Papa Hero Bakal Bergelar Penulis Majalah Mastika
Buat pertama kali dalam sejarah, PH telah menjejakkan kaki ke pejabat urusan Sri Utusan di Bangi..Pada tanggal 13 Oktober 2011, KAKIMOTONG sekali lagi berada di 'Next Level' di dalam kelas pencinta haiwan...kali ini PH berpeluang bertemu dengan salah seorang mentor PH di dalam bidang penulisan iaitu Pengarang Mastika, Encik Sahidan Jaafar....Rasa teruja betul bila dapat berjumpa dengan beliau...Dah lama PH ikuti cara dan gaya penulisannya, iaitu sejak PH di bangku sekolah menengah lagi...
PH telah dijemput oleh pengarang dan penulis yang tersohor ini untuk sama-sama berbincang mengenai masa depan penulisan di dalam medium pencinta haiwan....
Ini adalah Saudara Nazirul...Karektornya macam pemalu jer....hehehe...Tapi Nazirul ni steady sebab ayat-ayat dan bahasa yang dituturkannya begitu mudah difahami, tiada tersangkut-sangkut....PH rasa dia mesti banyak membaca...Dialah yang bertanggungjawab dalam penulisan dan cerita mengenai blog PH dan Hero di dalam artikel terbaru keluaran Mastika...( KLIK SINI )
Inilah Encik Sahidan Jaafar...Makan burger jer petang tu...beliau memang seorang 'living legend' di dalam bidang penulisan...ketika menuju ke kafe dari pejabat beliau, sesiapa yang berselisih dengannya akan menegur dengan hormat...Beliau juga bukan calang-calang orang...Banyak ilmu penulisan diturunkan kepada PH...Beliau juga ada mengajak PH untuk minum bersama sekiranya ada kelapangan di mana beliau akan mengajar tatacara yang betul di dalam bidang penulisan....
Beliau juga suka dengan gaya penulisan PH....Dia dapat merasakan mesej dan aura perasaan yang PH cuba sampaikan....Dia juga tahu yang PH menulis dengan hati...Tambah beliau lagi, cara PH memberi kesedaran di dalam gaya penulisan blog adalah amat bertepatan dengan kehendak masyarakat yang celik IT pada masa kini....Kesemuanya nampak dekat di hati pembaca....Apabila ditanya mengenai cabaran di dalam penulisan, beliau berkata cabarannya terlalu banyak sehingga ada yang menjadi kes mahkamah...Itu belum masuk kes-kes sabotaj akibat dengki....Katanya lagi, orang yang dengki terhadap kejayaan orang lain adalah orang yang jahil dan kurang ilmu...Banyak lagi pengalaman-pengalaman pahit yang beliau ceritakan petang itu...Bagi PH, orang sebegini adalah orang yang telah sukses di dalam hidup dan kerjaya kerana telah sampai ke kemuncak gading...Beliau telah berjaya di dalam hidup dan kerjaya yang diceburi...Excellent Encik Sahidan...!!!!
Tak rugi kalau kita buang ego dan sombong kerana semakin kita tunduk, semakin kita berisi...Itulah pesan Encik Sahidan...Bila kita merendah diri, rezeki dan ilmu akan sentiasa mengekori ke mana sahaja kita berada....Tapi kalaulah kita ni sebaliknya, hmmmm....Faham-faham sendiri lah kerana kalau nak jadi penulis, perkara yang paling utama ialah mesti berfikiran positif....Mesti keras dengan pendirian walaupun terdapat tentangan....
Masa berbual PH tak panjang dengan Encik Sahidan kerana terpaksa bergegas ke tempat kerja....Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Sahidan kerana telah memberi peluang kepada PH untuk menulis di dalam Majalah Mastika....Akan PH gunakan kesempatan dan peluang ini sebaik mungkin demi meningkatkan kempen kesedaran dalam membela nasib haiwan-haiwan yang terbuang...Encik Sahidan juga sebenarnya telah membuka satu pintu yang luas buat para pencinta haiwan kerana tak banyak penulis yang meniupkan semboyan dan mengibarkan panji-panji untuk berkempen mengenai haiwan-haiwan yang terbuang secara berterusan melalui media cetak....
Lepas balik dari kerja, PH terus tidurkan anak-anak sementara MH menguruskan anak-anak bulus dan mengemas rumah....Nila sekarang dah jadi bodyguard buai si kembar...
Begitulah penangan aura dari Hero..PH pun tak menjangka sambutan pada kejutan kali ini amat menakjubkan...Kan bagus kalau Hero faham apa yang sedang berlaku sekarang...Pada saat PH menulis entri ini, Hero sedang lena di kaki kerusi PH...kepalanya lentok di atas ibu jari kaki PH...
Doakanlah agar perjalanan PH kali ini dipermudahkan dan doakanlah akan kesihatan Hero...
P/S:
Apabila semboyan dan panji pencinta haiwan mula berbunyi dan berkibar, ianya akan berterusan selagi mana ada hayat dikandung badan..
Bersamalah kita memartabatkan maruah pencinta haiwan dan berbanggalah kerana memiliki sifat itu, kerana kita ada benda yang orang lain tak ada...Jangan berhenti kibarkan panji perjuangan kita sebagai pencinta haiwan...
tahniah PH. moga rezeki PH sekeluarga akan bertambah murah seiring dgn keikhlasan PH sekeluarga menaungi anak² bulus.
ReplyDeletesebagai pencinta haiwan, saya amat² berbangga dan amat gembira dgn perkembangan ini.
tahniah!
happy for IYO dan the bulus gangs:)
ReplyDeletetahniah PH..ery doakan semoga hero akan sntiasa sht disamping keluarga PH...dan Tuhan permudahkan segala apa yg PH lakukan dlm melaksanakan tggjwb sbg seorg manusia dimuka bumi ni..
ReplyDeletebtl kata PH, kt harus berbangga krn kita ada sifat itu yg tiada pd org len..wlupun kt di perlekehkan...steady PH. :)
teruskan perjuangan PH!
ReplyDeleteyeah!!pertahankan hak haiwan!! love you hero!
ReplyDeletesy pn ingin menjadi pencinta haiwan spt PH... susah nk cari org pncinta haiwan spt PH...
ReplyDeleteSalam PH.Tahniah.Nampaknya tiap bln x blh miss bli mastika dah...
ReplyDeleteApa2 pun,smoga segala usaha PH akan diredhai Allah dan PH sekeluarga akan diberi kesihatan serta rezeki yg lebih baik supaya blh terus menjaga kucing kesayangan PH dan terus berbakti kpd kucing jalanan di luar sana.
Assalamualaikum Papa Hero...
ReplyDeleteSaya telah membaca artikel mengenai kucing ajaib, Hero dalam majalah Mastika isu November baru-baru ini. Saya amat bangga dengan usaha murni saudara menyelamatkan Hero selepas kedua-dua belah kaki depannya kudung dek perbuatan manusia yang kejam dan tidak berhati perut... Saya mendoakan semoga Allah s.w.t merahmati hidup saudara sekeluarga... Untuk pengetahuan saudara, walaupun Hero telah kudung, Hero tetap sempurna di mata saya...
Syabas papa hero!
ReplyDeleteTAK KAN KU LEPASKAN KELUARAN TIAP2 BULAN MASTIKA......
ReplyDeletealhamdulillah. berkat ke ats ape tuan saudara usahakan akhirnya dibalas Allah. moga tuan saudara dan keluarga dimurahkan rezeki, dipanjang umur dan diberkati Allah. amin :)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteAmat jarang orang kita yang ada semangat cintakan haiwan dan menghasilkan penulisan yang datang betul2 dari hati..memang terkesan bila membacanya..teringin betul nak tengok si Hero@Iyo ni... beruntung PH menjadi tuannya..semoga Allah jualah yang membalas segala kebaikan PH..
salam...semoga berjaya atas usaha saudara sekarang ini:)
ReplyDelete