Antara Keluarga, Blog, Kerjaya dan Kucing Peliharaan
Atas memenuhi permintaan para pembaca, entri kali ini PH akan merungkai segala-galanya....Kalau dalam 10 Personal Message Facebook yang PH terima, 2-3 darinya pasti akan bertanyakan soalan sebegini :
"PH, macamana PH bahagikan masa dengan berblog..? Nak jaga anak2 bulus punyalah ramai...boleh bagi tips tak...?"
dan ada pula yang tanya macam ni..."Salam PH...saya ni kerja pejabat jer...kucing kat rumah ada 3 ekor tapi rasanya macam dah 30 ekor...letih betul...Tapi saya heran macamana PH boleh update blog cerita kucing tepi jalan siap dengan videonya skali...PH ada anak kembarkan...? Macamana PH bahagikan masa sebab saya tengok 24 jam Page Kakimotong di Facebook ni berjalan jer....Steady lah PH ( pinjam ayat tau ).."


PH berkerjaya sebagai Assistant of Mechanical & Electrical Coordinator merangkap pelukis pelan dan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang construction..( KLIK SINI )... Bukan semua orang boleh buat kerja PH ni....PH adalah seorang yang fleksibel dan suka belajar....Untuk pengetahuan, PH juga adalah seorang pemuzik satu ketika dahulu...
PH tak pernah terfikir pun nak menjadi penulis walaupun selalu membaca...Oleh kerana minat membaca yang mendalam, ini membuatkan PH menjadi seorang yang lebih peka....Apabila banyak ilmu kita dah belajar, ianya akan menjadi 'mendap' kalau kita tak amalkan....Semenjak PH celik IT sekitar tahun 2006, PH rajin buka blog orang....
"Seronok juga kalau ada blog sendiri ni..." itulah lintasan pertama yang terdetik di hati...Tapi waktu itu PH terlalu sibuk dengan kerja-kerja construction...Tak terfikir nak buat blog...hero pun makin lama makin dewasa dah..Masa tu umurnya lebih kurang setahun...


Dengan keadaan badan yang berkeringat, berpanas dan berhujan, PH masih lagi boleh update blog...Semuanya adalah kerana PH dah biasakan....Kalau betul-betul tak larat barulah PH tinggalkan blog buat sementara....Tetapi, janganlah kita ni asyik bekerja jer...Bak kata orang, hidup tak ada LIFE...Binatang pun ada life tau...

1 ) Sabar
2 ) Sanggup
3 ) Sacrifice ( berkorban masa & harta benda )
Sabar
Sikap sabar ni amat penting dalam pelbagai aspek, termasuklah ketika membersihkan najis anak-anak bulus...Sabar dalam menghadapi kerenah anak-anak sendiri juga adalah satu cabaran...Kalau tak sabar, kita tak boleh nak berfikir dengan rasional...Kalau tak rasional, macamana kita nak update status-status yang best di wall Fan Page...Pemikiran yang rasional akan datang bila kita sabar...Barulah boleh menghasilkan entri blog yang berkualiti...Pernah PH dimarahi ketika update blog dan membuat blogwalking masa waktu bekerja...Apa yang PH lakukan tetap sama...Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan....asalkan kita ada target bila untuk siapkan kerja, itu takkan menjadi masalah...Disiplin diri itu amat penting...Sabar apabila dimarahi dan tak mudah rasa kecewa...
Sanggup

PH sanggup korbankan masa makan tengah hari untuk update blog....PH juga selalu curi-curi masa ketika bekerja melukis pelan bangunan semata-mata untuk update blog, update wall di Fan Page dan melayan komen-komen yang masuk sehingga beberapa kali diberi amaran lisan...( KLIK SINI )..Bukanlah mereka melarang berinternet, cuma masanya kurang sesuai...tetapi, mereka tak berkata apa-apa selepas itu apabila kesemua pelan bangunan yang PH lukis telah diluluskan oleh arkitek untuk meneruskan pembinaan...Moral of the story...Pandai makan, pandailah simpan....kalau nak online jangan sampai ganggu prestasi kerja...Sanggup menebalkan muka menangkap gambar-gambar kucing kurap di khalayak ramai...Sanggup menerima kritikan dan cemuhan dari orang lain...
Sacrifice ( berkorban )
Ramai orang sanggup, ramai orang sabar, tapi tak ramai yang boleh Sacrifice ( berkorban )...Di antaranya ialah korbankan masa dan wang....Dalam pada mencari bahan yang original untuk bacaan di blog, PH luangkan masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk berjalan-jalan di sekitar pekan Semenyih untuk mendalami kehidupan haiwan-haiwan yang terbuang...Setiap sesi mengambil masa 3 jam...Memang penat, tapi berbaloi..Semuanya kita akan dapat apabila kita fokus...Tentang korbankan wang, tepuk dada, tanya Kad ATM...Takpun tanyalah Bank Cap Harimau...

Sebagai penulis, PH akan menulis apa sahaja yang terlintas di benak ni...PH tak pernah rancang apa yang PH nak tulis...90% adalah secara spontan.....Kalau kita banyak berfikir ketika menulis blog, ianya akan membosankan diri sendiri....Bila diri sendiri pun bosan, agak-agak pembaca yang membaca entri anda tu rasa bosan tak....? Itu kena tanya diri sendiri....Kalau update blog di rumah, PH selalu tidurkan si kembar dulu selepas makan malam...




P/S :
Iyo abang kawasan selalu interprem bila ayah nak tido...hehehehe
Dan entri ini selesai ditulis pada jam 4.46 pagi
eh eh naper macam gemok jer aku ni..
ReplyDeletesteady PH..:)
ReplyDeletebagus la urus masa... sy yg belajar pn masa x terurus lg... blog yg ad pn mcm x best...
ReplyDeletePeranan MH yang penting disini. Tahniah kepada PH dan juga MH yang amat2 memahami PH.
ReplyDeleteDiari Maria : Abang dah tukar gambo dah...hehehehe
ReplyDeleteEry : Thx ( Ahad ni jgn lupa dtg umah )
Faizul : Kalau kita kata tak best, ia akan jadi tak best...maka, cuba kata best..mesti ia akan jadi best...hehehe :)
Cik Anon : Itu sudah mesti :)
peminat kucing jugak :)
ReplyDeletehttp://kelabkucing.blogspot.com/
terima kasih atas perkongsian, nama kucing saya kembang
ReplyDeletethanks a lot share this article, love it
ReplyDelete