Selamat Datang Mia dan Gholam

Pada hari Ahad yang lepas, PH telah ke petshop di Bangsar...Nak bertemu dengan seseorang...Seseorang yang sangat prihatin terhadap haiwan-haiwan yang terbuang...Dia juga merupakan salah seorang peminat blog PH dan peminat Hero juga...Ada sesuatu yang perlu direncanakan dalam bersama-sama memartabatkan pencinta haiwan....Ketika berada di petshop berkenaan, PH terjumpa dengan si comel ni...Comelkan...?


Setelah urusan PH bersama Kak Susan selesai, PH diberitahu bahawa ada seorang wanita warga Iran sedang mencari individu yang boleh dipercayai untuk memelihara Mia dan Gholam...Miss Mahda terpaksa kembali ke negara asalnya...Dalam pada itu, Kak Susan telah mengesyorkan agar Mia dan Gholam dipelihara oleh PH & MH...


Miss Mahda nampaknya amat mengambil berat tentang kucing-kucingnya...Tetapi, tidak banyak yang beliau boleh lakukan untuk memastikan agar dia tetap bersama-sama dengan kucingnya...PH pasti, dia mesti ada sebab kenapa beliau terpaksa berpisah dengan Mia dan Gholam....Beliau menangis dan memeluk erat kucing-kucingnya sebelum beliau menyerahkannya kepada PH....


Kini Mia dan Gholam telah siap untuk PH bawa pulang...PH memberitahu Miss Mahda agar rajin-rajin melawat page Kakimotong dan blog ini agar dia dapat mengikuti perkembangan Mia dan Gholam....


Setibanya di rumah, Mia dan Gholam disambut oleh kucing-kucing Malaysia...

"Weh...Iran mari ni...."


"Alamak, lawanya akak Iran ni...."


Mia agak garang bila sampai ke rumah PH...Sesungguhnya, bulan ini rezeki PH melimpah ruah....Hero dapat hadiah, PH pula dapat kucing Parsi....PH tak pernah mimpi dapat bela kucing Parsi yang secantik ini....


Si Gholam pun Parsi, tetapi bulunya separa panjang...Si Gholam ni kecik lagi...Badan jer besar....


Kesian pun ada PH tengokkan dia...Barangkali dia merindui tuannya...tapi, PH ada mengusap kepalanya dan memberitahu bahawa PH dan MH lah yang akan bertanggungjawab atas kebajikannya....

"Tuan kau dah tak ada kat sini..Sekarang ni, ayah akan jaga kamu sebagaimana yang diamanahkan oleh tuan kamu...Percayalah, kamu akan gembira di sini...Kau dah jadi anak angkat ayah..." kata PH kepada Mia dengan suara yang lantang sambil mengusap-usap dahinya....Mereka berdua ni ada surat beranak...Injection semua lengkap....Miss Mahda memang prihatin dan mengambil berat atas kesihatan mereka berdua...


Lepas beberapa minit PH cakap macam tu, Mia kelihatan macam pasrah jer...Dia redha akan ketentuan nasibnya....Cuma, dia macam agak kurang selesa dengan anak-anak angkat PH yang lain...PH pesan kat Mia dan Gholam :

"Yang lain-lain tu semua abang, kakak dan adik-adik kau...Mulai sekarang, Hero tu adalah abang kau mulai hari ini..."


Si Gholam pun agak takut-takut pada mulanya...Siap nak menyorok kat bawah sofa tapi tak muat...hahahaha adeehhh...


Tapi kejap jer....Si Gholam ni agak cepat menyesuaikan diri...Steady Gholam...!!! Good Boy :)


Along dan angah pun sayangkan Mia dan Gholam....


To Miss Mahda :
"Don't worry, I will take care of Mia and Gholam...If anybody touch them, I will not hesitate to punch their face..."

From Hero..hehehe


Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kak Susan di atas segala-galanya....Really appreciate it :)

Comments

  1. untungnya dpt kucing parsi import... hehehe.
    kena jg amanah tu baik2...

    ReplyDelete
  2. semoga mia & gholam dapat sesuaikan diri dgn family baru...comel semuanye!! :)

    ReplyDelete
  3. Hero...jaga Mia & Gholam, suruh adik-adik tu semua berkawan dengan mereka berdua :) Love you all...

    ReplyDelete
  4. steady la abg iyo mmg abg yg penyayang, gud boy iyo

    ReplyDelete
  5. Thank you Dear Hero
    I appreciate :-*

    ReplyDelete
  6. Wahhh untung la dapat kucing parsi... Hero dapat adk2 yang comel sangat2... MIA & GHOLAM memang comel la...

    ReplyDelete
  7. wah..ni rase nak melawat ni..tuannye x dpt kebenaran kot ntok bwk dorg kua..sian..

    ReplyDelete
  8. PH cane nak jadi mcam PH N family ye.. semuanyer animal lover.. hhu.. hope to be like u..

    ReplyDelete
  9. ingtkan nk suruh PH jage wat sementara waktu...x sangka lak die bg teros PH soh jage..

    ReplyDelete
  10. waaaa..dpt anak bulus parsi...bestnyer...abg iyo kena jaga diorg elok2 tau?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular