Bersahabatlah Dengan Haiwan Kerana....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...Apa khabar...? Thambi ada baik...? Aci ada baik...?Ah moi mana macam....? Ok ke tak okay....? Ah So, ali ni lu punya sayur ala laku kaa...? ermmm Kak Bed, bisnes kuih macam mana hari ni....? ( Kak Bed tu Kak Bedahlova )...Beginilah masyarakat kita hari ini...hari-hari sibuk dengan aktiviti yang bermanfaat untuk bersama-sama maju di dalam kehidupan...Tak kira Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Jakun dan bermacam-macam etnik lagi masing-masing mempunyai matlamat, iaitu tak lain tak bukan untuk mencari rezeki demi keluarga...Tanpa mereka sedari, mereka juga sebenarnya telah memberikan jasa kepada negara...
Kalau kita nak rezeki datang kat kita, pertama-tamanya kita wajib senyum....hehehe...
Kalau muka kita asyik 'ketat' jer, rezeki pun takut nak dekat dengan kita...Rezeki tu ibarat ikan di air yang jernih...Kita nak tangkap ikan tu sebab cantik sangat, tapi ianya bergantung kepada kita sama ada bijak mencari jalan untuk menangkapnya....Ada orang pakai sauk kecik...ada orang pakai sauk besar ( yang ni banyak dapat ikan ) dan ada orang pakai bom ikan...Kalau yang pakai bom ikan ni kira tak aci la kan...? hmmmm
Mungkin ada di kalangan pembaca blog PH yang baru tak biasa melihat gambar-gambar kucing yang sebegini...Bagi pembaca yang sudah lama mengikuti blog PH ni, mereka memang dah biasa sebab mereka pun sayangkan haiwan, sama seperti PH juga...Ramai orang buat tak tahu jer bila nampak senario seperti di dalam gambar-gambar ini...Itulah di antara kunci-kunci kepada pintu rezeki yang ramai orang cari-cari selama ini....Sebab kita semua dilahirkan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...
Ramai juga di antara kita yang berasa rendah diri, kurang kawan dan sentiasa dipinggir rakan-rakan....Ada juga yang memiliki kawan yang ramai di Facebook sehingga beribu-ribu jumlahnya...Status-status di wall Facebooknya sentiasa dinanti-nantikan oleh rakan FB nya, akan tetapi keadaan sebenar realiti kehidupannya tak begitu...Dia hidup keseorangan, anti-sosial dan sentiasa menyalahkan diri sendiri...Dia tidak menjumpai sifat SINGA di dalam dirinya....
Menyayangi haiwan sebenarnya akan membuatkan kita lebih kenal siapa diri kita sebenarnya....Kalau tak percaya, PH bagi satu contoh....

Apabila anda ke tandas awam untuk membuang air, tiba-tiba anda terlihat seekor semut sedang terkapai-kapai lemas di dalam lubang jamban kerana ingin menyelamatkan diri...Di sini, anda mempunyai 3 pilihan :
1 ) meneruskan hajat anda...
2 ) menukar tandas lain
3 ) menyelamatkan semut tersebut
PH akan memilih nombor 3...dan PH perasan setiap kali PH berbuat demikian, terlintas di hati PH ada satu suara kecil "Terima kasih bang sebab selamatkan saya..Semoga Allah membalas jasa abang kerana menyelamatkan saya"....PH tak tahu samada ini adalah suara hati PH ataupun suara hati dari semut hati tadi....PH juga tak pasti samada anda pernah mengalami situasi sebegini atau tidak....Bagi PH, nyawa mereka amat berharga...Cuma mereka dijadikan pada jasad yang berbeza...
Senario di atas memberikan mesej bahawa sekiranya kita meletakkan diri kita di dalam keadaan semut itu tadi, nescaya kita akan selalu menjadi manusia yang bersyukur dan kita akan mengenali siapa diri kita sebenarnya dan kenapa kita dilantik oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini...
Inilah salah satu perangai PH semenjak kecil....Sehingga di umur dewasa ini, PH mempunyai ramai kawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur....walhal semasa PH kecil, PH akui yang PH ni tak ramai kawan...Berdamping dengan binatang banyak mengajar PH cara-cara bersosial....Kalau nak bagi orang lain sayang kat kita, kita kena sayang lain orang dulu...Kalau kita tak pandai nak sayang orang lain, kita sayanglah binatang dulu....Luahkan segala yang terbuku di hati kepada mereka...Nak jadikan teman menangis pun boleh....Kalau tak percaya, cubalah...Ianya akan meningkatkan momentum dalaman kita untuk memahami kehendak makhluk lain, barulah makhluk lain itu akan memenuhi kehendak kita.....
Dalam pada berkawan, macam perangai ada....Ada juga kawan yang suka mencemuh kita semata-mata nak tengok kita jatuh...Tetapi, segala tohmahan dan sindiran dari rakan-rakan terdekat dapat kita boleh patahkan dengan "handling objection" yang logik dan simple....Sebahagian besarnya kita akan dapat mempelajarinya dengan menyayangi binatang....
Contohnya, anda mesti biasa dengar ayat " Unta padang pasir pun tak malas macam kau ..."...Kalau ada kawan kita yang berkata begitu pada kita, ini bermakna mereka ada dua maksud iaitu bergurau dan mengutuk dengan niat nak jatuhkan maruah kita...Kalau kita sayang binatang, secara spontan kita mesti akan berkata "Memang aku malas dari unta, tapi hati unta pun tak busuk macam hati kau.."...Kita boleh berkata dalam keadaan yang santai-santai dan yang paling penting kita berniat untuk memberi pengajaran kepada mereka...Sifat-sifat suci haiwan itu sentiasa di hati kita dan kita sentiasa beringat....Apabila mendengarkan perumpamaan haiwan yang kita berikan, mereka pasti akan terdiam kerana mereka tahu apa yang kita cakap tu betul...Mereka akan malu sendiri nanti...Tapi ini contoh jer, janganlah diamalkan pula yer... :)

Mereka yang tidak pandai bersosial pasti sukar untuk merakam video seperti bawah ini....Ini adalah salah satu cara PH untuk meningkatkan momentum dan keyakinan diri...Orang ramai yang lalu lalang semuanya berhenti dan pelik melihatkan tingkah laku PH ketika video ini diambil....PH yakin, 1001 persoalan sedang bermain di minda mereka termasuklah yang sedang menonton video ini secara online...Ada yang kata bagus, ada yang berkata nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya...Bagi PH, perkara ini adalah subjektif kerana tiada jawapan yang salah...Yang penting, apa niat kita nak bantu haiwan ataupun seseorang manusia...PH cuma pedulikan apa orang nak kata sebab mulut manusia memang macam tu...dan kita tak berhak nak marah orang lain....
Kucing juga bersosial...jadi, ajarlah anak-anak kita bersosial juga...janganlah asyik manjakan mereka dengan gajet-gajet yang melalaikan sehingga terlupa untuk menunaikan solat dan sebagainya...Sebab itulah ramai anak-anak muda hari ini kurang menghormati orang-orang yang lebih tua dari mereka kerana kurangnya pendedahan pergaulan...takut nanti kita akan melahirkan satu komplot masyarakat kiasu...Bukan ini yang kita mahukan...
Ajarlah anak-anak kita sayangkan haiwan walaupun kita ni membenci haiwan....Haiwan tak pernah memusuhi kita, jadi kita yang berakal "steady" ni jangan pula memusuhi binatang yang tak berakal...Kalau tak suka juga, lakukanlah ia kerana Allah Taala...Berdoalah agar zuriat-zuriat kita pula yang menyayangi haiwan...
Zaman kita dah berlalu...Yang sudah tu, sudahlah....Yang mana ada pengalaman pahit dengan kucing dan anjing, anggaplah ianya satu penghapusan dosa-dosa kita yang terdahulu...Fobia terhadap haiwan adalah perkara biasa, tetapi sayang pada haiwan adalah perkara yang luar biasa....Kalau mereka datang kat kita, jangan disepak atau ditendang...layankan ajer....Mereka datang membawa rezeki yang tanpa disangka-sangka...
P/S:
Seekor di restoran, seekor di tepi jalan...akhirnya di katil bertemu juga...Menyelami diri mereka bermakna kita sedang menyelami diri sendiri...menendang mereka ibarat kita menendang diri sendiri...Walaupun sakitnya tak terasa, tapi 'natijahnya' kita akan terima balasan di kemudian hari....sebab itulah kita rasa ralat bila rezeki yang nak datang tiba-tiba ditarik balik olehNya....Agak-agak apa sebab...?
nice job....i hope i'll do the same too :)
ReplyDeletesaya pun akn slamatkn semut tu...hehe..
ReplyDeletebetul apa yg PH ckp...bkn kucing je pmbwa rezeki, ttp yg lain juga....kdg2 2 lg senang berckp n mluahkn prasaan pda kucing brbnding org. sy kira trgolong dlm 'golongan' cmnie la. rmai kwn2 kta sy nie 'x betul', 'sengal' n 'kan ko 2 perempuan, sopan la sikit, nie x, ckp ngn kucing?' asalkan tensen sy ilang, sy x kisah. sy slalu akan mngeow pda kucing2 2, sblm approach dekt2.tp 85% akan auto dtg dkt, smpaikn kdg2 kwn sy trut trtoleh2 mncari d mana 'suara' anak kucing, padahal saya yg buat!
ReplyDeletekucing2 nie pun boleh phm apa kita ckp, wlaupun saya x knal lama. tp sy rindu dgn kucing sy Boboi n Puss Da Boot yg dh x de. di kolej sy pn byk kucing2 trbiar nie, smpaikn ibu kucing trpaksa beranak dlm longkang, yang mana bahaya masa time ujan lebat. kjadian 2 pnh sy alami, yg mana sy sendiri trjun masuk dlm longkang sambungan yg dlmnya boleh melemaskan sy; semata2 nk slamatkan 4 ekor anak kucing dlm longkang besar 2. mjur dgr suara mintak anak2 2 minta tolong. rmai yg lalu kwsn 2 tp x endah langsung. mak kucing trjerit2 dr atas jeriji longkang; agaknya sbb x leh msuk sbb air dh naik. rmai kta sy gila n x betul, tp sy x kisah; sbb i2 mmg dh tnggungjwb sy sbg manusia utk tlg masa 2. dpt pahala lg, spe x nak?