Pahit Akan Manis Akhirnya
Ahad 23 Oktober 2011 - Hero muntah dan cirit-birit..Tapi bukanlah cirit yang bersepah-sepah tu...Najisnya tak seperti biasa...Bau pun lain macam...PH agak Hero ni mesti tersalah ataupun terlebih makan...Sebelum ni dia ok jer...Macam nilah rupa Hero masa perut dia tengah senak tu...kalau manusia yang sakit, boleh juga mengadu...Tapi kalau binatang sakit, kat siapa mereka nak mengadu kalau bukan kita....? Sebab itulah pentingnya kita pergi ke petshop dan rajin-rajin pergi ke veterinar untuk mendapatkan ilmu dan bertukar-tukar pandangan....barulah kita akan menjadi seorang khalifah yang istiqamah...Tekun dalam membuat sesuatu kerja....
PH pergi ke klinik Dr Cham di Semenyih...Orang-orang Semenyih pasti tahu lokasi klinik veterinar ini...Masa sampai di sana, Dr Cham sedang melakukan pembedahan kecil terhadap seekor chihuahua...Ada batu karang di dalam saluran darah pada bahagian buah pinggangnya...Steady jer PH tengok dia buat pembedahan tu....
Hai Hero....Dr Cham menyantuni Hero dengan gaya yang lemah lembut...Beliau mempunyai pengalaman veterinar yang luas dan banyak petua-petua yang beliau amalkan untuk menjinakkan kucing atau anjing....
Berikut adalah petikan video klip suasana di klinik Dr Cham...Saksikan bagaimana Dr Cham memegang Hero dengan selamba tanpa 'disembur' oleh Hero....Ada petuanya tapi PH terlupa plak apa yang dia cakap hari sebab suaranya perlahan sangat...hehehe...
Hero tengok jer Dr Cham pergi ambil jarum suntikan...Adehhh...Kenalah aku kali ni kata Hero agaknya...
Habislah muntut aku kali ni...Rileks la Iyo...Dr Cham kata Hero tersalah makan...Dr Cham menyuntik Hero sebanyak 2 kali, iaitu suntikan untuk selesema dan suntikan untuk cirit....Takut-takut Iyo ada termakan benda-benda yang PH tak nampak...Yang menariknya, Dr Cham bagi Hero 2 biji pil yang telah dikerat-kerat tapi masih besar saiznya....Selamba jer Dr Cham baling jer pil tu ke dalam mulut Iyo sambil berborak dengan PH...Iyo pun seolah-olah menurut jer apa yang Dr Cham buat....hmmm...Lain vet lain skillnya....Excellent to all vet..!!!!
Untuk sessi kali ini, Iyo menerima 2 das injection...Satu das untuk sakit perut dan satu das lagi untuk selesema...Tapi alhamdulillah, sehari selepas itu Iyo dah kembali pulih....Iyo ucapkan terima kasih kerana mendoakan akan kesejahteraannya dan dengan ini, Iyo bolehlah memulakan tugasnya seperti biasa di Parlimen....Iyo sekarang ni dah jadi ADUN Semenyih...hehehe
Isnin 24 Oktober 2011 - PH terjumpa seekor kucing betina di sebuah koridor deretan rumah kedai....Dari jauh kelihatan dia sedang mengunyah sesuatu yang berwarna putih...Pada mulanya PH sangkakan itu adalah nasi...Tapi, takkan kat nasi tu ada gambar...? Rupa-rupanya, kucing betina itu sedang mengunyah kertas surat khabar yang telah dironyok...Mungkin kertas itu pernah dijadikan pembalut makanan agaknya....Bila PH pegang, badannya menggigil...terasa tulang sahaja...Kurus kucing ni...Kepala, leher, dagu dan kedua belah kaki depannya berkurap....Masa PH usap-usap dia, dia kelihatan macam pasrah jer...lembik semacam...Mungkin dia dah tak berdaya lagi kerana lapar yang teramat sangat...Tanpa berfikir panjang, PH membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah...
Langkah pertama yang PH buat ialah mengurungkannya terlebih dahulu...Kuarantin kerana takut ada virus dan wabak berjangkit...Sementara foto ini dirakam, MH sedang menyiapkan makanan, minuman dan mangkuk pasir untuk Si Betty...
Masih menggigil....Lapar sangat....
Kesemua anak-anak angkat PH mengalu-alukan kedatangan Si Betty ni kecuali Iyo...Tak tahulah , dia malu kot dengan kucing janda ni...adehhh
Untuk permulaan, bagi jer RC yang paket kecil tu dulu....
Apa yang menginsafkan PH, walaupun lapar sehingga menggigil, Betty makan dengan penuh tertib...Slow & steady jer dia makan RC tu...
Ada kurap yang baru nak tumbuh di beberapa bahagian kakinya...
Minum air pun perlahan jer..PH ada campurkan sedikit air masak tu dengan minyak gamat yang jenis boleh diminum...
Lepas sejam dia berehat, ops lalang pun bermula...PH buat treatment untuk kurap, kutu dan kebersihan telinga dulu...Untuk bahagian mandi, itu lambat lagi....Bukan boleh terus dimandikan...Kita tak tahu tahap kesihatan kucing yang kita bawa balik....
Kurap dan fungus yang baru nak melata di sekeliling kepalanya...Bahagian tengkuk dan bawah leher Si Betty ni pun banyak juga kurapnya....
Telinga pun dah clear....Tapi nanti repeat balik...Nampak macam ada lagi tu...
Step terakhir untuk sesi treatment express kali ini, PH sembur Betty dengan deodorant anti fungus...Takut betul dia dengar bunyi spray tu...Betty dah wangi...
Alhamdulillah, hari ini PH tengok kurapnya dah jatuh..Tinggal kurap yang kat kaki jer masih ada banyak lagi yang perlu dirawat...PH kurung dia buat masa ni...Tak lama lagi PH bercadang untuk membuat temujanji dengan vet untuk kembirikan Si betty ni...Doakan semoga urusan dan perancangan PH dipermudahkan...
Assalammualaikum, dah lama follow kat fb, baru ni nmpk ada blog. Hero dah sihat ye? Betty pulak dtg bertandang. Kiranya hari2 ada tugas PH kan? PH ni mcm kakak saya, penuh dgn kucing rumah dia. Saya selalu ambil gmbr kucing kakak kalau balik semenanjung. Hajat nak bela juga tapi takut nak tinggalkan lama2 bila cuti panjang.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Iyo dah sihat..Betty, semoga cepat sembuh ye..
ReplyDeletesemoga betty sihat ya
ReplyDeleteKelakar tengok semua kucing nak menyibuk depan sangkar Betty.
ReplyDeletealhamdulilah iyo dah sihat...wahhhh ada kucing baru pulak.. bettyyyyyyyyyyyyyyyy so sweet nama nya.. he3
ReplyDeletewahhh even lapar tp still makn ngn steady.. abg adik n oning lak lapar kew kenyang kew klu time makan, gelojoh dye cam sebulan tak makan.. hahaha..
ReplyDeletemudah-mudahan murah rezeki PH & MH, boleh membela nasib kucing yg terbiar & anjing jalanan.. amin..
ReplyDeletealhamdulillah iyo dh sihat yer..memalu plak ngn mak janda betty ni hihihih...mula2 ti ok la tu..:P
ReplyDeletealhmdulillah..sihat jugak iyo yer..moge iyo sentiase ceria..xmo moyok2 ag k.. ^___^
ReplyDeletehai betty..moga cepat sihat yee..nama die sama ngan kucing sy..:)
ReplyDeletejelesnye tengok orang yg ada bela banyak kucing..acik pn kaki kucing gak,tapi xdapat nak bela sebab tinggal ngan sis..diorang xsuke kucing..kalo ada pn,bela kat kampung,mak jaga..tapi sekor or 2 ekor je..xlarat nak bela banyak2 kata mak..tapi still berharap satu hari nanti dapat bela banyak2..love cats so much!!!
ReplyDelete