Kalau Anda Bencikan Kucing, Jangan Hasut Anak Anda Untuk Membencinya Sekali

Alhamdulillah....Dalam keadaan yang tidak dirancang, tarikh 30 September adalah hari yang membuka lembaran baru buat PH....PH telah menonton wayang iaitu filem Smurf...Ianya adalah saat yang berharga buat PH kerana julung-julung kalinya PH menonton wayang bersama-sama anak-anak serta ditemani MH walhal perancangan PH pada mulanya cuma nak pergi makan malam sahaja...Memang betul kata orang, benda yang tak dirancang selalunya menjadi...
Dan satu lagi PH nak berkongsi pengalaman yang PH dapat pada malam itu sehingga ianya membuat PH tersedar dari sesuatu...Filem Smurf ni terlalu banyak mesej positif yang disampaikan...Terlalu banyak mesej kasih sayang yang tersirat di dalam filem ini...Sesungguhnya, inilah berita gembira yang PH nak sampaikan pada para pembaca di dalam entri ini...Teruskan membaca yer.. :)


Wajah anak-anak yang tidak berdosa ini terlalu manis untuk PH lihat pada malam tu...Terasa hilang segala penat dan masalah....Mereka tak kenal apa-apa...mereka juga tak mengerti apa-apa..Yang mereka tahu hanyalah bermain sahaja....Setiap patah kata yang mereka tuturkan adalah seperti irama bagi PH....PH layankan ajer....Ketahuilah bahawa kanak-kanaklah manusia yang paling jujur di muka bumi ini, termasuklah kita yang suatu masa dahulu pernah menjadi kanak-kanak...janganlah sekali-kali kita lupakan zaman kanak-kanak kita kerana ianya amat perlu untuk dikongsikan dengan anak-anak kita apabila mereka dewasa kelak...Kita perlu menceritakan semula kepada anak-anak kita bagaimana kita bermain teng teng, main guli, cari spider, main layang-layang, galah panjang dan sebagainya...Bukan hanya membelikan komputer, laptop, tablet dan permainan video...Ini akan menyebabkab mereka akan menjadi lemah minda dan anti-sosial...Yang paling menakutkan ialah mereka hilang hormat kepada orang yang lebih tua dari mereka...Di usia sebeginilah mereka perlu didedahkan kepada pergaulan dengan orang sekeliling supaya mereka tidak menjadi seperti kera sumbang apabila dewasa kelak...


Untuk menjadi seorang bapa dan suami, ianya bukanlah satu tugas yang mudah apatah lagi untuk dipandang enteng....Begitu juga dengan tugas sebagai seorang ibu dan isteri...Masing-masing perlu mengambil tanggungjawab....Itulah amanah yang Allah beri kepada kita...Kadang-kadang, kita tak perasan bahawa doa-doa kita tak diangkat ke langit mungkin adalah kerana suatu ketika dahulu sebenarnya adalah proses pengampunan dosa-dosa kita yang lampau...Mungkin ada tanggungjawab yang kita lepaskan begitu sahaja...


Malam yang memecah tradisi, akhirnya sampai juga hajat si kembar untuk menonton wayang...selama ni PH bukannya tak nak bawak mereka ke sana, cuma PH takut mereka buat bising at dalam wayang tu....Bukankah enggak enak tuh... hehehe




Seperti yang dijangka, filem ini tidak menjemukan....Banyak mesej-mesej yang baik disampaikan melalui filem ini...Tak semena-mena, PH teringat pula zaman masa PH kanak-kanak dulu...Smurf memang salah satu kartun pilihan PH semasa kecil dahulu....PH Smurf sangat cerita ni... :)... ( Yang mana peminat setia kartun ni mesti faham ayat tu...Ingat tak lagu dia ~ Lalla lalalla lalala lala.... )

Banyak betul mesej-mesej pengajaran yang disampaikan di dalam filem ini...

PH huraikan sedikit ringkasan mesej filem ini...Selama kita hidup di dunia ini, kita asyik memikirkan apa yang orang lain nak dan akhirnya kita yang menjadi pak sanggup untuk merealisasikan impian orang lain....Rezeki yang datang kepada kita menjelma dalam pelbagai bentuk....Ada rezeki yang datang dalam bentuk duit, makanan, pakaian, pemberian percuma, bantuan dari orang lain dan juga ada rezeki yang datang dalam bentuk haiwan yang sakit, hodoh dan ada yang comel....Ramai di kalangan orang-orang kita yang terlepas pandang benda-benda macam ni...Bagi mereka, rezeki hanya datang dan menjelma dalam bentuk barang-barang yang berharga...Apabila seseorang itu tidak mengenali diri sendiri, maka rezeki juga sukar untuk mengenali kita....



Semua manusia di dunia ini dilahirkan KAYA...cuma tinggal kita jer yang kena mencari kekayaan itu....Balik pada asal, kekayaan juga menjelma di dalam pelbagai bentuk...Sekiranya anda seorang yang kaki membaca kitab-kitab ulama dan buku-buku pemikiran Hamka ( PH pun baru nak berjinak-jinak dengan gaya penulisan Prof. Hamka ), maka si pengemis juga adalah sebenarnya seorang yang kaya...Kaya yang dimaksudkan bagi golongan sebegini ialah kaya dengan ikhtiar untuk meneruskan hidup...Walaupun papa, mereka tidak mengalah dan sanggup meminta sedekah walaupun tak rela...Di tepi jalan juga dapat duit...Asalkan kita ada ikhtiar, sudah tentu kita melepasi tahap imaginasi kita...

Knowledge is Power, but Dream Is Powerful...

Begitu juga dengan haiwan jalanan...Mereka juga dilahirkan kaya....Mereka kaya dengan kasih sayang, tetapi kasih sayang mereka sebenarnya adalah untuk diberikan kepada kita dan anak-anak kita...Ianya adalah untuk kita 'simulate' kan ke dalam kehidupan seharian kita...Bila kita sayangkan haiwan, sudah tentu kita sayangkan manusia juga...Jadi, kenapa masih ada manusia yang tergamak menganiaya haiwan....? hmmmm...PH langsung tak faham, lebih-lebih lagi mereka yang menganiaya haiwan secara suka-suka....







Bila seseorang itu menyepak, memukul serta mendera kucing dan sebagainya, mereka sebenarnya sedang menempah satu kesusahan yang bakal diterima mereka di kemudian hari...Ianya akan terjadi samada cepat atau lambat....Kalau anda benci kucing, kucing tu pun tak hairan dengan anda.....mereka datang nak bagi anda rezeki tapi anda menolak....Orang-orang sebegini adalah orang yang sombong pada rezeki...Kucing dan anjing dipandang hina, walhal rupa roh kedua-dua haiwan tersebut rupanya adalah sama dengan roh anda ( barangkali ), cuma ianya dizahirkan pada jasad yang berbeza....hmmmm..Tapi di dalam konteks ini, bukanlah bermaksud PH nak paksa anda sukakan kucing sebab itu adalah hak peribadi tetapi memadailah dengan memiliki perasaan sayang kepada walaupun hanya melihat mereka dari jauh...Yang paling penting, kalau anda bencikan kucing, jangan hasut anak anda untuk bencikan kucing sekali...Mereka adalah aset untuk menjaga kebajikan haiwan jalanan di masa depan...Mereka berhak memilih apa yang mereka suka....Jadilah seorang yang optimistik....Anda yang tentukan corak pemikiran mereka....Andalah penentu pelapis generasi yang akan datang, sama ada bencikan haiwan atau sebaliknya...U Decide....!! 



Selepas ini, berwaspadalah....haiwan yang datang kepada kita mungkin jelmaan yang diutuskan olehNya...Dia nak tengok samada kita ni masih mahu mengenal diri atau tidak....Kalau kita mengenal diri, tiada masalah untuk kita menyayangi haiwan terbiar yang datang kat kita...

Dalam diri haiwan tiada manusia, tetapi di dalam diri manusia terlalu banyak haiwan...Sebab itulah pentingnya kita mengenali diri kita sendiri....Sikap menyemai kebencian dan hasad dengki selalu ada pada manusia, tetapi sikap itu tiada langsung pada haiwan...Manusia oh Manusia....Sighhh


Apa saja yang kita buat untuk bantu haiwan, ianya takkan membuat kita miskin jauh sekali muflis...What We Give, We Will Get Back...Percayalah kepada hukum karma....


Berbalik kepada filem Smurf tadi, Mr Wilson dan Grace berasa kehidupan mereka berseri dengan kehadiran Smurf...Tetapi, Mr Wilson telah mula berasa Smurf ini menyusahkan hidupnya...Beliau hampir saja dipecat dari pekerjaan dan Mr Wilson telah menyalahkan Smurf...Akan tetapi, Mr Wilson telah diberi kata dua oleh isterinya...


Isterinya telah memberitahu bahawa apa yang sedang berlaku di dalam kehidupan mereka ( dengan kehadiran Smurf ) sebenarnya kalau diteliti, ianya tidak terdapat di dalam kehidupan orang lain....Mereka adalah orang yang terpilih...Sekiranya mereka tidak menghayati apa yang sedang berlaku, sesungguhnya mereka telah mensia-siakan anugerah yang diberi oleh Tuhan ke atas mereka....


Perkara ini hampir sama berlaku dengan PH...PH tak pernah menduga sama sekali dapat hidup bersama-sama gadis idaman, kemudian dinaikkan pangkat menjadi Project Manager, mendapat anak kembar yang sangat comel ( selepas misteri kehilangan Si Burn...KLIK SINI ), dapat membeli rumah yang besar pada usia yang muda dan sehinggalah PH dipertemukan dengan Hero...Sehingga entri ini ditulis, tak putus-putus PH menerima sumbangan dan bantuan oleh mereka-mereka yang amat prihatin tentang kucing-kucing jalanan yang PH berjaya "rehome"kan.......Sekiranya PH dan Hero tak bertemu, tak mungkin kita semua dapat bertemu di sini...Kalau PH kutip kucing jalanan pun, mungkin amat sukar untuk PH mencari orang yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk "rehome"kan kucing-kucing ini sekiranya blog KAKIMOTONG ini tak wujud.....Tak mungkin PH dapat gunakan blog yang tak seberapa ini sebagai wadah untuk PH melayangkan secebis rasa simpati terhadap haiwan jalanan ke dalam sanubari pembacanya...PH telah berusaha keras untuk mempelajari bagaimana caranya supaya si pembaca akan melekap di blog PH selama berjam-jam dan berusaha memantapkan gaya penulisan agar dapat diterima oleh semua peringkat umur...Ada yang menangis, ada yang ketawa...Bermacam-macam ekspresi yang PH terima dari maklumbalas pembaca....Itulah kelebihannya kalau kita menyampaikan sesuatu dari hati yang paling dalam...Semua pembaca dapat merasakan auranya...Semua pembaca menangis membacanya....Semuanya adalah kerana Hero yang menjadi penggeraknya....Perjuangan PH dalam bab ini hanya akan difahami oleh mereka yang celik hati, tinggi inteleknya, berfikiran positif dan optimistik...Untuk membantu haiwan jalanan, kos adalah kekangan utama bagi orang biasa-biasa PH....Jadi, anda sebagai seorang yang tinggi inteleknya pasti mengetahui apa yang PH sedang cuba lakukan sekarang ( jualan baju T-Shirt dan stiker )....


P/S :
Kisah Hero ini mungkin datang hanya sekali dalam seumur hidup PH, sama seperti yang dialami oleh Mr Wilson dan Grace...Hero masih sihat hingga sekarang, tetapi kita harus menerima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati....Jadi, tiada niat untuk PH untuk mengeksploitasi Hero, melainkan hanyalah untuk dijadikan sebagai IKON....Untuk mencetuskan sesuatu revolusi dan perjuangan, kita perlu ada ikon dan testimoni...Amerika ada Superman, Spiderman dan sebagainya sebagai ikon yang menyelamatkan dunia...Tetapi, PH hanya ada Hero sebagai IKON untuk menggerakkan hati anda dan mana-mana insan agar terus-menerus menyayangi haiwan....Dari PH kecil sehingga dewasa, memang selalu PH bawa balik kucing-kucing jalanan...cuma ianya "off record" kerana tiada internet pada masa itu....


Yang mana tak senang dengan cara PH melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan, itu adalah hak masing-masing...Selagi Hero hidup, sama-samalah kita menghayati ketabahannya, kesetiaannya dan kemanjaannya....Tanpa Hero, kita tak akan bertemu di sini...Tanpa Hero, kita tiada ikon yang kuat untuk memartabatkan lagi pencinta haiwan....Kalau boleh, tolong PH untuk share atau sebarkan entri ini seberapa banyak yang boleh, semoga mereka yang membenci kucing dan haiwan jalanan akan berubah hati....


Lepas ni, PH nak bawak Along & Angah menonton Happy Feet 2 pulak....Masa tengok filem Smurf, mereka baik sangat-sangat...Excellent to anak ayah... :)


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. ingat lgi.. dlu nenek sy xsuka kucing.. kalau ada kcing nnti dia halau la ape la

    mngkin sbb tak suke dia berak kt pasu / bulu brsepah2, cume tak minat sgt ngn prangai dia

    then satu hari dia pgi batu pahat, ada kcing nompang rumah dia.. cm tkejut bila dia biarkan.. hehe..

    skng dia ada bela kucing.. jdi peneman :)

    ReplyDelete
  2. salam...nana sbnrnya bru kehilangn kucing...tahun nie dah 7 ekor anak kucing nana mati.terbaru, 3 hari lepas, kucing(dotie) nana mati.nana pun xtau pe punca dia mati..seblm nie kucing tu sangat cergas..tp sejak kucing (tom)mati, dotie smkin murung n last mati...
    nana pn pelik npe la setiap kali nana bela kucing, kucing tu akn mati.tp, nana redha pemergian kucing2 nana sebb nana tau tu semua sdh suratan, setiap yg bernyawa pasti mati. tapi nana terpk2 ape salah nana swaktu jg kucing tu? salah bagi mkn ke? salah bg manja ke? hmm...

    ReplyDelete
  3. teringat sorang kawan sy ni.. dia memang takut dgn kucing tp sy pernah tgk dia bg kucing terbiar makan tp cara dia tu x mcm kita la.. sbb dia takut dgn kucing.. samada dia baling lepas tu lari atau dia letak jauh2.. kemudian dia lari tp niat dia juga baik walau dia bkn penggemar kucing ttp dia ada rasa belas kasihan pada kucing.

    ReplyDelete
  4. sya ade bela dkt berpuluh puluh ekor kucing tpi byk yg mati tggl lime je.ade yg mti dpn mata sndiri mmg sdih tul

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular