berkata... aku dah agak dah... :p

    * kak e tak boleh diamkan orang yang menyepak kucing! Sanggup bergaduh!!! hehehehehe

    ReplyDelete
  4. sedih+hairey eh...hairan+ajaib

    tp semua tu hanya Dia yang tahu kenapa dan mengapa.

    ReplyDelete
  5. perbuatan yang baik di balas baik oleh Nya...

    ReplyDelete
  6. cerita yg luar biasa tetapi tidak mustahil jika ia adalah kehendak-Nya

    org slalu kata, apabila memberi makan pada kucing atau haiwan yg kelaparan..mereka akan mendoakan kesejahteraan kita, dan pastinya doa mereka atas diangkat tanpa ada halangan kerana haiwan ini suci dan tiada dosa

    Allah mungkin telah memakbulkan doa Burn di atas keperihatinan papa hero kepadanya, waallahualam...

    ReplyDelete
  7. Kagum dengan empunya blog. Zaman skang, susah nak cari org yg sanggup tolong kucing kurap, apa lagi nak tolong sesama manusia. Alhamdulillah, masih wujud lagi golongan yg perikemanusian terhadap sesama makhluk. Semoga empunya blog suami isteri di kurniaan kebahagiaan dan rezeki yg melimpah ruah supaya terus membantu makhluk² lain. Amin.. :)

    ReplyDelete
  8. syabas buat papa hero...banyak memberi kesedaran setelah membaca blog ini..

    ReplyDelete
  9. nak nangis back cite ni! terharu! huaaaa

    ReplyDelete
  10. ermm...itulah yg dinamakn rezeki...sy pnh juga laluinya....slps m'mbela kucing jlnn..yg sy jumpa...rezeki kpd kluarga saya mlimpah2...suatu kebetulan..ataupun mmg suratan...yg plg mmberi ksan ialah..ayah sy dinaikkn pngkat 2 kali dlm msa setahun setelah hmpir 9 thun tdak di naikkn pngkat...alhamdullillah...

    ReplyDelete
  11. inuyasha demon half wolfNovember 17, 2010 at 6:00 PM

    bagus itu

    ReplyDelete
  12. alhamdullilah... allah maha besar.. pengalaman itu amat bermakna..Allah membalas kebaikan hambaNya tanpa terduga...

    ReplyDelete
  13. mulienyer ati PH nie...bkn semue owg mampu buat cm PH buat....truskn usahe membela nasib kucing2 jalanan....

    ReplyDelete
  14. Orang yg baik hatinya pasti dilimpahi rezeki & rahmat...semoga PH berbahagia, happy oways n teruskan usaha penyelamatan haiwan2 terbiar....from kakimotong fans, catladyjes..

    ReplyDelete
  15. Best baca blog PH ni.
    Ya betul, kalau nampak kucing mintak makan kat kedai makan ke restoran ke or mana2 saja, bagila sikit, x luak pun. Insya Allah, "di sana" nanti kucing tu plak yang akan bantu kita... :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..
    huhu,sedihnya baca..
    bgenang je air mata..
    baiknya awk n wife..smga dmurahkan rezki fmly awk,amin..
    sy pn ada bela kucing 2 ekor,Koppi dan Korbu,suami yg jg memandangkan kami ni msh PJJ(perkhwinan jrk jauh)..
    sy sdg mengandung skrg ni,rmai org bising knp sy bela kucing,bhya utk kandungan la,mcm2..tp saya syg sgt kucing..buat ms ni,suami sy yg akan cuci najis kucing,saya boleh bmain je dgn anak2 bulus tu..emm,sedih nye bila org marah saya bela kucing,cmna nak buat..
    sy ada ikuti PH kat FB gak,suami sy yg cerita yg PH ni suke kucing sgt,jd sy ppn cari,sonok baca tntg kucing lover..
    bila2 nak jg ke rumah PH,suami sy kenalan PH smsa bljr d manjung..
    sgt kagum dgn cara PH mjaga kucin..
    wslm =))

    ReplyDelete
  17. kisah amt menarik & jd pengajaran bg org suka sepak kucing. kaymama share this kt fb..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. sy suke sgt kucing..suke giler...sy nampak kucing terbiar,nk je bwk balik..kalau dulu,mesti mak tak bagi..tp skrg,asben sy lak tak bagi..die suke bele kucing mhl yg cantik..huhu...

    ReplyDelete
  20. selain myk gamat...petua minyak goreng ikan yg disapu pd kurap kucing juga sgt berkesan...at least lau kucing tu jilat sedap skit perasa ikan...=)

    ReplyDelete
  21. Menangis I baca blog ni.

    Thanks
    Ivy Loh

    ReplyDelete
  22. terharunyaa baca cerita ni..teringat..saya pun penah nampak kucing di highway..dok tepi jalan lak tuu..nmpk ada pakcik naik moto tolong ambil kucing tuu..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum !
    what a nice story ! kucing adalah makhluk Allah juga, macam kita... antara sifat ihsan yg dituntut adalah ihsan terhadap haiwan... besar ganjarannya buat baik pada haiwan ni.. Rasulullah sendiri pun nak ambil kain baginda yg ada kucing sedang tidur atasnya, baginda koyak bahagian kucing tu tido supaya tak kacau kucing tu lalu memakai jubah baginda..

    wow... teruskan amal macam ni ! sy sokong 110%... murah rezeki orang kata kalau bela kucing.. bukan sebab kucing tu bagi rezeki, tp sebab Allah sukakan hambaNya buat baik pada makhlukNYa... wallahualam...

    ReplyDelete
  24. anda lah insan yng bertuah disisi Allah dgn kebaikan ni anda sekeluarga dimurahkan rezeki dan dirahmati dunia akhirat..Amin.

    ReplyDelete
  25. touching story~
    actually, penah gak menghadapi keadaan dimana diri sendiri tertanya2, "are you really a cat, or what?"~ because, even for few days jack was with me, but he gives a big impact in my life~

    ReplyDelete
  26. mulai dari sekarang, saya musti lebih sayang ke kucing...

    ReplyDelete
  27. cerita yg menarik merembang bulu roma bace disebab kn keikhlasan,semangat anda utk menjaga burn,pasti ade hikmah diseblik kejadian,dan pasti ada jawapan di setiap persoalan..=)..pakcik misai yg senyum tu spe??pekerja tol??

    ReplyDelete
  28. saya sayang kucing lebih dari saya sayang orang kesayangan saya , ex; seperti kekasih, atau pon kawan-kawan~ haha

    ReplyDelete
  29. kagum saya dengan sifat PH ngn MH..moga PH ngn MH sntiasa mendapat rahmat ALLAH...saya nk share cite ni kt fb eh..blh kn?sbgai renungan utk kwn2 yg lain..time ksh..=)

    ReplyDelete
  30. Woooow... Entah2 si Burn tu malaikat yg tgh menyamar x?

    ReplyDelete
  31. meremang jgak la bc

    ReplyDelete
  32. tahniah tuk PH & MH...
    tuk sy juga ade bbrape kemusykilan...
    knape PH x ambil gmbr or video burn mcm slalo...
    siapa pak cik yg tersenyum di plaza tol yg 100m pon PH leh nmpk senyumnye...
    nmun ALLAH MAHA MENGETAHUI sgalanya...[",]

    ReplyDelete
  33. abang besar,

    perkara ini berlaku sebelum PH ada blog lagi..diharap tiada kemusykilan lagi yer :)

    ReplyDelete
  34. btw, abang besar lain kali kalau nak komen sila tinggalkan link yer...100 meter tu anggaran PH sahaja...

    ReplyDelete
  35. PH , alhamdulilah dan tahniah . HANYA ALLAH SHAJA YANG BOLEH MENBALAS JASA PH . seyes , terharunya saya bile baca , terdetik di hati BAEKNYA PH NIH , allah huakbar , DIA MAHA ADIL ..

    p/s : everthing happen that something behind kan ?

    ReplyDelete
  36. Rasanya betul kata Qaimur..mgkn malaikat menyamar..ayah saya pn prnh bgtau haiwan2 berbulu hitam pekat kdg2 tak diduga...adakah ia benar2 haiwan atau malaikat yang diutus untuk menguji kita..termasuklah peminta sedekah..tahniah buat PM sekeluarga

    ReplyDelete
  37. kagum lha dengan PH , sanggup bawak balik kucing kurap tu . kalau saya entah lha . tak mustahil kucing tu malaikat yg diutuskan Allah utk mnguji papa , ujian keatas hambanya itu tidak lain dan tidak bukan utk mmberi rezeki kpd hambanya yang sanggup menempuh ujianNYA dgn ikhlas . SAYA SALUTE PAPA HERO .

    ReplyDelete
  38. CERITA YANG HEBATTT!!! MINTA IZIN SHARE Di BLOG NIA YA PAPA HERO!!

    ReplyDelete
  39. kesian tgk heroo dn sangka sbb dia jd mcm tu akibat perbuatan manusia jugak...teruk nye ye..

    ReplyDelete
  40. menangis sedu sedan sya bila tgok hero jln...syukur ada org yg mcm ph ni sanggup bela hero n rawat burn...

    ReplyDelete
  41. arghhh!
    sedih+takut+seram+terharu.. weyy.. aqu sensorang nie...(rumah bujang...)

    ReplyDelete
  42. best citer ni.. trngin nk tgk pic burn.. paper pon, moga PH skeluarga truskn usha slmtkn kucing2 ni.. hnya Dia yg mmpu mblas smua jsa PH.. timer ksih coz sdi jga dorg.. sob3..

    ReplyDelete
  43. semua yg terjadi atas kehendakNYA...saya kagum dgn bro n wif.....

    ReplyDelete
  44. hmm.burn.who are you.??

    ReplyDelete
  45. adus.. sedih nya... subhanallah.. betulla.kalau kucing datang rumah layan la dengan baik2.. ..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  46. memule baca sedehhh je..pastu tetiba berdiri bulu roma ni baca..seram lah pulak.. ishhh sampaikan saya nak tahu mana burn tu pergi. nak tahu sangat ni..

    ReplyDelete
  47. greats story....mgkin ALLAH nk nguji PH....dan mgkin 'burn'adalah 'malaikat rahmat' wallahua'lam....

    ReplyDelete
  48. PH: LEH TAK SAYA NAK COPY CERITA NI KAT BLOG SAYA..SAYA CATAT LA SUMEBR DARI MANA.

    ReplyDelete
  49. anugerah n rezeki Allah s.w.t.. :)

    ReplyDelete
  50. Salam..amat terharu skali ada jugak insan mulia mcm PH n MH.sy mmg peminat kucing duli,kini insyaallah selamanya..dulu sy ada seekor kucing yg sy dh anggap mcm family sdiri..9 thn bersama dr hidup tanpa anak hingga dikurnia 2 anak,membesar bersama kucing kesayangan sy tu..dr menyewa hinggalah dpt miliki rumah sdiri...hinggalah hubby sy dinaikkan pangkat..insyaallah kalau kita berhati mulia..Allah akan lipatgandakan rezeki n kebahagiaan org spr PH...sy doakan moga rezki anda n keluarga betambah tambah...amin...kucing mmg dpt membahagiakan org yg menjaganya...sehingga skrg perasaan rindu pd kucing kesayangan sy takkan luput..rindu sgt2 walaupun dh 2 thn dia pergi..

    ReplyDelete
  51. Subhanallah ... Allahuakbar ... sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada rezeki & rahmat yang dikurniakanNya kepada PH sekeluarga atas keikhlasan PH menolong makhluk-makhlukNya yang ditimpa kesusahan. What an inspiring story, & you're an inspiration to us all!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular