Hero ( Kucing Kurang Upaya ) Selamat Dibedah
Hari saya pagi ni agak suram kerana Hero tiada di sisi...biasanya pada pagi ahad, dia akan baring di sebelah bawah katil saya sambil dagunya mencecah lantai. Comel sangat keadaannya..Hero memang selalu memanjat tangga untuk naik ke tingkat atas semata-mata nak baring dengan saya / wife...Tapi dia tak boleh turun..saya yang kena mengangkat dia..Setiap pagi sebelum aku mandi, saya / wife akan menyiapkan keperluan Hero terlebih dahulu. Memberinya makan / minum serta membersihkan tray najisnya.
Barulah saya faham kenapa sejak akhir-akhir ni Hero kurang bergerak. Matanya menjadi kuyu dan tidak melawan walaupun diterkam Pak Tam...Saya melihat bekas luka di testisnya sudah sembuh tetapi masih bengkak. Pada fikiran saya, mungkin bengkak itu akan susut seminggu dua lagi...tetapi sangkaan saya meleset. Pada 15 Julai 2010, ketika sampai sahaja di rumah selepas pulang bekerja, Saya menjumpai Hero sedang terbaring dengan keadaan nafasnya turun naik,bulu meremang, matanya kuyu dan badannya panas...aduhaii, Hero kena demam yang amat panas...
Pada Jumaat 23 Julai, Hero telah dimasukkan ke wad Kelana Jaya Veterinary Clinic untuk proses selanjutnya iaitu pembedahan kecil pada testisnya yang bengkak dan mengkasi Hero. Dijadualkan oleh Dr Intan dan En. Hadzwan, pembedahan kecil akan dilakukan pada waktu malam. Beliau akan memberitahu perkembangan selanjutnya melalui sms atau dengan menelefon saya sendiri.
Hati saya amat berdebar-debar pada malam itu...tunggu juga khabar berita dari Dr Intan tapi tak kunjung tiba. Aduhai,,, jantung saya berdebar-debar ketika ini...Kelihatan wajah isteri saya agak tenang ketika ini tetapi saya tahu dia cuba untuk tidak mengingati Hero kerana dia yakin Hero akan selamat dengan Dr Intan.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam tetapi masih tiada khabar berita....sambil menonton Cartoon Network bersama Along & Angah, hati saya asyik memikirkan bagaimana keadaan Hero dibedah ketika itu. Kesian kat Hero. Sesungguhnya, dia langsung tak mengerti akan apa yang sedang berlaku pada dirinya...dia hanya tahu rasa sakit tapi hanya boleh mendiamkan diri sahaja. Beginilah kalau sudah tersurat menjadi haiwan. Tak boleh nak bagitahu kat mana yang sakit...Hanya manusia yang prihatin sahaja dapat membantu mereka.
Baru saya teringat, semasa memandu pulang pukul 8.30 malam ( 23 Julai 2010 ) saya ada terima satu sms tapi apabila saya cuba membacanya bateri handphone pula dah habis. Cepat-cepat saya meluru ke tingkat atas untuk mengambil handphone semula. Sangkaan saya tepat, sms tersebut datang dari Dr Intan. Sms tersebut berbunyi :
" Salam En Hairey, Hero had just been sedated. In about an hour time he'll be under full anaesthetized. I'll update to you once the surgery is over. Tq, Regards from Dr Intan "
Sms received at 8.01pm.
Aduhai, masa saya membaca sms ni pun dah pukul 10.30pm..bermakna 2 jam sudah berlalu...bagaimana Hero sekarang?? Adakah Dr Intan berjaya? Fikiran saya kusut ketika ini. Saya terus menelefon klinik tapi tak diangkat. Oh, mungkin pembedahan belum selesai lagi...takpe, saya tabahkan hati sementara menunggu update dari Dr Intan.
Tepat pada pukul 11.30pm, saya menerima panggilan telefon dari Dr Intan..Hati saya begitu berdebar-debar ingin mengetahui nasib Hero. Dr Intan memberitahu bahawa :
"Beliau baru sahaja selesai membuat surgeri. testis Hero ada radang yang amat serius. Beliau menjumpai ada dua kesan lubang dipercayai kesan gigitan taring Pak Tam. Bengkak Testis Hero adalah disebabkan nanah yang berkumpul terlalu banyak. Testis yang paling bengkak ialah testis sebelah kanan dan dalam peringkat awal untuk merebak ke testis sebelah kiri.Nanah keluar tak berhenti-henti apabila dipicit. Dr Intan belum pasti nanah itu merebak sampai ke tahap mana tetapi beliau syak nanah tersebut telah merebak ke bahagian bawah perut Hero. Suhu badannya naik secara tiba-tiba ketika pembedahan sedang dilakukan tetapi Dr Intan berjaya mengatasinya. Selepas itu, Hero dikasi sekali..."
Aduhai Hero,,,maafkan papa ye .....papa tak memahami kesakitan yang kamu alami selama ini...di sebalik gaya manjamu itu, ada kesakitan yang tidak tertanggung olehmu rupa-rupanya...
Saya terus update berita ini kepada maksuhakim, marylin, papa meow, kaizen, cik siti dan eddie ezuan menerusi sms.
Pada pagi Sabtu di tempat kerja, hati saya menjadi lesu. Tak habis-habis memikirkan tentang Hero...Ini baru sakit, bagaimana pula kalau Hero dah tiada nanti? owh...!!! Saya tak mahu menjadi terlalu optimis. Saya memikirkan keadaan sekarang terlebih dahulu,barulah boleh fikir masa akan datang.
Sehingga pukul 11am, masih tiada berita dari Dr Intan...hati saya semakin gusar...saya ada menelefon klinik, tetapi tiada jawapan. Oleh kerana tak tahan menanggung gusar yang teramat sangat, saya bertindak untuk keluar dari pejabat. Selepas meminta izin dari superior untuk keluar sebentar,saya telah meminjam motorsikal rakan sekerja saya. Kalau naik motorsikal ni cepat sampai...kalau naik kereta takut jalan raya sesak dan perjalanan lambat.
Alahai....klinik tutup pula.... saya terlupa yang Dr Intan ada menampal notis di pintu masuk mengatakan pada Sabtu 24 Julai 2010 klinik akan ditutup. Saya pergi ke pintu belakang dengan harapan ada orang tetapi hampa. Pintu belakang juga tertutup rapi...aku asyik melihat pintu belakang itu. Alangkah bagusnya kalau aku dapat bertemu dengan Hero sekarang...saya jerit kuat-kuat kat pintu belakang klinik tu tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang...Saya peduli apa, orang bukannya kenal saya pun...lagi pun saya pakai helmet ( Appolo ).
Saya jerit kuat-kuat kat pintu belakang tu dengan harapan Hero akan mendengarnya:
" Hero,,,ayah datang ni...Hero jangan tak makan yer....nanti hari Isnin ayah datang jumpa Hero tau...!!!!Ayah sayang kat Hero....!!!!"
Saya berlalu pergi dengan motorsikal dengan keadaan mata yang berkaca-kaca dan nafas yang sebak tanpa mempedulikan orang ramai yang asyik memerhati saya. Hati saya sedih di sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. Terasa perjalanan begitu jauh sekali padahal jaraknya tak sampai pun 7km. Dari SS2 ke Kelana Jaya...apelah sangat...
Saya berlalu pergi dengan motorsikal dengan keadaan mata yang berkaca-kaca dan nafas yang sebak tanpa mempedulikan orang ramai yang asyik memerhati saya. Hati saya sedih di sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. Terasa perjalanan begitu jauh sekali padahal jaraknya tak sampai pun 7km. Dari SS2 ke Kelana Jaya...apelah sangat...
Ketika sudah tiba di separuh perjalanan, saya menerima sms dari Dr Intan dan sepantas kilat saya berhenti di tepi jalan. Sms tersebut berbunyi :
" Salam, Alhamdulillah Hero dah sedar and he starts to eat now. Luka di scrotumnya dah mula kecut sedikit tapi masih basah. Saya ada di klinik pagi tadi tapi skg saya di luar. I suggest you to come & visit Hero tomorrow..."
Aku tiba-tiba senyum tak henti-henti...mataku sudah tak berkaca lagi...aku tahu Hero memang seekor kucing yang kuat semangatnya...lihatlah cara dia melompat naik ke tangga, lihatlah bagaimana dia gaduh dengan Pak Tam, lihatlah bagaimana Hero bertempur dengan kucing liar sehingga kucing liar tersebut lari lintang pukang, lihatlah bila suhu badannya sudah mencecah 40darjah celcius tapi tak terkena sawan pun...masih boleh bertahan lagi..lihatlah kaki hadapannya yang putus tetapi masih boleh hidup lagi....
Hero, maafkan papa yer sebab lambat hantar pergi ke klinik....nanti ayah datang jumpa Hero yer...Papa sayang kat Hero....
huwaaaa.mule2 bace dah bergenang dah. tapi bile tau hero selamat, wahhh. sedih dalam gembira! :)
ReplyDeletetak sabar nak tgk gmbr Hero lepas operation!
lepas nih, Pak Tam takleh main testis Hero dah yer~
wow, seronok nye, lepas satu satu derita hero oh, tapi, alhamdulillah lah, dah oke, :)
ReplyDeletejempot lihat blog and tingglkan jejak anda di entri ni :D
life as UNI student xD
insyaALlah.. hero x apa... doa dari kejauhan... :)
ReplyDeleteAIRA,
ReplyDelete1 ) SAYA TAK PASTI KOMEN AWAK TU IKHLAS KE TAK?
2 ) SAYA PASTI AWAK TAK BACA CERITA NI SAMPAI HABIS
3 ) AWAK TAK ADA SENSITIVITI SEBAGAI SEORANG BLOGGER
4 ) RUANG KOMEN INI BUKAN TEMPAT MENGIKLANKAN BLOG AWAK
5 ) BELAJAR MENGHARGAI PERASAAN ORANG LAIN
6 ) TOLONG IKHLAS APABILA MENINGGALKAN KOMEN...
uwaaaaaaaaaaaaaaaa.......sedihhhhhhhhh.......
ReplyDeletemata saya pon berkaca2 ni..
kat opis ni maka kene cover..
kalo kat umah da melalak gamaknye..
cian hero... :(
tapi alhamdulillah dia da sedar..
moga cepat sembuh hero!
untie rin sayang hero jugak!!
Sedih baca entry nieh... semoga hero cepat sembuh yer..
ReplyDeleteoke, sorry, tapi mungkin nada bacaan tu salah
ReplyDeleteape yang cube dimaksudkan ialah ;
seronoknye hero makin sembuh and alhamsulillah that operation goes well
TAPi agak kesian lah, hero kene tanggung derita dari satu ke satu,
maaf sekali lagi, oke,
aira,
ReplyDeletekalau mcm tu, baguslah...next time hati2 bila mengomen yer....yang penting, ikhlas...semak ejaan tu dulu....bukan alhamsulillah dik...!!
haih..bro
ReplyDeletejangan marah2
nanti cepat tua
den plak naik sebak baca benda nih
tingat dekat ikan2 den yg dulu
Pak Tam kira suka buli Hero lah nih?
P/s : Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb!
huhuhu...sedey bile bace part yg papa hero menjerit blkg klinik tu...tp akhirnya happy jgk... Alhamdulillah. hero dah baik =)
ReplyDeletecredit to Dr. Intan !!!!
ReplyDeleteHero akan cepat sihat! sebab dia memang HERO!!!
ReplyDelete*recover quickly ya...
hans,
ReplyDeletebukan marah,ter emo plak...entri citer sedih pasal hero tp dia seronok plak...tapi takper, dia dah mengaku dia tersilap tulis...
semoga hero cepat sembuh.. kesian kat kucen tu..nak nanes dah ni..ade tisu tak? pinjam..uwaaaaaaaaaa... nak tengok hero sihat semula..
ReplyDeleteakhirnya hero beransur sembuh! yeay!!!!
ReplyDeletemule2 bace sedih dah...
ReplyDeletetp ble taw hero dh okay..
sy pon syum skali!
hehe
:)
huhu... touching giler baca entry ni. rsa cm nk nangis je =(
ReplyDeleteget well soon hero...
ya Allah, terkejut gila bila dapat tau berita ni. nasib baik tak ada apa-apa jadi dekat hero. mm, semoga hero cepat sembuh. sampai kan kiss and hug dkt hero yang kuat! ;')
ReplyDeletesedih bila baca..mmg betul Hero seekor kucing yg kuat semangat, tentu dia mendapat semangat tu dari papa Hero yg sentiasa prihatin dan sentiasa ikhlas menyayanginya, terima kasih papa Hero :)
ReplyDeletealhamdulillah semua selamat, smoga selepas ini Hero sentiasa diberi kesihatan yg baik, amin..
When any of my cats need surgery, I will prepare them the day before. Then I send them to the vet early next morning for the first surgery and I will wait for the cat to wake up to take it home with me. I look after it myself. My vet prefers it too as the cat will get well faster at home instead of in a strange place.
ReplyDeleteThe Chair Speaks :
ReplyDeleteI think, you are still not knowing me / Malaysian attitude so well yet...
1 )I'm not sure you're location is in Malaysia or overseas country ( your profile shown that your location in Malaysia ), Malaysian vet mostly doing surgery at night ( thats what i've met so far )
2 ) I'm working in construction sector, worked 8 to 5 ( but I punched out at 6pm or 6.30pm ) and reached to house at 9pm everyday constantly. Everyday I take my twin daughter from the baby sitter at 9pm above but only pay them 8 to 5..
3 ) If you've read my previous entry, i've taken so many leave because of my cats sickness. I don't want to loose my job.
4 ) I don't know there is a vet in Malaysia open at 8am or early in the morning except for 24hours veterinar services but you have to pay them double charged and 5 minutes consultation amounted RM90.... If got so, I'm so 'lucky'. Almost opened at 9am or 10am. So, what time I'm have to go to workplace? How many times I've got screwed by my superior? Just to tell you that this is the Malaysian working attitude.
5 )I'm not enoughed experience like you. So, Dr Intan suggested to admit Hero into the surgery ward. That is why I let the vets taking care of my cats even Pak Tam..because I don' want to loose my job, madam....
6 ) My house to the workplace is 80km ( equal to 1hour and 15min...) and the vet which is taking care Hero is just besides my workplace...so, which one you prefer? vet in my house or in my workplace? if i sent vet nearby my house, they opened only at 10am...so, what time i have to go to work? if I sent Hero to the vet nearby my workplace, at least i can take Hero to my workplace and punched card at 8am and send Hero to the vet at 10am or during lunch time...do you agree with my opinion, madam?
7 ) Madam, hopefully you understand me why i let dr intan taking care of hero at her clinic...how if hero died in my house after the surgerical? I'm not clever as you, can taking care of a surgered cat...
8 ) Your vet prefer to take your cat home, but dr intan prefer to let Hero stay with her because she can care hero so well besides me...
pasal hero sakit je, mesti saya sedih. dah macam kucing sendiri pulak.
ReplyDeletesejak kucing saya sakit dan baca entry blogger lain infact blog ni sendiri berkaitan hero, saya slowly percaya kucing ada 9 nyawa. tapi wallahualam. tu semua kerja Allah swt.
bukan je papa hero yg tak dapat bayangkan kalau hero takde, kami pun turut rasa sedih jika itu sudah tertulis untuknya.
tapi apa apa pun, sabar okay.
hero, cepat baik ye sayang!
Kalau kucing pun boleh survive..patutnya kita kena jadikan iktibar kepada diri kita. Allah nak tunjukkan pedoman pada kita, jangan mudah mengalah biar apa pun halangan dan rintangan..
ReplyDeleteSemoga Hero cepat sembuh..!
Bila Karipap Boleh Bercakap
hero is a 1 brave cat
ReplyDeletelove u hero....mmmuahhhhssss
get well soon
get well soon HERO... :)
ReplyDeletecepat2 kembali cergas ok :)
to papa hero, kagum dengan anda sbb dapat jaga hero dgn baik, Alhamdulillah...
