Mentari Muncul Lagi

Anjing jalanan yang minta dimanja
Anjing ni PH namakan dia Si Sera....Dah lama PH perhatikan dia ni...selalu jer lepak sorang-sorang kat The Store Semenyih...Asal PH ke sana jer nampak dia...Asal PH nampak dia jer PH ke sana...Kehadirannya di dunia ini langsung tak dipandang oleh sesiapa pun...Semua pakat buat tak reti...Ada sekali PH nampak depan mata, Si Sera ni baring di sebuah parking lot...Tiba-tiba datanglah sebuah kereta Kancil nak parking di situ....Bila dia nampak Si Sera ni baring, si pemandunya mengacah-acah nak langgar, walhal punyalah banyak parking di tempat lain....Terpaksalah Si Sera ni bangun dari tidur dan berlari untuk mengelak dari dilanggar...Cuba kalau kita tengah tidur lepas tu tiba-tiba kita terpaksa berlari...Silap-silap ada yang pitam kan....? Itulah sikap manusia yang PH langsung tak faham...Dengan anjing pun tak nak mengalah....Kalau dengan binatang pun tak nak mengalah, apatah lagi nak mengalah dengan manusia...? Inilah sikap kiasu manusia yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini....


Lepas tu, dia tenung jer lelaki yang mengganggu dia tidur tadi dengan mata yang sayu...

"Takperlah...Dia nak cepat kot.....hmmm....Kira halal jer lah...Tempat lain pun boleh tidur..."

Anjing takkan melawan balik kalau dipukul atau didera...Mereka pasrah jer dengan apa yang berlaku...Yang menyedihkan, semakin sayu mata anjing yang didera, semakin rakus si manusia ni bantai kepalanya...Mentang-mentangla kepala anjing keras...

kau tido ada aku kacau...?


sedapnya wet food ni..rasa mcm piskis

Bagi PH, anjing ni tak perlulah kita hina walaupun ada yang berkurap...Hadirnya mereka di jalanan adalah kerana sikap cuai manusia itu sendiri...Mereka tidak turun dari langit...Mereka juga bukan keluar dari perut bumi....PH tengok rata-rata ramai orang yang membela anjing membiarkan anjing-anjing peliharaan mereka bermaharajalela di luar-luar premis perniagaan, terutama sekali di bengkel-bengkel atau pun kilang-kilang persendirian...PH dah nampak bagaimana pendapatan sesuatu negeri itu boleh dijana sekiranya ada penguatkuasaan undang-undang dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan masyarakat dan kehaiwanan...Si Sera adalah satu di antara beribu-ribu anjing yang sepatutnya di'rehome'kan....Tempat mereka bukan di kaki-kaki lima....Sebagai khalifah yang sempurna, kita patut menyemai rasa sayang kat mereka...Pegang anjing tak berdosa, tapi kalau takut  atau tiada apa-apa keperluan tak payahlah pegang, melainkan sekiranya mereka memerlukan bantuan kecemasan...Jangan ingat lagi peribahasa "Ibarat melepaskan anjing tersepit..."Itu adalah peribahasa orang tua-tua dulu...Bukanlah menidakkan kebenarannya, tetapi ianya agak prejudis buat anjing...Satu masa dulu, rumah PH banyak anjing-anjing jalanan yang menumpang teduh 
( KLIK SINI )...Tapi sekarang ni mereka dah tiada...Kesemuanya majlis perbandaran dah angkut...Nak marah pun tak guna....Anda yang dah lama mengikuti blog PH pasti tahu ceritanya....Kalau anjing kejar, jangan lari dan jangan panik....buat rilek jer....mereka-mereka ni macam tong kosong, menyalak jer kuat tapi penakut sebenarnya...Lepas tu beredarlah dari situ secepat mungkin...


Pertemuan pertama PH dan Sera



P/S :
Sekarang ni, Si Sera selalu menunggu PH di The Store Semenyih...Kalau ternampak kereta PH, dia akan kejar dari belakang...Ada banyak videonya yang meruntun hati sesiapa sahaja yang menontonnya...Tapi, rasanya tak perlulah PH upload...PH rasa kalian semua mesti tahu kenapa PH tak nak upload kat facebook Kakimotong :)

apa tengok2..? babab muntut kang
Kucing-kucing yang berada di rumah PH semuanya free...tak payah pun PH beli...Semuanya kutip kat tepi jalan jer....Si Montel kalau pandang PH memang macam tu...Macam tak puas hati jer memanjang....Kucing-kucing jalanan ni sebenarnya adalah pembawa tuah....Kita adalah insan yang terpilih untuk 'dijodohkan' dengan mereka...Takkan tak pernah terfikir, orang lain buat tak nampak jer mereka ni tapi kenapa kita sahaja yang nampak....? Sedar atau tidak, ianya adalah salah satu di antara jalan untuk keluar dari masalah yang kita alami di dalam hidup....Sesaat belaian kita tu bersamaan dengan 1000 doa malaikat rahmat yang mengiringi kita.. ( barangkali, tapi kalau niat hati kita ikhlas, ianya tak mustahil )...






Ini namanya Si Kepsi...PH bagi nama sedemikian kerana dia datang ke arah PH dari KFC tanpa PH sedari...tahu-tahu jer dia dah melese kat kaki...Badannya debab, bulunya gebu betul...Paw besar, kalau lempang boleh pengsan...
"Alahai anak ayah ni dah datang yer...Meh sini ikut ayah balik nak...?"
Dari gaya Si Kepsi ni, macam pernah bertuan...Manja sangat-sangat...kesian betul nasib dia...Mungkin dah banyak sangat kucing yang tuan dia bela lepas tu tak larat nak jaga...Inilah satu fenomena yang melanda masyarakat kita...Inilah penyumbang utama kepada pertambahan populasi kucing-kucing jalanan...PH pernah tulis dalam entri yang terdahulu ( KLIK SINI ), kesedaran masyarakat amat kurang....Pemimpin sesuatu daerah perlu rasional dalam hal ini...Mereka rata-rata menganggap menangani isu ini takkan mendatangkan keuntungan, walhal mereka tidak mengetahui bahawa sikap sebegini akan melahirkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan menggalakkan mereka menjadi kiasu....Inilah yang PH nampak berdasarkan lensa kaca mata PH sendiri....Panjang kalau nak diceritakan....Wahai Dato' dan Tan Sri, sudah-sudahlah tu asyik fikirkan duit jer...kami semua dah muak...Pi mai pi mai tang tu juga...Buatlah aktiviti-aktiviti kehaiwanan ( KLIK SINI )...Boleh juga mendatangkan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil...Bukannya apa, mungkin ada benarnya kata-kata seorang kawan PH yang umurnya separuh abad : 
"Rakyat sekarang lagi bijak dari pak menteri..pak menteri sekarang banyak ikut Old Style..." 
hmmmm


Tiada apa yang dapat memuaskan hati PH selain dari melihat si comel jalanan ini mendapat tempat perlindungan yang sepatutnya...



Sesiapa yang nak anak kucing yang berusia lingkungan 6-7 bulan, badan montel, berbulu gebu, gendut, playfool dan manja sangat-sangat, PH sarankan Si Kepsi ni adalah calon yang terbaik...Kalau nak adopt Si Kepsi ni, bolehlah pm FB PH @ http://www.facebook.com/haireyhero



Kalau tak percaya, tengok video ni :)



P/S :
Kucing kampung pun kalau disayang dan ditimang auranya lagi hebat dari kucing yang "berjenama"


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. apalah punya orang kan....nga binatang yg lemah pun masih nk zalimi...hmmmmm

    ReplyDelete
  2. stuju sgt2 ngn PH,

    'Kucing kampung pun kalau disayang dan ditimang auranya lagi hebat dari kucing yang "berjenama"'

    sbb bukti sdh ada..kepunyaan kita semua ni...:)

    ReplyDelete
  3. kadang2 rasa mcm x adil.. bila nak mengambarkan keburukkan di sebut anjing. padahal anjing itu lebih mulia dr manusia yg menggelarkan org lain anjing..

    ReplyDelete
  4. Kesian kat si Sera. Kenapa lah pemikiran 'orang kita' nih masih sempit yer? Wehh, sapa cakap orang Islam tak boleh sayang dan belas kasihan pada anjing? (ni karang tak pepasal lak aku kena bantai). Maksud aku, bukankah kita sebagai Muslim nih kena sayang dan belas kasihan pada semua haiwan di muka bumi ini? Sayang tak semestinya kita kena sentuh atau belai2 pulak anjing atau khinzir ye! Korang pahamkan betul2 ayat dan maksud yang aku nak sampaikan tuh (maklumlah, orang zaman sekarang ni memang terer sangat bab2 memutarbelit....kan?).