Semoga Allah saja yg dapat balas jasa anda & keluarga :)
Amin...
salam....
ReplyDeletealhamdulillah...hero slmat mnjlani pmbdhn tuh...
smoga hero sihat mcm sblum nih...
hero mmg kucing yg tabah....
syg hero....
pak tam syg...jgn ler geget testis hero lg yer...
suke ngn komen zinedine zaiddin...:)
sedih bila membayangkan papa hero terjerit2 kat luar dgn harapan hero mendengarnya.. mata saya turut brkaca.. kalau saya d tempat awak saya juga mungkin begitu.. but Hero is a strong boy rite?!.. Wish him all the best... apa kata 'sunat'kan sekali pak tam.. dgn itu hdup mereka akan lebih damai (just a suggestion).. :D
ReplyDeleteSUBHANALLAH...mengalir deras airmataku..sedih sangat..tp ALHAMDULILLAH,hero dah selamat.kepada papa hero,sy mohon,jagelah die sebaik2nya,saya sedih melihatnye,hanya manusia yg mempunyai sifat penyayang yg memahami perasaan kucing ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAkhirnya sy t'jumpe jg org yg btl2 ikhlas sygkan makhluk Allah ini.. Dulu sy pnh d gelar gila kerana tabiat saya yg suka kutip n jg kucing yg sakit. Sy igt takde org yg fhm & akan fhm tntg prasaan sy t'hdp kucing. tp akhirnya sy tau bukan sy sorang yg b'perasaan sdmikian. Moga Allah murahkan rezeki & permudahkan perjalanan Papa HERO, InsyaAllah..
tringin sgt nak jmpa hero..
ReplyDeletesedihnya.. ;) sian kt Hero.. sayangg kt tucin Hero..
ReplyDeleteHero Bebeh! Kamu kucing terbaek yang pernah saya lihat! Arghhhh~!! Asal cite sal Hero je aku mesti jd gini...speechlessness, exitedness, happiness, geramness, sadness, rasa ingin mengigitness, ingin bermainness... wahahahha nak jumpa Herooooo~
ReplyDeletetapi dah tentulah xkan dapat peluang tu -____-'
hero vs hachiko.. perghh..... 9t hero jd kucing pntg lam sjarah taw,, cayam iyo.. muah3,,,
ReplyDeletemampukah kita menjadi setabah Hero...?!
ReplyDeletesemoga kisah Hero menjadi pengajaran buat semua.
alhamdullilah..masih ada juga insan yg berhati mulia seperti anda..saya juga ada 4 ekor kucing yg saya selamatkan dr jalanan..saya tahu ttg hero selepas nonton buletin utama..mencurah2 air mata saya kerana terlalu sedih dengar bagaimana dia boleh jadi mcmtu..saya teringin sgt nak berjumpa dengan hero..boleh ke kalau saya nak tengok dia..
ReplyDeleteemel saya: audrey_lily@yahoo.com
Andai dapat ku buka pintu syurga, kan ku buka pintu syurga seluas-luasnya untuk papa hero
ReplyDeletehanya Allah yg maha mengetahui segala-galanya..kenapa Hero jadi begini dan mengapa papa Hero dipilih untuk menjaganya..kita sbg hambaNya lihat dan ambil iktibar..semoga papa Hero sekeluarga diberikan Allah swt segala kemudahan (wang ringgit, masa, kesihatan, kebahagian) untuk menjaga haiwan2 ini..
ReplyDeleteSalam abang. Saya xtau mcm mne nk ckap n saya xtau nk buat mcm mane. Kat rumah saya ade sekor anak kucing yg bru lpas kene langgar dengan kereta 3 kaki dia saya anggarkn da patah hnya satu sje yg brfungsi. Nk hntar klinik saya ade masalah kwangan. Nk hntr klinik krajaan klinik trlalu jauh dr tmpat tggal saya. Saya arap abang n group dpt mmbantu saya. Ni no hp saya 017-6870953
ReplyDelete