    Kepada Papa Hero, syabas aku ucapkan. Kau dah jadi salah seorang idola dalam hidup aku, sebab aku pun memang pencinta haiwan, terutamanya KUCING! ^^

    ReplyDelete
  5. Salam PH.akak mula kenal PH dan blog PH melalui majalah mastika Nov.yg akak baru beli td.akak jarang beli majalah mastika tp trpanggil utk beli bila akak tgk gambar hero (masa tgk gmbr majalah lum tahu nama).akak nie mmg pencinta habis bab kucing ni.sensitif ckit.bila baca kisah hero,airmata akak mmg dh x bleh tahan2 lg..akak bela 2 ekor kucing skg.sekor nama 'kakak' dan sekor lg 'bimo'.ni indoor cat.lemak dia byk sggh.hehe..akaknye prinsip biar akak brbakti pd binatang drp manusia krn binatang akan mengingati kpd siapa yg menyayanginya semasa didlm kesusahan dan manusia plak mudah lupa bila diulit kesenangn..

    Ape2pun kpd PH,akak ucapkn terima kasih krn sudi amek kucing2 yg malang kt luar tu.akak doakan PH dipanjangkn umor,murah sezeki supaya dpt brbakti kpd hero dan yg lain2.

    ReplyDelete
  6. Salam. Bila sy baca kisah sera, teringat pd sekor anjing jalanan ni. Tiap2 pagi time nak pegi keje sy slalu nmpak dia tido kat atas divider yang kat tepi jalan tu. Divider yang besar kat simpang jalan. Naif sgt anjing ni,,bulu dh tinggal sikit sbb mcm kn kurap. Pukul 7.30 pg pun dia masih tido tanpa hiraukan kereta yang lalu lalang. Tiap2 mlm dia akan tidur tempat yang sama.1st time saya tgk sy ingatkan dia dh mati, yela ssh nak tgk anjing atas divider cmtu waktu tgh bz pgi2 cmtu. Kesian sgt tgk dia,,sekali pandang,sy terbayang di mcm orang yang dah tua,,cuma nak teruskan sisa-sia hidup je dah..teringin nak bagi dai makan,tapi takut pulak kena keja,,esok pagi sy nak cuba campak makanan dari tingkap kereta je,harap2 dia boleh makan,,,

    ReplyDelete
  7. saya juga peminat kucing, dirumah ada 12 ekor kucing, semuanya dari ibu bapa yg dikutip di merata tempat. cuma saya tinggal di apartment, rasanya tak boleh nak tambah lagi kucing.
    saya juga ada kedai makan, di kedai ada sekor ibu kucing yg jadikan kedai saya rmahnya, dah berkali2 beranak tapi alhamdullilah anak2nya akan diambil oleh penggemar2 kucing bila dah besar sikit. Di kedai makan saya juga, saya sediakan 1 bekas makanan kucing di tepi pintu luar. bekas berkenaan saya pastikan sentiasa berisi untuk kucing2 tak bertuan datang makan. saya sgt pasti rezeki Allah beri pada saya antaranya adalah dari doa kucing2 berkenaan.

    ReplyDelete
  8. pertama skali ketika trpandang wajah Hero hati sy sebak. slepas menonton videonya air mata sy x henti mengalir, x sangka ada seekor manusia sezalim itu dr kucing yg normal dah jd cacat angkara manusia keparat!! sy brdoa kpd Allah agar dkurniakan ksjahteraan hdp buat Hero & PH skluarga. Tringin skali sy utk brjmpa Hero dan mendakapnya. syg sy buat Hero <3 <3 <3

    ReplyDelete
  9. Ttg Sera, sy ada jmpa anjing ni d The Store Semenyih. ketika itu dia klihatan letih & klaparan jd sy beli seketul peha ayam dan berikan kpdnya. wlaupun kita x leh bela anjing tp x salah klau kita beri mkn krn stiap yg brnyawa tu adalah mahluk Allah. sy amat mengasihi haiwan krn haiwan akan mengingati budi kita brbanding manusia. Sekiranya niat kita baik tntu balasan baik kita terima sb haiwan jg akn mendoakan kita. Hero, airmata sy x kan henti mengalir bila tringatkan dia....... kesian dsbbkan angkara manusia keji.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular